Assalamu'alaikum...
Subuh sabtu yang hening, henpon berdering... sehingga 3 nombor telefon yang telefon tapi jadi miscall dek kerana tido tak sedo dunia.
Jam 9 pagi baru lah call berbalas. Mama meminta suami saya menghantar Papa ke hospital untuk check kakinya yang terseliuh dan bengkak akibat terjatuh di jejantas. Memandangkan suami outstation, so I give him a call to seek permission to visit my father and lend his car to my sister. tanpa di rancang, saya pun ikut skali menghantar ayah saya ke hospital.
Sesampai kat bahagian kecemasan, ambil la wheelchair dan daftar nama ayah saya. Attenden kat situ minta IC ayah saya. Ayah saya bukan warganegara. Saya cadang nak guna GL saya je, tapi ayah dah beri IC so nak wat cemane kan. Dia kate GL boleh guna kalau kena daftar. Then saya beri juga IC saya. Tanpa melihat nama saya pada IC, Attenden tu tetiba tanya pada saya:
"Akak orang....?"
" Saya orang sini"
"Ada bawa kad kawin tak? Kalau bawa kad kawin lagi senang kita nak daftar."
Berkerut dahi saya mencari perkaitan kad kahwin dengan daftar nama ayah saya. Sungguh masa tu saya lambat sangat tangkap. So saya tanya dia balik:
"Kenapa nak kad kawin? Ini ayah saya, saya anak dia..."
Attenden tu tekup mulut dia
"Oops, saya ingat akak isteri dia"
Dalam hati dah berkata-kata: Bapak aku yang nampak muda atau aku ni yang dah nampak tua?
Setiap kali teringat mesti tersengih sensorang...Hahahaha...
Nak tau sakit apa yang sebenarnya? Bukan terseliuh, tapi patah...patah kaki...
Sekian. Wassalam.
Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati
No comments:
Post a Comment
Orang Suka Beri Pendapat