Monday, December 31, 2012

Psycho Echo Edition


I really afraid of failing.

If I fail, I will be scolded.

Who scold me?

: |   zipped.

And I cry and cry in agony.

Ah.

Forget bout it....

Azam Tahun Baru 2013

Setiap kali membuat sesuatu pekerjaan, tak kira sama ada householed chores atau kerja-karja pejabat, saya mahu tukar mind set saya:

Andai saya mati esok, saya tak rasa ralat sebab saya dah siapkan kerja ___________ (sekian-sekian)

Kira cam azam tahun baru la...

Boleh tak?

Friday, December 28, 2012

Public Lecture - "Living in Globalized World: Hadith Jibril Experience"



Petang semalam saya ikuti Public Lecture yang di sampaikan oleh Shaykh Ahmad Muhammad Saad Al-Syafi'e Al-Azhari Al-Hasani

At first memang lost, tak tau hujung pangkal bila dia start beri ceramah. Then pick up slowly dan catat beberapa perkara yang difahami antaranya:

Kegagalan umat zaman sekarang adalah kerana:

1. Globalisasi telah menyebabkan anak-anak zaman sekarang lebih mudah berkomunikasi dan mendapatkan maklumat, justeru mereka tends to turn to the internet instead of teachers or scholars to ask.

2. Kata-kata para ilmuan tak di dengari dan diambil kira lagi.

Dari Hadith Jibril ini juga diambil pengajaran tentang adab menuntut Ilmu:

Dari ‘Umar radiyallahu ‘anh juga, katanya: Pada suatu hari sedang kami duduk di sisi Rasulullah sallahu’alaihi wasallam tiba-tiba dating kepada kami seorang lelaki yang bersangatan putih kainnya, bersangatan hitam rambutnya, tidaklah kelihatan diatasnya tanda-tanda orang yang sedang dalam perjalanan, dan tidak seorang pun daripada kami yang mengenalinya sehingga ia duduk berdekatan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam lalu ia menyandarkan dua lututnya kepada dua lutut Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan meletakkan kedua telapak tangannya ke atas dua paha Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

......

(Diriwayatkan oleh Muslim)

Dalam mencari dan mendapatkan Ilmu, ada beberapa perkara yang harus dipatuhi dan diambil kira antaranya:
Adab dengan guru
Adab bertanya
Adab menjawab pertanyaan
Etiket merangkumi cara duduk, eye contact, listening dll
Suasana pembelajaran (environment)

Kerana Ilmu bukan sekadar menyampaikan informasi atau memindahkan informasi ke dalam otak untuk di proses.

(Teringat ceramah yang saya dengar dalam segmen Pendidikan di radio IKIM.fm - Ilmu itu ada Ruhnya, jadi nak menyampaikannya juga perlu melalui hati (dari hati ke hati)).


Break kejap. Kita baca profile Tuan Shaykh Ahmad Muhammad Saad


Klik gambar untuk baca

Tuan Shaykh juga ada menerangkan ayat al-Quran:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Beliau sangat menekankan bukti dan rujukan bagi setiap perkataan yang disampaikan. (Ini sama lah macam tulis tesis, rujukan pengetahuan tu mesti ada.) Sebab zaman sekarang ramai yang mudah menerima maklumat dari rakan-rakan Facebook atau Twitter tanpa menyemak kesahihan maklumat tersebut.

"Retreat before Retweet"

Last part hadis Jibril yang dikupas oleh Tuan Shaykh:

Akhirnya ia berkata (meneruskan pertanyaannya lagi): Maka khabarkan kepadaku darihal hari Qiamat. Rasulullah menjawab: Tidaklah yang datang daripadanya lebih tahu daripada orang yang bertanya. Kalau begitu, katanya, khabarkan kepadaku dari tanda-tandanya sahaja. Rasulullah menjawab: Tanda-tandanya itu ialah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan engkau lihat orang-orang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, penggembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan. 
(Diriwayatkan oleh Muslim)

Sebab tu zaman sekarang semuanya dah terbalik. Penipu dipercayai, yang jujur dikata penipu.

Final Note: Etiquette over Knowledge. Kebijaksaan (Wisdom) adalah gabungan antara Etika dan Pengetahuan. Pengetahuan tidak bermakna tanpa etika (Adab).

Harap sesiapa yang menghadiri sesi perkongsian ilmu ini dapat menambah mana-mana yang kurang, membetulkan mana-mana yang silap. Takut juga sebab ramai Ustaz Ustazah yang hadir dalam sesi tu.

Mohon Maaf Salah dan Silap

Sekian. Wassalam.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati



Thursday, December 27, 2012

Jubah Abaya Dubai Giveaway


Saya memang suka pakai jubah. Kalau kategori abaya ni saya suka yang berzip depan..sebab sekarang masih menyusukan anak. Jom lihat syarat penyertaan.

    Syarat Penyertaan:
      
    1. Blogger

  • Jadi follower blog ni dan blog http://www.dobuy.blogspot.com/
  • Buat simple entry bertajuk Jubah Abaya Dubai Giveaway .   
  • Jangan lupa letakkan banner dan syarat2 penyertaan  
  • Anda perlu letakkan url post giveaway ini ke dalam entry anda.
.
       2. Facebook

  • Like page Do Buy Dazzle
  • Like post ini (seperti gambar di sebelah).
  • Share ke wall Facebook anda mengenai giveaway ini & tag Do Buy Dazzle

    3 Pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah.


    Apa tunggu lagi. Nak Join?

    Sayangnye...

    DAH TAMAT!

    Boleh juga kalau nak tengok2 Jubah Abaya cantik2...
    Klik banner
    @
    Klik URL dibawah

    Tarikh tutup: 15 Jan 2013

    Wednesday, December 26, 2012

    Interpretasi Surah Al-Insyirah dalam Kehidupanku

    Setelah habis surah Toha (طه) saya baca bersama-sama maknanya minggu lepas, saya mula menelaah Surah Al-Insyirah. Saya cuba menghafal maknanya.

    Surah ini sangat memberi kesan kepada hati saya kerana masalah yang dihadapi kini. Mari kita lihat makna Surah Al-Insyirah Ayat 1-8:


    credit: Perkim


    Terjemahan

    AL-INSYIRAH

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
    (1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?


    (2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

    (3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

    (4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

    (5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

    (6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

    (7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

    (8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

    Ayat 5 dan 6 membuatkan saya mengalirkan airmata. Betapa saya terlupa ayat ini setiap kali menghadapi kesukaran dalam hidup. Diikuti dengan ayat 7 yang memberi semangat dan ayat 8 yang memujuk hati supaya bergantung harap dan meminta hanya kepada Allah.

    Itu Interpretasi semasa baca surah ini 21 Disember.

    Alhamdulillah interpretasi ini diperbaiki dan diperkukuhkan lagi tengah hari tadi selepas mendengar radio IKIM, perkongsian bersama Prof. Dr. Muhaya. Dalam perkongsiannya dia ada menyatakan bahawa untuk menjadikan pekerjaan kita lebih bermakna, anggapkan pekerjaan kita tu ladang Pahala (Prof. petik dari kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi).

    Setelah selesai mendengar perkongsian, saya beri masa kepada diri sendiri untuk menganalisa apa yang telah didengar sambil-sambil melaksanakan tugas surirumah (masa tu saya baru sampai dirumah time lunch break). Saya menambah sendiri apa yang Prof. cakap:

    "Jadikan rumah tempat tinggalmu dan rumahtangga mu sebagai ladang Pahala. Setiap satu pekerjaanmu ibarat mengutip pahala. Kiraannya biar Allah saja yang nilaikan."

    Yang bestnye, kerja semua jadi ringan je bila niat dan fikir begitu. Kemudian sambil-sambil menjemur pakaian, saya teringat Surah Al- Insyirah ayat 7:

    (7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),


    Inilah yang dimaksudkan dalam ayat 7. Bila saya anggap saya sedang mengutip pahala dalam setiap helai pakaian yang dijemur, dalam setiap peralatan yang saya bersihkan, saya sebenarnya sedang melaksanakan apa yang disebut dalam ayat ini. lepas jemur sehelai, saya jemur lagi sehelai. Lepas bersihkan satu perkakas, saya bersihkan lagi satu perkakas. Kebersihan kan adalah sebahagian dari Iman. Subhanallah. Nampak tak perkaitannya?

    Kemudian, semasa saya membasuh bekas tempat letak botol susu anak, saya teringat Prof. ada sebut:

    Setiap apa yang berlaku dalam hidup ni adalah UJIAN. Jangan anggap sesuatu itu balasan atau ganjaran sebab semua tu akan dihitung di Mahsyar nanti.

    Ujian bukan dalam bentuk kesusahan saja malah kesenangan. Mungkin senang dari segi duit, tapi hati tak senang. Saya teringat makna ayat 5 dan 6:

    (5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

    (6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.


    TIAP-TIAP kesukaran DISERTAI kemudahan

    bukan

    selepas kesukaran baru datang kemudahan.

    Maknanya, kalau satu part kita buat tu kita rasa sukar, Allah datangkan kemudahan pada part lain. Dengan syarat kita SABAR.

