Saje je google name my Hubby... sekali keluar artikel ni... my Hubby yang ade bulatan merah tu...
Esei merdeka: Syarat mudah tarik minat warga PIS
JOHOR BAHRU 13 Sept. - Persaingan yang terhad serta syarat mudah menarik minat para penuntut dan pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, dekat ini menyertai Pertandingan Esei Kemerdekaan Ke-55 anjuran Gerakan Belia 4B Johor dan Utusan Malaysia Biro Johor.
Siri jelajah promosi pertandingan berkenaan di politeknik tersebut semalam mendapati, kebanyakan mereka teruja untuk menyertainya berdasarkan kepada syarat yang tidak begitu ketat selain hanya perlu bersaing dengan peserta dari negeri ini sahaja.
Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Mohd. Emran Mat Hassan berkata, tajuk yang diberikan bersesuaian dengan sambutan kemerdekaan negara dan hadiah ditawarkan juga menarik.
"Syarat pertandingan juga mudah dan hanya perlu menulis sebuah esei kurang daripada 200 patah perkataan. Jika tiada halangan lain, saya berminat untuk menyertai pertandingan ini," katanya.
Penuntut Diploma Reka Bentuk Industri, Mohd. Azrin Zabidi, 20, pula mengakui, hadiah yang ditawarkan amat menarik dan peserta hanya perlu menulis sebuah karangan pendek untuk bertanding.
"Tajuk yang diberikan sesuai dengan sambutan kemerdekaan negara dan bagi saya, tawaran hadiahnya sangat menarik," katanya.
Sementara itu, penuntut Diploma Pengurusan Pelancongan, Nurul Liyana Afiqah Mohd. Khairi, 23, berkata, dia tidak pernah menyertai pertandingan seperti itu tetapi berminat untuk menyertainya kali ini kerana tajuk yang diberi adalah mudah dan bersifat semasa.
Pendapatnya itu disokong seorang lagi rakan dari jurusan yang sama, Norazieha Miswan, 21.
"Saya penuntut semester akhir dan masa saya sebenarnya sangat terhad kerana banyak perkara berkaitan pengajian perlu diselesaikan tetapi sekiranya ada masa terluang, saya akan turut serta," katanya.
Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori A (Terbuka Belia), kategori B (Pelajar Sekolah Menengah) dan kategori C (Murid Sekolah Rendah) dengan setiap kategori meletakkan dua tajuk esei untuk dihuraikan oleh peserta.Tajuk kategori A ialah Saya Pilih Malaysia dan Peranan Belia Melestarikan Keamanan Malaysia, kategori B pula, Malaysia 55 Tahun Merdeka dan Janji Kunci Keamanan Negara manakala kategori C, Peranan Pelajar Meneruskan Pembangunan Negara dan Saya Anak Merdeka.
Pemenang kategori A akan menerima hadiah wang RM1,500 berserta buku dan sijil diikuti tempat kedua (RM1,000) dan tempat ketiga (RM500). Hadiah RM1,000 berserta buku dan sijil menanti pemenang kategori B diikuti RM500 bagi tempat kedua dan RM300 bagi tempat ketiga, manakala pemenang kategori C akan menerima RM500 berserta buku dan sijil, tempat kedua (RM300) dan tempat ketiga (RM200).
Orang ramai yang ingin menyertai pertandingan yang bermula sejak 1 hingga 30 September ini, boleh mendapatkan borang penyertaan di dalam akhbar Utusan Malaysia.
Aaaaaaahhhhh!!!!! Jerit excited...haha....
Itu saja... Sekian. Wassalam...
Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati
wahhaaa...glemer uolllsss!!
ReplyDeleteHaha...excited jap...
ReplyDeleteThanks Mrs. Amad...
wowwww glemer..
ReplyDeleteThanks umialya...my hubby rupenye tgh cari gak artikel ni...hehe...
ReplyDeleteWahh siapa tak excited kan :) Glemer tu :D
ReplyDelete