Monday, December 5, 2016

MALAS DAH! - Ada yang boleh bantu?

Assalaamu'alaikum semua.

Wow!

Dah 3 tahun + tak update apape di blog.
Banyak dah berlaku. Tapi tak rasa dapat ceritakan semua.

Life is... apa yang kita buat di Alam Nyata.

That's why di Alam Maya ni dah kurang sangat appear. Ditambah lagi dengan fenomena Social Media Facebook, Instagram, Whatsapp Group, Wechat, Telegram dan macam-macam lagi.
Tak terlayan semuanya. 

If layan semua memang la nampak macam best, macam gah sentiasa online dan up-to-date.💁
Rasa teramat sibuk, tapi kalau letak kamera rakam apa yang kita buat sebenarnya hanya duduk je pandang SematFon atau Komputer.
Apa kerja pun tak buat.

Jadi mana amal kita sebenarnya?
Siapa yang jadi saksi kepada amal yang kita buat?
Kulit? Jari? Mata?

Anggota yang lain?
Bila masanya beri perhatian pada anak-anak?
Bila masanya nak beri layanan pada suami?

Maaf tau bebel gini. Maaf saya masih terumbang ambing. Rasa lost interest nak hidup dalan Alam Maya ni. Or maybe tak jumpa lagi sebab-sebab yang kukuh saya kena berada di ALam Maya.

Ada yang boleh berikan contoh jadual macam mana korang manage untuk hidup di kedua-dua Alam tanpa pening kepala?