    Contoh la eh...kita niat nak bersihkan rumah tapi selalunya anak-anak sukar nak kawal. Satu hari tu kita betul-betul berazam dan kita bersihkan rumah. Terasa susah sangat bagi orang yang tak tahan habuk dan kotoran seperti saya ni. Tetiba hari tu tengok anak-anak beri kerjasama dan senang nak control, tak lah melompat sana sini like they use to be.

    Alhamdulillah. See? Ayat 5 dan 6 sangat benar.

    Ini catatan buat saya supaya saya tak lupa. Perkongsian untuk semua dan minta maaf Ustaz Ustazah kalau ada kesilapan saya dalam interpretasi saya. Saya ingin mengaplikasikan dalam hidup saya. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. And thanks to Prof. atas perkongsian yang sangat memberi inspirasi.

    Sekian. Wassalam.


    Impianku Menjadi Isteri Solehah
    Membina Baiti Jannati



    SEGMEN: BLOGLIST MAMA KAYBEE 2013




    Nak Join?
    Sayangnya...
    DAH TAMAT!



    Monday, December 24, 2012

    Welcome to Our Family - MJ

    Alhamdulillah...

    Semalam pergi Rengit. Ada beberapa barang nak cari dan semestinya, salah satu daripada barang tu adalah


    MESIN JAHIT


    Kegilaan dan minat menjahit makin menjadi-jadi. dipendam je dalam hati kerana kekangan masa.
    Hari sebelumnya tu berdoa agar dipermudahkan jumpa apa yang dicari kat Rengit. Plannya nak pergi hari Selasa (kan cuti), sepatutnya semalam pergi Melaka. Tup tup tukar plan. Selasa plak pergi Melaka. So semalam target tercapai.

    Memperkenalkan:



     Mesin Jahit Singer 2nd Hand



    Nampak tak model number nya?
    Model 6318 C
    Made in Brazil tu

    Harganya RM250. Boleh jahit macam2 corak gak. TAPI belum pape lagi dah tak reti nak keluarkan Bobbin Case dia tu. Hahahaha... Belum lagi jahitan fancy2 tu...


    Tulah kurengnye beli mesin jahit 2nd hand ni. Tak ada manual nak bantu. (cakap je la tak reti guna mesin jahit...hahahah...) 
    Kalau nak manual, kena beli dari Singer. USD15. darab la 3. huhu...cari kat Malaysia sudah...

    Takpe...nanti cari kedai singer, bawak gi sana...tanya semua yang nak tanye.(Ade ke orang nak layan?)

    Haha...projek pertama dengan mesin jahit ni....adelah....hehe...

    TUNGGU..........


    p/s: ada sesiapa yang ada guna Model yang sama @ lebih kurang sama dengan model ni? Saya perlukan bantuan, kalau dapat la emelkan manual mesin jahit.Huhu...


    Impianku Menjadi Isteri Solehah
    Membina Baiti Jannati

    CONTEST ' NAK SKIRT DARI NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE'

    Saya memang minat pakai skirt labuh, dress dan baju kurung hingga satu tahap saya pernah tak ada seluar panjang/track untuk dipakai satu masa dulu.

    So saya join GA ni.



    Kepada Penganjur, jemput-jemput la baca entri dalam blog ni... biasa-biasa je blog ni, tentang personal, minat dan pelbagai.

    Kat blog +Norzi beautilicious house ni ade beberapa pakaian yang saya minat sebab tak nampak bentuk badan antaranya:

    Single Ruffle Dress

    Stripy Beaded Dress

    VShape Flowery Dress

    Harga pun berpatutan, sekitar RM70 ke atas dan kalau ada membership boleh dapat murah lagi sikit. Dah masuk wish list ni. Boleh pakai tuk raya tahun depan.

    Back to the GA.

    Kalau nak join boleh klik Banner
    @
    Klik SINI

    Tarikh Tutup: 25 Januari 2012 (12 malam)

    Saya Tag:

    Wednesday, December 19, 2012

    Kegilaan terbaru bagiku...

    Pembaca sekelian...

    Setelah tamat belajar, dah tak ada lagi study mode. Walaupun mencari satu hobi yang boleh lekat dengan lama, namun tak ada yang lebih lama dari hobi ni:


    Jahit Felt


    Dari tak tahu apa-apa sampai dah tahu macam2 teknik jahitan, akhirnya saya boleh jahit felt. Dan kegemaran saya adalah menjahit

    Makanan


    Rasa best bila dapat hasilkan jahitan. Makanan yang 'dimasak' boleh dibuat main oleh anak2. Salah satunya adalah


    KEK COKLAT!



    Dibungkus dalam kotak yang dapat kat kenduri kawin...tihihi...

    dekat seminggu juga baru siap sebab kekangan masa mengurus rumahtangga. Ada lagi beberapa makanan dan mainan anak yang dah siap, cume tak sempat nak upload gambar.

    TUNGGU.......

    Impianku Menjadi Isteri Solehah
    Membina Baiti Jannati

    Semakan Keputusan PMR




    Terima kasih to Maziati sebab bagi link untuk semak keputusan PMR.

    Semoga berjaya untuk adik ipar Muhammad Khairul Anwar bin Mat Hassan @ Mat Wa. Semoga dapat keputusan yang cemerlang.

    Kalau nak check boleh klik gambar atau klik SINI


    Impianku Menjadi Isteri Solehah
    Membina Baiti Jannati

    Tuesday, December 18, 2012

    Doakan saya Lulus ya!

    Huhu... Nebes kena Interbiu baru ilang... Ramai pulak tadi. Ade la dekat 40-50 orang yang datang interbiu termasuk staf kat pejabat tu. Ada brape post,itu saya tak tahu. tak dapat tanya panel sebab mereka tak buka untuk sebarang pertanyaan. Mereka saja yang bertanya.

    Soalan yang ditanya:

    1. Apa kelemahan diri awak?
    2. Kalau awak dilantik dalam jawatan ni, apa preference awak, Bahagian PSM atau Akademik?
    3. Apa itu KAI dan apa komponen penting/utama KAI?
    4. Apa beza LPU, JPU, dan Senat?

    Haha...soalan killer tul! Memang jenuh la nak selongkar folder and files in my memory nak jawab soalan2 nih. Ade gak yang tak tahu, jadi jujur je jawab "Saya Tak Tahu"

    Semoga lulus la interbiu ni. Dan dapat la meningkatkan diri dan ekonomi keluarga disamping berbakti kepada masyarakat.

    Amin.


    Impianku Menjadi Isteri Solehah
    Membina Baiti Jannati

    Temuduga Jawatan NA41D - Bermula Sekarang

    Saat ini saya sedang bersiap-siap....cuak nak hadapi temuduga N41 di UTM ---> dari N17 sekarang ni. Saya perlu hadir jam 8 pagi nanti.

    Saya berdoa agar saya dapat post tetap bagi N41 ini, bagi menstabilkan kehidupan.

    Mungkin rezeki anak-anak...mungkin juga rezeki anak yang bakal datang (plan nak mengandung nih.....)

    Saya harap kawan-kawan dapat doakan saya agar lulus temuduga ini. Doa kawan-kawan mengiringi saya disepanjang saya ditemuduga. AMIN...

    Love ya'll...Wassalam

    Impianku Menjadi Isteri Solehah
    Membina Baiti Jannati

    Thursday, December 13, 2012

    Segment : My Favorite Post 2012 by Arina


    Sesaje nak masuk segmen...

    My Favourite Post is: 'Word Less' Wednesday - Timing Solat

    Saya suka post ni sebab:  biarpun dah lama orang tau...dah beribu2 yang tengok kat facebook, saya tetap suka PERINGATAN ni...

    "Kerana mati boleh berlaku ANYTIME!"


    Nak Join Segmen?
    Klik Banner

    Tarikh Tutup: 14 Disember 2012

    Tuesday, December 11, 2012

    Where R u, Mazliyana?

    Ke Mana Perginya Mazliyana Yahaya?

    Ku klik ke blognye, keluarlah ini:





    Apa terjadi?
    Ku nak tengok senarai peserta Gayakan Hijab Anda. Pastu bila blog walking rupanya keputusan dah pun umum. Cuma masih risau wat happen to her...

    To Mazliyana. please come to surface (betul ke ayat ni?).

    Hope you are fine.

    Sekian. Wassalam.

    Impianku Menjadi Isteri Solehah
    Membina Baiti Jannati

    First Giveaway by SkyContactLens

    Sesaje Join.

    Saya Nak Dress Effu...




    Nak Join?
    Sayangnya...
    DAH TAMAT!

    Tag:

    Monday, December 10, 2012

    Exam oh Exam...

    Assalamu'alaikum pembaca sekelian...


    Sejak akhir-akhir ni asek entri GA je... nanti nak sapu-sapu sikit blog ni bagi kemas bersih supaya  GA-GA yang dijoin hanya boleh dilihat bila mahu sahaja a.k.a dalam tab lain. 

    Kali ni nak cerita pasal exam. YA... Exam...
    Pagi tadi gi exam elaun kewangan atau nama penuhnya Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK). Secara mudahnya, tujuan exam ni adalah untuk naik elaun BITK sedia ada, dari RM40 ke RM80 sebulan.

    Ini kali ketiga saya jawab exam ni walaupun ini tahun ke-4 saya kerja. Tahun lepas nama saya tercicir disebabkan cuti panjang bersambung-sambung.

    Soalannya...Ya Rabbi... memang la teramat tak dijangka. Baca yang itu, sekali keluar yang ini. Banyak soalan tentang aset kali ini. Harap-harapnya boleh la lulus sebab peratus kelulusan adalah 70% ke atas. Statistik menunjukkan (ceh dah bunyi cam Jabatan Perangkaan la pulak) tahun lepas hanya 3.32% sahaja yang lulus dari 991 orang dari IPTA seluruh Malaysia yang menduduki peperiksaan ini.

    Haaaaa.......bak kata kawan saya. takpe...Inikan acara tahunan. Dia pun tak tahu dah berapa kali amik exam.

    Haru!

    p/s: Doakan saya lulus. Amin.

    Impianku Menjadi Isteri Solehah
    Membina Baiti Jannati



    Year End Giveaway By Cik Bunny


    Nak Join?

    Sayangnya...
    DAH TAMAT!

    Tarikh Tutup: 3 Januari 2013 (11:59pm)

    GiveAway by La NIAR



    Join Last Minute...




    Nak Join?
    Sayangnya...

    DAH TUTUP!

    Impianku Menjadi Isteri Solehah
    Membina Baiti Jannati



    Friday, December 7, 2012

    Menang QUICK GIVEAWAY BY SUKKA & IZZAH ISMAIL

    Assalamu'alaikum...

    Alhamdulillah...

    Saya menang GA ni..



    No. Saya 105 (yang paling kanan tu)



    Tengok la nanti macam mana blog saya jadinya...ada tambah doodle ke...karakter ke...ape ke...

    tahniah kepada  semua pemenang.

    and thanks to Cik Fie...saya dah bersedia blog saya untuk di letak sebagai under construction...haha...


    Impianku Menjadi Isteri Solehah
    Membina Baiti Jannati

    Giveaway For Followers by Apit n Geng!

    Assalamu'alaikum...

    Haih...tak habis lagi join GA...haha...




    Link Sponsors:

    syarat-syarat :
    1. Buat satu entry dan letakkan banner giveaway ini (backlink kan ok)
    2. Letakkan link sponsors dalam bloglist dan di alu-alukan follow juga :)
    3. Publish entry dan submit dikomen entry ini. SIAP! mudahkan??

    Hadiah dari sponsors :
    1. dari APIT - DVD TOP Secret Photoshop 1 Set x1 pemenang 
    - Review Blog x2 pemenang
    2. dari AZHAFIZAH - Keychain Exclusive Azhafizah.com x5 pemenang
    3. dari SHIDA'R - Calendar Exclusive Duniashida.com x5 pemenang
    4. dari EMAS PUTIH - Topup RM5 x6 pemenang (celcom dan maxis)


    Sayangnya...
    DAH TAMAT!


    Impianku Menjadi Isteri Solehah
    Membina Baiti Jannati

    December 2012 Blog Giveaway by Lin Handmade Greetings Card

    Assalamu'alaikum...

    Sesaje join....




    Nak Join?

    Sayangnya...
    DAH TAMAT!

    Tarikh tutup: 31 Disember 2012


    Impianku Menjadi Isteri Solehah
    Membina Baiti Jannati

    Thursday, December 6, 2012

    GAYAKAN HIJAB ANDA

    Assalamu'alaikum...

    Nak join gak...




    Nak join? 
    Sayangnya...
    DAH TUTUP!

    Saya gayakan hijab begini:

    PICTURE REMOVED

    Impianku Menjadi Isteri Solehah
    Membina Baiti Jannati

    QUICK GIVEAWAY BY SUKKA & IZZAH ISMAIL (!)

    Assalamu'alaikum...

    Busy tapi join gak... Nak maxi dress tu!



    Tag:
    ,,,Semua yang membaca,,,

    Nak join?
    Sayangnya...
    DAH TUTUP!


    Impianku Menjadi Isteri Solehah
    Membina Baiti Jannati

    Monday, December 3, 2012

    GIVEAWAY 'jangan perah otak'

    Assalamu'alaikum...

    Busy tapi join gak




    Tag:

    Nak join?
    Sayangnya...
    DAH TAMAT!

    Tarikh Tutup: 30 Disember 2012 (11.59pm)

    Impianku Menjadi Isteri Solehah
    Membina Baiti Jannati
    Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers