Friday, September 14, 2012

Sakit - Hadirnya bersama Ketabahan

Assalamu'alaikum para pembaca yang dikasihi...

       Beberapa hari ini tak sempat nak menulis di blog. Keadaan kesihatan yang tak menentu. Saya amat bersyukur, kali ini saya menemani anak sulung saya sakit. Hati yang keras kerana banyak sangat marah-marah dah lembut sikit kerana penyakit yang Allah beri ni.

         Biarpun cuma selsema membawa kepada demam, lebih terasa kasihan melihat anak yang batuk, selsema beserta demam, panas sangat badannya hinggakan non-oral PCM (faham kan?) pun kurang berkesan. Dia selalu terkejut di tengah malam, menangis... bila sedar dia di mana, dia cari saya, minta susu bila lapar, kalau tak lapar, dia minta air masak (masa ni la dia banyak minum air masak sebab tekak tak selesa akibat batuk. Masa sihat, air masak tak nak minum sangat.)

            Dari semua yang berlaku di sekeliling saya sekarang ni, saya ambil iktibar bahawa kesihatan tu satu nikmat Allah, tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kalau Allah nak tarik nikmat sihat, sekejap je boleh hilang.

            Ada beberapa orang yang berada dalam ingatan saya, menambah kesungguhan saya untuk bertahan sementara menunggu suami kembali ke rumah dari tugas yang tak mengenal erti rehat.


Satu: Nurulhasanah Ismail

Kawan sekerja yang telah berpindah ke jabatan lain. Dia disahkan oleh doktor terkena jangkitan kuman (tindak balas: demam) Sakit tu attack pada sendi hingga kaki kanannya tak dapat bergerak (perlu duk wheelchair.) Itu sahaja setakat yang diceritakan oleh suaminya ketika bertemu semalam (13/9/2012)


Dua: Fauziah bt. Muhamad

Biarpun baru saja membaca ceritanya melalui blog Kak Suzie, saya akan berdoa untuk kesembuhan Kak Fauziah setiap kali teringatkannya. Beliau diserang Asma pada Jun 2011 sehingga menyebabkan kerosakan pada saraf otak. Kini beliau dalam jagaan suami, En. Abil Fikri.

Semoga Allah menemukan penawar kepada penyakit mereka dan menyembuhkan mereka.

Amin.


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

No comments:

Post a Comment

Orang Suka Beri Pendapat

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers