Thursday, November 29, 2012

Twinshopylicious Giveaway

Assalamu'alaikum...

Bosan2, join GA




Nak Join?
Sayangnya...
DAH TUTUP!

Tarikh Tamat: 6 Disember 2012


Tag:

Wednesday, November 28, 2012

FM EZ dah sampai!

Assalamu'alaikum...



Alhamdulillah FM Special dari abg Eq dah sampai. Cepat betul penghantaran hadiah. Try la tampal kat besi2 kecik. TAK LEKAT!

Alamak...pastu try tampal kat kotak kunci (fully besi) Haha... melekat kuat. Pasni balik rumah nak try kat fridge plak.

Thanks tau!

Sekian. Wassalam.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Monday, November 26, 2012

Back On Air

Assalamu'alaikum...



Alhamdulillah... Akhirnya dapat bersiaran semula selepas bercuti selama 1 minggu.... ke Sabah... ala...cuti-cuti  1Malaysia.

Cerita mengenai pengembaraan kami di Sabah akan dimuat naik di blog saya yang satu lagi ---> Cutie Cupcakes.

Kalau ikut nak gak buat 2 versi, BM dan BI. tapi nantilah. Dah cuti seminggu ni, naik kerja mestilah  melambak kerja atas meja kan?
So stay tuned!


Oh ya...Tahniah kepada semua pemenang GA EqbalZack.
Insyallah FM Special dari abg Eqbal 



Sekian. Wassalam.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Monday, November 19, 2012

Entri Sengal: Keterujaan yang tak dapat dibendung...

Assalamu'alaikum...


Kali ni entri scheduled. Mungkin masa post ni keluar, saya dah kat dalam kapal terbang menuju ke Kota Kinabalu, Sabah. Saat saya taip ni (1 Nov) saya sangat teruja.

Bukan sebab naik kapal terbang. Tapi sebab tengok komen Eqbal Zack dalam post birthday untuk dia. Walaupun blog post tu dibuat memang untuk dia dan untuk melayakkan join GA, tapi bila tengok dia komen sebaik post tu di up kan, keterujaan ni tak mo pergi. Well, blogger terkenal drop komen kat blog tak dikenali ni...hai....mana x excited.

Saya tak mahu dikata kaki kipas atau sanggup buat ape saje untuk hadiah. Sebab tu post ni di upkan masa pemenang GA Eqbal Zack dah diumumkan.

First time tengok gambar Eqbal Zack, ingatkan dia tu adalah:


Ungku Ismail Aziz

Haha...memang lawak tul la sebab siap story kat my hubby lagi...bila dapat gambar dekat, lain sket sebab tembam. 

Pastu time dia buat GA memang havoc2 hadiahnya. Ada yang saya join, tapi tak ada rezeki. Ada yang tak join kononnya sebab dah pencen dari join GA (Auta sungguh. yang join hari tu tu ape?!)

Ditambah lagi bila tengok gambar profile, SMART. Memang fotogenik tul mamat tu.

Sekian dulu entri sengal kali ni. Len kali takde lagi dah (baca: boleh caye ke?)


p/s: macam mane agaknya gamabr Eqbal Zack sedang menangis mengalir air mata, masih fotogenik kah dia? Haha...


To Eqbal: janngan marah k...Me bagitau pendapat peribadi sejujurnya je. Don't Saman Me k...


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Monday, November 5, 2012

Ouch! Ngilunye Rasa....

Assalamu'alaikum para pembaca sekelian.

Tadi time lunch gi tengok anak saya yang berbalut jari kakinya.

Dari hari Jumaat lagi kaki Amsyar dah kena macam2 sakit. Jumaat tu hujan lebat, ambik diorangdari rumah pengasuh dengan kereta. rumah saya kuarters so parking kongsi dan kereta memang tak boleh masuk parking depan rumah. so angkat Amsyar dulu, letak dalam rumah dan pi la amek Allysha. Amsyar pi selak pintu dari dalam, so saya yang kat luar rumah, dengan si kakak dan keadaan hujan ribut panik la, camne nak masuk, wat happen to him inside. Saya gegar pintu dan tendang pintu tu sambil pegang tombol pintu supaya tak terus terhempas masuk, anak saya tak lari bila nampak pintu bergegar, duk tercegat je kat situ, kuku ibu jari kakinya terkena pintu. dia nangis jap, maknye plak sambung. bawa gi klinik bila hujan reda. cuci, sapu ubat kuning then balik. darah ade lagi sikit2. letak minyak burung but2, kering terus. ingat ok la minyak tu.

Pastu hari Sabtu Amsyar main panjat2 meja dekat tingkap kat rumah. Dengar dia merengek dan terus mata saya jatuh tengok kaki dia. darah dah menceceh-ceceh kat karpet. belakang jari manis kaki yang sama dengan semalam pulak yang kena. dalam sakit tu dia lari sana sini. buh minyak burung but2 tu tak brenti gak darah keluar. Ngilu betul bila bawa gi ke bahagian kecemasan dan diorang cuci luka tu. Terkopak gak la kulit, nampak isi. (Ngilunye...eeeeeee)

Pastu nurse tu balut jela hope pendarahan nya berhenti. siap 2 kali pergi sebab bandage tercabut. Anak lelaki, tau je la da sakit pun masih nak main panjat sana sini.

Then Hari ahad (semalam) datang lagi untuk tukar dressing. Kali ni dokter ade, so bila tengok darah dia mcm tak berhenti2 keluar, diorang decide supaya jahit (Ouch! saya yang rasa perit dan ngilunya di hati dan kaki ni.) memang dalam hati dah nangis la tapi tak mo tunjuk depan amsyar. saya kena kuat depan dia. tapi pas dokter spray bius dan jahit pun, dia stil nangis. jerit kuat macam nak tercabut anak tekak.

Huhu. apakan daya saya, cuma boleh bisikkan AllahuAkbar supaya dia ingat Allah. Airmata ni ditahan je, malu gak klu nurse n dokter tengok. Amsyar kan nampak je bilik dressing tu dah takut. nangis je. Kakak plak boleh cool je dengan gayut botol susu kat mulut dan lampin di tangan, time adik nangis jerit2 tu dia boleh tepuk2 adik dia, pujuk supaya brenti nangis. Mungkin dia boleh jadi dokter bila besar nanti.

Amsyar kena 4 stitches dan baru tadi buka sendiri balutannya atas nasihat pengasuh. pengasuh anak saya kata dia pernah jaga budak yang macam amsyar gak, kena jahit, then dia bubuh minyak gamat, 2 hari je dah kering luka. semalam pun pembantu perubatan tu ada cakap, kalau bandage terbuka tapi tak ada darah, saya tak perlu risau. so tadi buka, dah tak ada darah. tapi nangis kuat la si Amsyar. Maknye dalam gigil2 pun gagahkan juga buka dan pegang kaki dia untuk dituang minyak gamat. so pasni takde la dia ligat sangat.

Seram tengok benang terkeluar2. sampai tak tergamak nak letak gambar. eeeee...ngilu tul la!

Eh baru ingat kena amek gambar untuk hubby tengok. Dia masih outstation untuk seminggu lagi...Oh Semua ini terjadi masa dia keje jauh...huhu... mampukah ku hadapi dugaan hebat ini...huhu...

Sekian untuk entri kali ni.nanti update lagi sal kaki Amsyar. Wassalam.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM

Assalamu'alaikum..

Entri ni ditujukan khas buat semua pelajar tingkatan 5 yang menduduki peperiksaan SPM bermula hari ini, especially adik ipar saya yang kini  di kelantan sedang berjuang menjawab kertas Bahasa Melayu 2.


Semoga Allah mengilhamkan kepada kalian jawapan-jawapan yang betul.
Amin.

Sekian. Wassalam.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Pengumuman 2: Blogspot Unblocked

Assalamu'alaikum..

Haih...ting tong ke ape saye ni buat pengumuman... Tadi pagi kena block, sekarang dah UNBLOCKED.

so dengan ini saya dah boleh blogwalking...hehehe...

thanks to all sebab bersabar dnegan kesengalan ini.


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Pengumuman: Blogspot Blocked!

Assalamu'alaikum...



Saya minta maaf jika tak dapat nak kunjungi blog kalian kerana domain yang menggunakan .blogspot.com telah TOTALLY BLOCKED di tempat kerja ku. gambar pun dah tak boleh tengok. kalau domain .com masih boleh lagi, contohnya www.suzie284.com boleh di akses tapi gambar tak nampak. dan Wordpress pun boleh. (Ini kerana website tempat kerja ni guna Wordpress...)

Blogger home boleh, jadi dapat lah buat post ni cuma takdapat lah view....

Saya bukan minta kalian tukar domain. Hanya pemberitahuan saja. so sementara waktu ni, saya lay low je. Mungkin fikirkan untuk tukar domain ke....ape ke...

Sekian dulu update dari saya. Dah boleh blogwalking nanti saya beritahu lagi.

Wassalam.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Thursday, November 1, 2012

Happy Birthday Eqbal Zack (Giveaway)

Assalamu'alaikum...


HAPPY BIRTHDAY TO YOU EQBAL ZACK!

Edisi sesaje menggatal nak join GA. Tertarik tengok hadiah benanye... and tak salahkan nak hadiahkan du'a buat seseorang. Lebih-lebih lagi Fisabilillah macam incek Eqbal Zack ni. Wishes tu nanti hantar kat contact form eh...dah banyak rupanya umur dia...tapi lagi banyak umur lagi banyak pengalaman kan? Hihihi...

Ok mari tengok peraturannya dulu:


RULES 
Please read carefully, as he reserve the right to disqualify any incomplete entries. 
1. Be a follower of www.eqbalzack.com
2. Write a simple blog post (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris) about this giveaway. You can copy and paste your entry from here. The title of your entry will be: "Happy Birthday Eqbal Zack (Giveaway)"
3. Come back here and leave the permalink (URL) in the **comment box.
4. Send Eqbal Zack an awesome “Birthday Wish” (Bahasa Melayu or Bahasa Inggeris) via CONTACT FORM.
    It is better to use a CONTACT FORM for this purpose to avoid plagiarism. He will pick the BEST   
    wishes!
5. This giveaway runs from today until 12 November 2012 (11:59PM).
6. Winners will be announced on the 19 November 2012 (10:00 AM).


**If your comment doesn’t show up right away, don’t worry he may have to approve it first!

Hadiahnya:



 DUA [2] pemenang 

Black Wallet and Red Purse by Alain Delon (Original)


EMPAT [4] pemenang

Original miniature from DKNY and RALPH LAUREN!



SEPULUH[10] pemenang

Eqbal Zack (EZ) Limited Editon Fridge Magnet

Nak Join?
Sayangnya...
DAH TAMAT!



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers