Assalamu'alaikum para pembaca sekalian.
Pagi-pagi lagi saya telah dihadapkan dengan demand terhadap keselesaan dan bayaran yang selayaknya bagi menjalankan kerja yang diarahkan. Apa yang saya boleh buat hanya senyum, kata putus bukan pada saya. Kena bincang dengan bos dulu. Allah mengajar saya dnegan cara yang paling halus sekali, mengingatkan saya tentang pengorbanan yang diperlukan untuk mencapai apa yang diimpikan. Dalam pekerjaan dana juga rumahtangga.
Pagi-pagi lagi saya telah dihadapkan dengan demand terhadap keselesaan dan bayaran yang selayaknya bagi menjalankan kerja yang diarahkan. Apa yang saya boleh buat hanya senyum, kata putus bukan pada saya. Kena bincang dengan bos dulu. Allah mengajar saya dnegan cara yang paling halus sekali, mengingatkan saya tentang pengorbanan yang diperlukan untuk mencapai apa yang diimpikan. Dalam pekerjaan dana juga rumahtangga.
Sebagai peringatan untuk anda dan diri
sendiri juga, kita harus mengambil pengajaran dari Surah Al-Ma’idah ayat 27
yang bermaksud:
“
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan korban (kerana mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): “demi sesungguhnya aku akan membunuhmu.” (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.
”
Dalam menyuburkan budaya intelektual
terutama di peringkat pengajian tinggi, kita haruslah bersedia untuk berkorban
dari berbagai segi: masa, wang, keselesaan, dan lain-lain lagi. Kesanggupan kita
untuk berkorban pasti akan membuahkan hasil yang terbaik dan mendapat ganjaran
Allah, Insya Allah.
Dan kerana peristiwa inilah saya sedar
mengapa saya perlu berkorban, dan kerana apa saya berkorban.
Bagi saya sendiri, korban yang
dipersembahkan bukanlah dalam bentuk meteri semata, tetapi lebih banyak dalam
bentuk keringat tulang empat kerat dalam mendapatkan redha Allah. Kita harus
keluar dari zon keselesaan bagi mencapai kejayaan.
Teringat kata-kata adik saya, “selagi
perkara tu tak membunuh kita, kita buat je.” Ada betulnya juga tapi saya nak
tambah: “…selagimana atas landasan syariat”
Tak perlu bangkitkan soal apa yang
selayaknya didapati berdasarkan kedudukan kita. Selagi mana kita sanggup
berkorban, kemanisan hasil pengorbanan tu akan kita rasakan di masa akan
datang, jika tidak di dunia, di akhirat nanti lebih baik.
Don’t just aim for the star, aim for Jannah.
Remember, Jannah is too expensive that in certain situation, we have to pay it
with blood (syahid).
(Disclaimer: ini kata-kata saya sendiri. Maaf
kalau tersalah faham tapi saya teringatkan zaman Rasulullah dulu ramai yang
mati syahid dan memang dijanjikan syurga. Jadi nak dapat syurga perlu syahid
kerana Allah. Zaman kini dah berbeza. Mujahid lebih dengan pena, bukan dengan
pedang.)
Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati
No comments:
Post a Comment
Orang Suka Beri Pendapat