Thursday, February 7, 2013

Gema Cinta Rasul Berkumandang dari Selatan!

Semalam saya ada upload gambar untuk Wordless Wednesday  (WW) -

Bagi yang dah tengok facebook program UTM Berselawat, pasti tahu pengisian yang dibuat untuk program tersebut. Bagi yang belum tahu, ini antara poster yang telah dikeluarkan:

Gema Cinta Rasul Berkumandang dari Selatan!

Perasmian oleh:
Dato' Hj. M. Tahrir Dato' Kiyai Hj. Samsuddin 

Forum Selebriti yang terdiri daripada:
Ustaz Don Daniyal
Imam Muda Asyraf
Ustaz Muhajirin
plus penampilan khas
Hafiz Hamidun

Masa: 8 pagi - 12 tengahari
Tempat: Dewan Sultan Iskandar, UTM JB

Talaqqi Perdana
bersama 
Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

(Talaqqi: Mempelajari ilmu terus dari orang tersebut)

Masa: 1 tengahari - 6 petang
Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Ismail, UTM JB

Malam Cinta Rasul
Tausiyyah Perdana
Bersama
Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

dan

Gabungan al-Mawlid
Zaf dan Lah (ex-VE)
Azan dan Amir (ex-ruffedge)
Saiful (ex-inuendo)

(Tausiyyah: nasihat)
(betulkan saya kalau tersilap maksud)

Masa: 9 malam
Tempat: Dewan Sultan Iskandar, UTM JB


Mari sama-sama kita Hadir ke marathon majlis Ilmu ini!


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Wednesday, February 6, 2013

- WW - Gema Cinta Rasul di UTM Johor Bahru

Hebahan, Seruan...Mari kita sama-sama gemakan alunan selawat kepada Rasulullah S.A.W.
Masuk adalah percuma

Pengisian program sehari ini akan diupload dalam masa terdekat.

Nantikan kemunculannya!

Wassalam...

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Percubaan pertama menggunakan Teknik Pujian Gaya Nabi Muhammad S.A.W

Hari ini ada seorang kawan di pejabat berusaha menggunakan sistem permohonan tuntutan untuk memohon tuntutan perjalanan beliau menghadiri seminar.

Saya ber-emel dengan beliau sebab terdapat beberapa kesalahan yang perlu diperbetulkan, dan beliau telah membalas emel dan membetulkan e-borang beliau dengan sepantas kilat. Siap dia say sorry lagi.


So saya pun memuji beliau dengan ayat seperti ini:


"Tak pe...nothing to be sorry about. Saya bangga dengan Dr. sebab berusaha nak isi sendiri E-form tuntutan. Usaha Dr. ni memudahkan sesiapa saja yang bekerja dengan Dr."


Nampak tak ade sedikit kesalahan dalam susunan ayat tu?


Sepatutnya susunan teksnya seperti ini:


"Tak pe...nothing to be sorry about. Saya bangga dengan usaha Dr. mengisi sendiri E-form tuntutan. Usaha Dr. ni memudahkan sesiapa saja yang bekerja dengan Dr."


Hai...kena usaha lagi nih... Semoga beliau terdorong untuk terus menggunakan sistem ini tanpa perlu bantuan dari saya untuk mengisi dari scratch.


Sekian laporan dari kerani pejabat yang tak seberapa ni...


Wassalam...


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati