Thursday, January 31, 2013

Makanan Mainan

Dalam pada sibuk mengurus rumah tangga dan anak-anak sempat lagi memenuhi keinginan mengekspresi kreativiti dengan jahitan felt.

Makanan yang saya jahit kali adalah...


Set Burger Dressing

Belum sempat lagi nak jahit daging burger dan pickles (timun jeruk)

Set ini terdiri dari

 Roti burger

Keju

Mustard, Sos tomato, dan Sos Cili

Sekarang tengah dalam progress nak buat FlashFelt. Nantikan updatenya...

Sekian.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Kalau dapat komen cadangan-cadangan bernas juga dialu-alukan.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati



Wednesday, January 30, 2013

Dugaan yang Dicetus Sendiri

Dugaan datang silih berganti....

Kali  ni sangat besar...apa yang saya boleh katakan: Allah tak pernah silap menentukan jodoh kita. Tapi kita yang selalu jadi pasangan yang silap untuk pasangan kita.


Lihatlah wajah anak-anak soleh solehah yang mulus, tulus

Setiap kali melihat wajah anak-anak dan dengan pertanyaan2 mereka, tak sampai hati rasanya nak mengecewakan mereka. Baru beberapa tahun membelah lautan, takkan dah nak karam.

Semoga Allah memberi ketabahan kepada kami untuk meneruskan perjuangan ini. Andai tiada peluang lagi, semoga ada hikmah yang besar di sebaliknya.

Amin.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati



Thursday, January 24, 2013

Ruqyah Syar'iyyah


Akibat tekanan
Kadang-kadang ada yang datang 'menumpang'
Jadilah kita mengalami tanda-tanda
orang kena gangguan


(credit: google image)
bukan la kata sampai tahap histeria
tapi cukuplah kalau tengok perangai sendiri

Cepat marah
Sesak nafas
dan lain-lain...


Sebab tidak mendapat sokongan
untuk pergi berubat di Pusat Perubatan Islam
maka saya ambil inisiatif sendiri
download Mp3 Ruqyah
secara percuma

Ayat-ayat yang dibaca
dalam Ruqyah
 memang dah check dengan Al-Quran
betul semuanya

memang ada kesan
ke atas badan
ke atas sikap
ke atas pemikiran.

Jika ada masalah
dalam hidup
dalam diri
Selidik balik sejarah keluarga

Kadang-kadang kita tak buat apa2
tapi ayah kita baca jampi
mungkin juga atuk kita menyerapah

kita tak tahu,
alih-alih kita yang kena.

Saya tak menuduh ayah2 atau atuk2 anda
tapi saya reflect family sendiri.

Harap tak ada yang tersinggung.


Sekian...Wassalam.



Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati



Wednesday, January 23, 2013

Oder Felt dan Hadiah WW dari BAi

Alhamdulillah saya gembira hari ini kerana dapat order felt acrylic untuk buat sumting yang dah lama saya nak buat tapi asyik menangguh2 je...

Lebih happy saya buat untuk anak2 saya dan seseorang yang istimewa...Siapa dia? Nanti dah siap  baru saya beritahu...

Oh ya, saya telah selamat terima Hadiah WW anjuran Bayt Al-Iman iaitu:




CD Bacaan Surah-surah lazim dan surah-surah amalan yang dialunkan oleh Ustaz Mohamad Fakhrul Radhi bin Khamaruddin (Juara Akademi Al-Quran Musim Ketiga

(pinjam gambar dari blog UM sebab gambar amek dengan fon tak clear)

Pasni nak cari CD player plak
Radio Mini with CD player mungkin
Kalau play guna lappy nanti anak2 nak capai2 tekan2 keyboard...
Huhu...

Alhamdulillah....
Doakan saya agar Allah permudahkan saya menjahit felt tu.
Memang tak ada due date, dan sebab tak ada due date untuk siap tu lah maka saya takut saya asyik menangguh je....

Harap dapat setkan target dan istiqamah menuju target tu.
Amin.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati



Hari Pay Se-Malaysia Untuk Kakitangan Awam


Hari Ini GAJI!
Plus BONUS!!!
WAHHH....
tgk slip gaji mesti BANYAK duit...

Memang ada banyak wishlist yang nak ditunaikan...
tapi mesti dahulukan apa yang penting:

Bayar upah pengasuh
Bayar bil elektrik rumah
Bayar yuran kelab

TAPI
Pernah tak terfikir upah untuk diri sendiri?
Ye lah, kita dah penat bekerja sebulan.
Duit gaji habis bayar kat orang lain dulu.
Diri kite kemudian...

Well, 
Ada juga yang tak lupa bayar pada diri sendiri
Kemudian 
Mereka tukarkan kepada Emas
Atau simpan di Bank
Atau mungkin buat beli sesuatu yang sangat-sangat diinginkan

TAPI
Pernah tak terfikir untuk tukarkan upah kepada diri sendiri tu
Dalam bentuk yang tak nampak
Dalam erti kata lain
PAHALA

BerSedekah
BerWakaf

Tak semestinya Wang
Barang pun boleh (semestinya beli dengan wang gaji)


Telekung ke...
Al-Quran ke...
Getah Paip ke...

Eh?
Boleh ke?

Boleh...
Getah paip untuk tandas surau atau Masjid.
Selagi ada orang guna, kita yang dapat pahalanya.
(Idea asal dari Ummiku penulis Field of Dreams)

So pilihlah yang mana mudah bagi anda
Peringatan untuk diri sendiri

Sekian, Wassalam.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Tuesday, January 22, 2013

Hulurkan tangan, Berikan Sumbangan


Pagi-pagi buka blog
Mesti tengok Updates dari kawan-kawan

Tapi satu yang menarik perhatian
Tajuknya "Saham Akhirat"
Ditulis oleh Kak Suzie



Biarpun cuma penambahbaikan surau
Setiap wang yang disumbangkan
untuk beli simen dan batu bata
akan jadi saham untuk kita 
di akhirat
supaya kita tak tergolong
dalam golongan yang muflis di sana nanti

Sedekah Jariah
ini Wakaf sebenarnya.
(betulkan saya kalau tersilap)

boleh lihat di blogpost ini

Sumbangan atas dasar percaya.
Sekampit Simen - RM17
Batu Bata - RM120
Miscelleneous - Seikhlas Hati

Hantar email kepada adieha@gmail.com
Nanti dia beri No. Akaun
~Maybank~

p/s: nak buat amal jangan bertangguh, takut tak jadi...peringatan untuk diri saya juga.

Sekian
Wassalam.


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Monday, January 21, 2013

My First Giveaway by Echa




Jom Join!

Syarat-syaratnya mudah saje.

1. Buat entry bertajuk "My First Giveaway by Echa". Copy banner dan backlink. (DAH)
2. Follow blog ni dan Like De Lavenda Shop (DAH)
3. Nak tag blogger lain pun boleh, kalau tak nak pun tak apa. (tak pe lah)
4. Tinggalkan link entry dalam kotak komen. (DAH)



Nak Join?

Klik Banner
@
Klik SINI

Tarikh Tutup: 20 Februari 2013

Thursday, January 17, 2013

Pre-Birthday Giveaway


Robot berlari tak cukup tanah
Menuju ke kedai nak beli bateri
Buat bekalan pulang ke rumah
Walaupun peserta ramai sudah
Izinkan saya meriahkan lagi
Pre-Birthday Giveaway anjuran Nadrah

Sangat suka tengok graphic design oleh Nadrah si Tuan Belog tu...
Rupenye beliau adalah:


Antara design beliau yang saya suke:


cumil gambar robot ni. cam baby...


namoak macam serabut tapi sangat kreatif...


yang berwarna ni cantik...
Cuba tengok alatan mewarna kat belakang.
Kalau memang semua Hand Made, Tabik Spring untuk Nadrah...
Toing yoing yoing



Birthday Miss Nadrah ni tak lame je lagi...

so...

HaPpY BirThDaY tO U

NaDraH ZuLkiFly



Jom Meriahkan lagi GA ni...

Klik Banner
@
Klik SINI

Tarikh Tutup: 9 Februari 2013

Wednesday, January 16, 2013

Fivers Hijabis Giveaway II


Hijab adalah

Pengenalan kepada wanita Muslim
sebagai wanita yang baik-baik

Penutup aib tubuh badan
yang lebih penting: Aurat

Hijab yang sebenar seharusnya memenuhi syarat ini:

Tebal
Tidak ketat
Labuh sehingga dapat menjamin menutupi dada
Tidak berbonggol di kepala
Tidak nampak aksesori yang tidak biasa diperlihatkan
contoh: anting-anting


Panduan mudah:

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


Tag:


Tarikh Tutup: 15 Februari 2013




Terima kasih kerana membaca.
...::Wassalam::...


Tuesday, January 15, 2013

Harap Sudi Beri Pendapat

Saya ada reka polls yang baru
ada di sebelah kanan blog
yang warna oren tu


saya perlukan pendapat dari kawan2
tentang penampilan blog saya.

Kalau nak bagi cadangan bernas yang panjang2
boleh taip di shoutbox
saya sudi menerima
sebarang pandangan membina....


harap kawan-kawan dapat bantu
Terima Kasih in Advance

Sekian
Wassalam
...

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati



Serprais Petang Semalam

Macam biasa la balik dari kerja semalam
singgah la kat kedai runcit kat arked, 
tujuannye nak beli Roti Gardenia Delicia
yang 70 sen tu, 
perisa Vanilla atau Jagung.

Excited dah ni...
Nampak dari jauh ade roti tu.
Lari-lari anak sikit
bila dah dekat
Eh?!


BUTTERSCOTCH!

Terus sambar 5 bungkus
(5 je pun nak kecoh!)

Harga tetap sama
tujoh ploh sen

Haha...
Kalau beli sebungkus yang biasa tu
Mahal...
Pat ringgit doploh sen

Ai...
Hari ni pergi lagi...

DAH HABIS...

Tak pe la...Insyallah...
Esok2 ade lagi...

Rupenye ade kuar kat Sinar Harian
boleh baca kat SINI

Saturday, January 12, 2013

Segmen: Makanan dan minuman kegemaran blogger Malaysia by Paly




Makanan Kegemaran:


Nasi Goreng Ayam Kunyit, Nasi Goreng Kampung, senang cite, sume Nasi Goreng la...


Ada lagi - Lasagna, pizza, spagetti



Minuman: Air suam

Saya suka makanan dan minuman ni sebab suka kepelbagaian rasa then flush sume dengan air suam, MEMANG NIKMAT...

Alhamdulillah...

(pix credit to google)
Nak Join?
Klik Banner
@
Klik SINI


Tarikh Tutup: 22 Januari 2013

Friday, January 11, 2013

TM & Me-S GIVEAWAY

Saya join sebagai tanda sokongan to TM dan nak meriahkan GA ni...





Mari kita lihat syarat-syaratnya :

1- Mesti ada blog. Taip entry ringkas bertajuk "TM & Me-S GIVEAWAY"
2- Letak banner di atas dalam entry
3- Jadi follower Teratak Mawaddah & Mawaddah e-Store
4- Jika ada FB, boleh Like di SINI (pilihan)
5- Tag 2 orang rakan anda untuk sama-sama menyertai GA ini
6- Dah siap, sila letakkan url anda di kotak komen Teratak Mawaddah
beserta ID Follower / FB


3 orang peserta bertuah akan memenangi sehelai T-shirt Muslimah daripada Teratak Mawaddah Mawaddah e-Store.

Cabutan akan dilakukan oleh :
- Imam Teratak Mawaddah
- Ummu Auni
- Anakanda Solehah

Nak Join?
Sayangnya...

DAH TAMAT!

Tarikh Tutup: 14 Januari 2013


Tag:

Monday, January 7, 2013

Contest Cepat, Tepat dan Bertuah

Join GA plak




Nak Join?
Sayangnya...

DAH TAMAT!

Tarikh Tutup: 11 Januari 2013 (12 pm)

Airmata Dato' Naib Canselor UTM untuk UTM

Perkara ini tidak selalu berlaku dalam hidup saya, melihat airmata lelaki tumpah dihadapan sekian ramai warga UTM yang menghadiri Perhimpunan Bulanan/ Penyampaian Amanat Tahun Baru 2013 yang disampaikan oleh Y.Bhg Datuk Naib Canselor UTM. Bukan sembarang lelaki, lelaki tersebut adalah pemimpin UTM sendiri, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini bin Ujang.
(Pic credit to VCUTM)

Saya tak tahulah apa yang orang lain rasa/fikir, namun saya sendiri terkesan dengan apa yang berlaku. Airmata yang tumpah bukan gimik, bukan juga untuk  mencari publisiti. Airmata kehambaan yang tumpah ketika memimpin warga UTM berdoa, menimbulkan satu rasa di hati orang-orang yang lembut hatinya.

Terasa begitu beratnya tanggungjawab dibahu seorang pemimpin yang bertekad untuk membawa UTM gemilang di mata dunia.  

Tujuan saya mengeluarkan post ini bukanlah untuk merendahkan sesiapa. Saya sendiri berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri dan berharap dapat menyumbang lebih kepada UTM dan keluarga saya sendiri.

Saya minta maaf jika ada yang tersinggung atau saya tersilap kata. Semoga mendapat manfaat.

Sekian. Wasalam.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Friday, January 4, 2013

Span dan Cermin

Seperti yang kite semue tahu, span menyerap apa saja cecair yang dituang ke atas nya... atau kalau gosok surface yang  ada kotoran berbentuk cecair, span akan serap semua.

Cermin pulak, fungsinya memantulkan imej objek yang berada di depannya.


(pic credit to FA)
Apa kaitan span dan cermin?

Atau soalan sebenar yang patut ditanyakan:
Apa kaitan span dan cermin dalam kehidupan manusia?


Manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Manusia yang berada diperingkat BAYI yang telah lahir ke dunia belajar melalui semua deria yang telah dikurniakan Allah kepadanya.

Masa ni, bayi ibarat span. Menyerap segala pelajaran yang diterima melalui penglihatan, pendengaran, pergerakan, layanan, cara ibu bapa bercakap dengannya dan semua yang berlaku di sekelilingnya. Walaupun belum memahaminya, namun dari situ bayi belajar untuk melakukan pergerakan tangan dan kaki, berguling, meniarap, merangkak, berdiri dan berjalan. Bagi ibu bapa, time ni amat mudah untuk handle anak.

Namun ibu bapa perlu ingat, pendidikan yang diberikan kepada anak-anak bukan sekadar aspek Jasmani saja, tapi juga Ruhani.


Bila bayi tadi menjadi anak kecil, dah pandai papah, berjalan dan mula pandai bercakap, waktu ni anak kecil tadi akan jadi cermin. Dia akan memantulkan segala apa yang telah dipelajarinya sebelum ini  dan dalam masa yang sama terus menjadi span, menyerap pelajaran-pelajaran baru mengikut peringkat umurnya.

pic credit to Wikipedia

Jika ibu bapa melayan anak dengan penuh kesabaran, untuk dijadikan contoh buat memupuk akhlak anak, maka anak tadi akan menunjukkan akhlak yang baik seperti yang ditunjukkan ibu bapa.


Tapi kalau ibu bapa mengamuk depan anak, baling barang bila marah, menjerit atau yang seumpamanya semasa anak tu di peringkat span, natijahnya anak tadi akan meniru perbuatan ibu bapanya dan ibu bapa akan melihat anaknya seolah-oleh cermin yang memantulkan sikapnya sebelum ini. Akan terasa lah sesalan yang menggunung kerana ketidaksabaran dalam melayan kerenah anak dulu.

Pantulan ini tak perlu tunggu lama. Sebaik anak mula memahami keadaan sekeliling dan dapat mulut, pantulan yang sangat 'menyilaukan' akan dihala terus menerus di hadapan mata ibu bapa.

Apa yang patut dilakukan kalau dah terlepas laku?

Jawapan: Taubat Nasuha dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.

Step 1: Berdoa agar anak -anak meniru perlakuan baik ibu bapa. Berdoa agar perlakuan anak-anak yang buruk dihapuskan. Berharap kepada Allah dan berdoa  dengan doa-doa ini:



رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
(Rabbi Habli min ladunka dzurriyyatan thayyibatan innaka sami’ud du’a)
Ertinya: “Wahai Rabbku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa". Al Quran Surah Aali 'Imran:38.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
(Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imama)
Ertinya: “Wahai Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” Al Quran Surah Al-Furqan:74.

(رَبِّ) اجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ
(Rabbi) ujnubni wa baniyya an na’budal ashnam)
Ertinya: “(Wahai Rabbku), jauhkanlah aku dan keturunanku dari menyembah berhala-berhala.” 
Al Quran Surah Ibrahim: 35.

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
(Rabbij ‘alni muqimash shalah wa min dzurriyyati wa taqabbal du’a)
Ertinya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” Al Quran Surah Ibrahim:40.

Step 2: Bersabar dengan sikap anak-anak dan tunjukkan apa yang betul. Nak bersabar ni, anggaplah ini ujian untuk ibu bapa, untuk tahu sama ada ibu bapa ni betul-betul nak berubah atau tidak. Insya Allah lama kelamaan, sikap buruk yang ditiru anak-anak akan hilang.

Saya mohon maaf kalau ada salah silap dalam post saya ni. Ini peringatan untuk diri saya sendiri dan harap bermanfaat bagi yang membaca.

Sekian. Wassalam.


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Thursday, January 3, 2013

EnSurvey - Jawab Survey dapat Cash Reward!



Haha... tak dapat tidak saya nak juga sibut gi tengok EnSurvey yang blogger2 duk perkatakan sekarang ni...

Mungkin lambat ambil step signup...setakat tadi baru dapat RM3.20

Nak Cashout kena ada minimum RM100.

Esok lusa tunggu lagi kalau-kalau ada survey. Boleh dapat Earnings lagi...


Kalau nak Join klik SINI @ klik gambar kat atas tu...

Sesaje nak menambah pendapatan...

Tuesday, January 1, 2013

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod



Nak Join?
Sayangnya...
DAH TAMAT!

Tarikh Tutup: 5 Januari 2013 (12noon)

Huda Syafiqah 's 1st Giveaway

Kali ni join giveaway plak...




Nak Join Klik Banner
@
Klik SINI

Tarikh Tutup: 24 Januari 2013 (12 midnight)

Tag:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers