Monday, September 2, 2013

Pengenalan: PunchTab

Baru-baru ni je dapat tahu pasal PunchTab a.k.a PT ni...

Kalau pergi ke sesetengah blog seperti www.sararose.com, boleh nampak ribbon warna hitam di bawah blog tu dan ada notification menyatakan kita dapat 100point kerana melawat.

So selidik dari google, payah betul nak cari panduan atau orang jawa kata "Tutorial" untuk tau ape tu PT dan bagaimana nak pasang kat blog.

Saya mahu membantu kawan2, maka terhasil la post ni.

Ini 'soalan lazim' yang keluar di benak mase nak install kat blog ni...

Sebelum tu, Pengenalan sikit:

Apa itu PunchTab?

PunchTab ialah satu aplikasi yang di install pada blog untuk beri ganjaran kepada pengunjung blog tersebut. Ini bagi menggalakkan pengunjung kerap datang ke blog sekaligus meningkatkan trafic ke blog korang.


(ribbon)

Apa bentuk ganjaran yang diberikan?

Ganjaran di beri dalam bentuk points yang boleh ditukar kepada beberapa pilihan hadiah di bawah:


(Catalog)


Bagaimana saya boleh mendapat points?

Points boleh didapati melalui cara-cara berikut:
1. Melawat
2.Like
3. g +1
4. Tweet
5. Komen

100 points bagi setiap satu perkara yang dibuat, setiap hari!

Jadi kena rajin2 lawat blog yang ada PT ni.

Sebenarnya PT ni bukan benda baru. Ianya dah ada sejak 2011 lagi, kita kat Malaysia ni je belum aktif gunakan...Ntah2 saya je yang baru tau! Haha...!

Cons:  Ganjaran ni tak boleh combine dengan lawatan ke blog lain walaupun login dengan akaun yang sama.

Maksudnya,

Contoh la eh...
kalau korang login dengan FB, lawat blog saya. Kata lah korang ada 400points masa lawat blog saya (visit, like,g+, tweet). Pastu korang lawat blog lain yang ada PT jugak, points korang tak dibawa bersama tau. Points korang akan ada 100points (biasanya sebab visiting terus system bagi 100points)
Ganjaran tu seolah2 'diberi' oleh tuan blog, bukan PT yang beri.

Setakat ini dulu Pengenalan untuk PunchTab.
Next post Insyallah, Tutorial pasang PunchTab pada blog.

Kalau ada apa2 soalan lagi boleh komen kat post ni.
Kalau tak ada, saya anggap semua faham la tu ye...
(gaya ala2 cekgu tak jadi)

Sekian. Wassalam


Wang RM3167.95 masih perlu direbut oleh blogger
jom klik
Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

Thursday, August 15, 2013

Antara Dua Pilihan - Berhubung Entri Semalam

Bila di fikirkan semula, sebenarnya pilihan yang nak dibuat adalah antara nak teruskan atau berhenti setakat ini saja.

Kalau saya memilih untuk berhenti, di situlah timbulnya pilihan nak sambung belajar.
Melihat kepada keadaan sekarang, pilihan yang tepat adalah terus menyandang jawatan sekarang...Mungkin ini jawapan dari Allah. Dakwah kepada anak2 tu lebih penting.


Jadi next step adalah memperbaiki akhlak, merawat diri dan hati yang sakit akibat peristiwa lepas, dan mengembalikan keikhlasan dalam semua perkara yang dilakukan untuk keluarga. Rutin harian pun nak kena ubah kepada banyak bekerja dan lupakan je kebaikan yang dibuat.

Namun cita-cita untuk sambung belajar tu masih ada. Cuma mungkin perlu adjust cara dan masa mengikut kesesuaian rutin harian.

Haih...asek stori serius je...

Sekian dulu.
Wassalam.

Wang RM3336.70 masih perlu direbut oleh blogger 
Jadilah Top Referrer setiap bulan
jom klik
Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

Wednesday, August 14, 2013

Antara Ilmu dan Keluarga - Yang Mana Satu?

Dah lama tak bersiaran. Maaf lah semua... Kesibukan kerja dan kehadiran Ramadhan plus Syawal menyebabkan saya tersangat sibuk dan blog ini terabai...

Sejak sebelum Ramadhan hingga dah masuk Syawal ni, masih lagi fikirkan masalah berat yang membebankan fikiran, drain semua energi yang ada, menyebabkan rasa nak tukar ke mod hibernasi je...Tak mau fikir tapi terfikir juga...

Macam tajuk kat atas tu, mana satu nak pilih - menimba Ilmu atau duduk saja di rumah dan jaga suami dan dua permata hati.

Memang nampak jelas keduanya boleh seiring, dengan syarat suami menyokong kehendak si isteri untuk menimba ilmu. Tapi bagaimana jika suami tidak menyokong?


---Kau serabut2 ni, kau dah tanye ke suami kau, boleh ke tak kau nak sambung belajar? Kau nak belajar ape?

**Aku nak ambil Sijil Bahasa Arab under APIUM. Setiap Sabtu pagi sampai petang. Belum, aku belum tanye...

---Belum tanye dah serabut nak buat pilihan. Pi lah tanye, mane tau dia sokong.

** Bersangka-sangka ni memang tak boleh pakai. Tapi aku kenal suami aku. Kami duk JB, nak berulang alik ke KL setiap minggu, tak mungkin lah suami aku nak berkorban segala bagai semata-mata nak hantar aku pi blaja. Pada dia, Sijil je. Tak perlu bersusah payah. Tapi pada aku nilai ilmu tu yang paling penting. Aku nak belajar bidang agama, dan merge kan dengan bidang matematik yang aku minati. Aku nak amik STAM pas dapat sijil tu, dan ambil Sijil Pengajian Al-Qur'an di tempat sama serentak dengan STAM. Aku tak risau soal duit sebab aku yakin rezeki setiap orang Allah dah tetapkan. Aku boleh menyimpan masa aku kerja ni...

--- Habis tu kerja kau macam mana? Nak berhenti?

**Mungkin...mungkin selepas tamat Sijil Bahasa Arab tu. Atau aku akan cari kerja lain. Insyallah...

---Kau ni gila lah. Orang nak ke depan, nak Master, nak Ph.D, kau nak Sijil. Move forward, not backward.

**Ya. Luarannya nampak macam moving backwards. Tapi macam mana nak move forward kalau foundation nya ditinggalkan? Aku nak mencari makna dalam segala ilmu yang aku pelajari selama ni. Nak amal dan sampaikan pada orang.

---Takkan kau nak abaikan anak2 kau?

**Buat masa ni, aku cuma fikir nak letak jawatan...sebagai isteri. Ini berkait juga dengan masalah2 lain yang berlaku dalam rumahtangga aku, bukan sebab nak belajar semata-mata. Jawatan sebagai ibu memang aku tak boleh lepaskan. Jawatan tu aku sandang sampai akhir hayat. Aku cuma fikir, apa aku nak bawa balik ke 'kampung akhirat' nanti...? Dengan kedangkalan ilmu, kesuntukan dan kesempitan ruang dan waktu...Apa aku nak jawab pada Allah nanti? Macam mana nak ajar anak agama, kalau intipati agama tidak difahami dan dihayati. Macam mana nak ajar anak masak, kalau diri sendiri tak pandai masak?

---Kau menyesal ke kawin? Jangan la gitu...Sayu gak aku tengok kau...tapi maaflah, aku tak ada jawapan kepada dilema kau ni...

Begitulah sedikit sebanyak monolog diri...Sungguhlah tak tahu nak buat pilihan. Kalau boleh, meletak jawatan sebagai isteri tu tak mahu dijadikan pilihan, tapi masalah yang membelenggu tak mungkin dibiarkan begitu saja. Keadaan dah pulih sikit lepas2 raya ni sebab tension dari persekitaran dah tak ada. Tengoklah macam mana nanti...

Sekian dulu.
Wassalam.

p/s: kalau bertangguh2 solat berdosa besar.Lagi besar dosa kalau meninggalkan terus solat tu. Tapi kalau bertangguh2 nak buat perkara yang Allah benci, bagus kan?


Wang RM3336.70 masih perlu direbut oleh blogger
Jadilah Top Referrer setiap bulan 

jom klik
Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

Monday, June 24, 2013

Jerebu dan Mesejnya...


Jerebu teruk yang melanda negara kini menjadi asbab kepada:

i. Keadaan kesihatan yang tak berapa baik

ii. Frekuensi radio bercelaru

iii. Kompas dan radar di laut tidak dapat digunakan, jadi kapal tak dapat detect dimana daratan.




Tapi jerebu juga terkandung hikmah dan boleh menjadi asbab kita mengamalkan perkara yang jarang nak dilakukan oleh umat Islam iaitu:

i. Solat Sunat Istisqa' - dengan sepenuh keyakinan minta Allah turunkan hujan lebat dan selesaikan masalah ni.
(semestinya kalau tak ada sebab, orang takkan solat berjemaah kat tanah lapang berlantai tanah, berbumbung langit tadah tangan berdoa, betul tak?

ii. Sunnah berpurdah - tak kira la sama ada nak cover face mask atau tak, tetap dapat pahala sunnah kalau dipakai dengan niat yang betul tanpa halangan mana-mana pihak, kan?

Insyallah sama-sama kita renungkan...

Wassalam...



Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati




Wang RM3652.50 masih perlu direbut oleh blogger
jom klik
Wang Tunai RM5000 untuk Blogger
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers