Thursday, January 31, 2013

Makanan Mainan

Dalam pada sibuk mengurus rumah tangga dan anak-anak sempat lagi memenuhi keinginan mengekspresi kreativiti dengan jahitan felt.

Makanan yang saya jahit kali adalah...


Set Burger Dressing

Belum sempat lagi nak jahit daging burger dan pickles (timun jeruk)

Set ini terdiri dari

 Roti burger

Keju

Mustard, Sos tomato, dan Sos Cili

Sekarang tengah dalam progress nak buat FlashFelt. Nantikan updatenya...

Sekian.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Kalau dapat komen cadangan-cadangan bernas juga dialu-alukan.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati



Wednesday, January 30, 2013

Dugaan yang Dicetus Sendiri

Dugaan datang silih berganti....

Kali  ni sangat besar...apa yang saya boleh katakan: Allah tak pernah silap menentukan jodoh kita. Tapi kita yang selalu jadi pasangan yang silap untuk pasangan kita.


Lihatlah wajah anak-anak soleh solehah yang mulus, tulus

Setiap kali melihat wajah anak-anak dan dengan pertanyaan2 mereka, tak sampai hati rasanya nak mengecewakan mereka. Baru beberapa tahun membelah lautan, takkan dah nak karam.

Semoga Allah memberi ketabahan kepada kami untuk meneruskan perjuangan ini. Andai tiada peluang lagi, semoga ada hikmah yang besar di sebaliknya.

Amin.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati



Thursday, January 24, 2013

Ruqyah Syar'iyyah


Akibat tekanan
Kadang-kadang ada yang datang 'menumpang'
Jadilah kita mengalami tanda-tanda
orang kena gangguan


(credit: google image)
bukan la kata sampai tahap histeria
tapi cukuplah kalau tengok perangai sendiri

Cepat marah
Sesak nafas
dan lain-lain...


Sebab tidak mendapat sokongan
untuk pergi berubat di Pusat Perubatan Islam
maka saya ambil inisiatif sendiri
download Mp3 Ruqyah
secara percuma

Ayat-ayat yang dibaca
dalam Ruqyah
 memang dah check dengan Al-Quran
betul semuanya

memang ada kesan
ke atas badan
ke atas sikap
ke atas pemikiran.

Jika ada masalah
dalam hidup
dalam diri
Selidik balik sejarah keluarga

Kadang-kadang kita tak buat apa2
tapi ayah kita baca jampi
mungkin juga atuk kita menyerapah

kita tak tahu,
alih-alih kita yang kena.

Saya tak menuduh ayah2 atau atuk2 anda
tapi saya reflect family sendiri.

Harap tak ada yang tersinggung.


Sekian...Wassalam.



Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati



Wednesday, January 23, 2013

Oder Felt dan Hadiah WW dari BAi

Alhamdulillah saya gembira hari ini kerana dapat order felt acrylic untuk buat sumting yang dah lama saya nak buat tapi asyik menangguh2 je...

Lebih happy saya buat untuk anak2 saya dan seseorang yang istimewa...Siapa dia? Nanti dah siap  baru saya beritahu...

Oh ya, saya telah selamat terima Hadiah WW anjuran Bayt Al-Iman iaitu:




CD Bacaan Surah-surah lazim dan surah-surah amalan yang dialunkan oleh Ustaz Mohamad Fakhrul Radhi bin Khamaruddin (Juara Akademi Al-Quran Musim Ketiga

(pinjam gambar dari blog UM sebab gambar amek dengan fon tak clear)

Pasni nak cari CD player plak
Radio Mini with CD player mungkin
Kalau play guna lappy nanti anak2 nak capai2 tekan2 keyboard...
Huhu...

Alhamdulillah....
Doakan saya agar Allah permudahkan saya menjahit felt tu.
Memang tak ada due date, dan sebab tak ada due date untuk siap tu lah maka saya takut saya asyik menangguh je....

Harap dapat setkan target dan istiqamah menuju target tu.
Amin.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers