Monday, June 21, 2010

Tanggungjawab bertambah

Assalam...


Alhamdulillah...syukur ku panjatkan pada Illahi kerana kini tanggungjawabku bertambah, dari berdua jadi berlima...

Dari seorang menjadi berdua
Dulu suami ku tinggal di kuarters berdekatan tempat kerjanya, tapi kini dia berulang alik ke rumah...

Dari berdua menjadi berlapan 
1.30pagi hari ahad baru sampai rumah, jadi bangun pagi pun dah kul 8.30pagi (selepas waktu subuh), buat lah rutin harian macam biasa. Masa nak siram pokok ternampak baby arnab yang baru lahir terbaring dalam longkang... terus kejutkan my lovely hubby dan ibu arnab selamat beranakkan 6 ekor baby rabbit...

Dari berlapan menjadi berlima
Ahad malam, dua ekor dah mati. satu kerana air dah termasuk dalam paru2(agaknya, yang jumpa dalam longkang tu), satu lagi kerana kakinya dua2 takde, mak dia termakan kaki anaknya semasa beranakkan babynye tu... Pagi ni, jumpa lagi sekor mati kerana takde sebelah kaki, kes sama dengan tadi.

        Jadi setiap pagi saya akan ambil maknye untuk susukan anak2nye kerana dia ni spesies yang tak pandai jaga sendiri...

Alhamdulillah...

Wassalam...


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Wednesday, June 16, 2010

Addicted?

Assalam....

Lets101 Quizzes - Online Quizzes

Saya dah amek kuiz ni...

saya tau saya dah addicted...mungkin lebih dari peratus yang ditunjukkan...

Anda bagaimana?

haha...

Wassalam....
Impianku Menjadi Isteri Solehah Membina Baiti Jannati

90 Hari

 Assalamu'alaikum...

Lame betul tak update blog yang satu ni...

kali ni nak featured entri dari Kak Echa...tentang Cuti bersalin 90 hari...Saya pun sokong juga... boleh beri lebih masa untuk ibu erat dengan anaknya...

Borang ni lum sampai lagi kat opis...



Saya SOKONG!!!

Tapi dengan syarat habiskan kerja2 yang ditinggalkan. takut nanti bila dah naik kerja semula, dah taktau nak start dari mana...

Sekian...Wassalam.... 

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Monday, June 7, 2010

Alhamdulillah...

Assalam...

Huhu....saya dah hampir terlupakan giveaway ini. tapi itulah namanya rezeki yang tak disangka2....

Saya menang giveaway anjuran Kak Saidah. walaupun cuma tempat ke sembilan, saya tetap rasa terharu dan sangat gembira... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Ini snapshot dari entri kak Saidah:

 yang no 9 tu saye le...


ini hadiah yang saya bakal dapat...






Alhamdulillah... boleh la gunakan untuk mengisi air untuk hidang kepada tetamu....

Wassalam... 


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Good Coment Award...Thanks Nieyla...

Assalam...



Alhamdulillah... pagi2 buka blog dah ada berita baik kat shoutbox...Terima kasih Nieyla kerana sudi beri saya award ni... Comment saya tak la seberapa... ini paparan pada blog Nieyla...






Thanks Nieyla...hope suatu hari nanti saya dapat balas kebaikan awak ni...


Wassalam...

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Friday, June 4, 2010

BoToL PlaStiK...PlAsTiK beT0L

Di copy paste sebijik dari blog Kak Nana... Terima kasih ye bagi info berguna ni...







 
Pernahkah anda minum dari botol minuman plastik atau makan makanan dari bekas plastik dan terasa seakan-akan plastik pada minuman atau makanan tersebut? Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. Sekiranya kita lihat pada belakang atau di bawah bekas tersebut, kita akan dapati ada simbol segitiga dengan kod nombor. 

Jangan salah faham. Kod no. pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).

Ketahuilah Fakta2 berikut:

Kajian menunjukkan bahawa kod 1 yang diperbuat dari bahan PTE atau PET(yang selalunya digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh 1 kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana akan menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksinnya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara

Kod 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu tidak perlu risau tentangnya

Kod 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan diguna sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke makanan tersebut.

Kod 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di Oven microwave tetapi untuk jangkamasa 3 bulan sahaja jika diguna setiap hari. Oleh itu anda harus membuangnya dan gantikan dengan yang baru jika sudah terlalu lama menggunakannya.

KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN sama sekali ialah yang bertanda 3, 6 & 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari Polycarbonat yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan Kanser terutamanya Kanser Payudara. Kod 3 & 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama

Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak2 & bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut. Bahan Bisphenol-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem reproduktif, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko kanser payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diebetis & tekanan darah tinggi. Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol2 susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta menjadi rujukan sedunia telah mengesahkan fakta ini.


So, kita kena bertindak sekarang. Jangan guna plastik kod 1 berulang kali, jangan guna kod 5 dalam tempoh yang terlalu lama. Yang lebih penting, JANGAN GUNA LANGSUNG KOD 3, 6 & 7. Cara yang terbaik ialah dengan menggantikan dengan bekas yang diperbuat dari kaca atau seramik yang lebih selamat.


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Thursday, June 3, 2010

Mari Sama2 Kita Sokong!

Assalamualaikum semua...

Blogwalking kat blog Kak Hanybunny...

Jumpa banner ni... Marilah kita sama2 sokong... copy dan post di blog anda!


Wassalam... 

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers