Monday, July 16, 2012

Awan Mendung Ribut Petir

Assalamu'alaikum...


Mood hari ini: Moody


Semangat nak naik bila dengar lagu Rabbani, tapi tak tau nape tak boleh.


Pagi ni kejut anak2, mereka susah nak bangun kerana semalam tidur lambat. Jadinya aku dukung kedua-dua anakku gi rumah pengasuh. Anak no. 2 nangis tapi sebab ngantuk sangat, tak la nangis lama.



Anak sulung peluk erat tak mau lepas, wajah berkerut nangis tapi tiada suara. Dia gigit kuat lampin yang di pegang. Pujuk dia elok2 supaya tidur. Akhirnya dapat lepaskan diri untuk pergi kerja.


Tapi bukan pasal tu ku moody pepagi ni.


Taktau la sebab apa sebenarnya. Husband gi kerja pun tak terkeluar ucapan yang biasa ku beri mengiringi langkahnya ke kereta.


"Hati-hati memandu. Assalamu'alaikum."


Entah kenapa.....




~..............................~


Sabtu lepas, seperti tetiba tersedar, destinasi akhir ku adalah akhirat.


Perspektif tentang kematian juga dah berubah.


Bagi mereka yang pernah merasai sakit sebelum dan selepas melahirkan anak, mereka pasti tahu betapa sakitnya diri masa tu. Dah lepas bersalin, badan sakit dan lemah je rasa. Macam tu juga la mati. Hanya lebih sakit berganda2 lagi.


Melahirkan anak, ibu yang tanggung kesakitan untuk bawa anak berpindah alam. Dari alam rahim ke alam dunia.


Tapi mati, diri sendiri yang tanggung kesakitan untuk dipindahkan dari alam dunia ke alam barzakh@alam kubur menuju akhirat.


Kalau banyak amal soleh, dapatlah berehat selepas disoal Malaikat Munkar dan Malaikat Nakir.


Kalau banyak amal buruk, siaplah dapat azab sehingga dibangkitkan nanti.


Itu hari Sabtu. But today, none of that triggers my heart to get up and do any amal soleh.


Tak secuit pun hati ni nak happy atau bermotivasi untuk terus kumpul bekal untuk perjalanan di alam sana yang panjang.


Entah kenapa.....


Wassalam

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

2 comments:

Orang Suka Beri Pendapat

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers