Tuesday, October 29, 2013

Hari yang Negatif - Mohon Bantuan

Sungguh lama rasanya tak bersiaran di dunia blog... Kadang-kadang rasa macam sensorang je disini...Takpe la...buang semua yang negatif dan jadikan diri magnet kepada semua yang positif...(Buat ayat memang senang kan?)

Untuk pengetahuan semua, saya telah beralih bidang dari menjadi penasihat mereka yang nak kahwin di usia muda kepada bidang jahitan. Buat masa ni jahit tudung labuh bulat dan menginovasikan supaya senang dipakai dan menutup aurat dengan sempurna (sempurna bermaksud tak melekap dan menampakkan apa yang sepatutnya disembunyikan...)

Idea untuk menjahit tudung inovasi kedua masih kemas tersimpan dalam kotak fikiran. Belum direalisasikan menjadi sebuah produk yang boleh dijual. Sebenarnya semangat untuk mengambil tindakan terhadap rancangan yang dibuat semakin merundum...

Saya sedang menunggu, tapi tak tahu apa yang ditunggu...Nak buat sharing, apa yang nak dishare...?

Actually bila saya mula bertanya soalan macam ni, saya memang blur tak tau nak buat apa...
Tempahan tak ada lagi buat masa ini. Jadi menjahit kembali sebagai satu hobi saja. Ada kain yang  saya dah potong, tunggu masa nak siap jadi baju. Tunggu lagi,....disebabkan jahit tepi perlu hantar ke kedai. Bila dah tergendala, memang tergendala la memanjang...

Haih...rasa sungguh down hari ni...Mana tah perginya semangat saya beberapa hari lalu...

Masa yang berlalu sia-sia...tak ada satupun kerja saya yang siap...baik di tempat kerja, mahupun di rumah...hatta dalam perniagaan sekalipun tak ada satupun yang selesai...rasa nak berhibernasi je...berapa lama, saya tak pasti...

Ayat dah macam tulis novel la pulak...

Ada doubt yang bersarang dihati...macam mana nak hapuskan?

My Doubt:

1. Nak beli mesin jahit tepi tapi......macam mana kalau penggunaan tak optimum. Nanti berhabuk je dirumah. Kan membazir......

2. Saya rasa tak ada masa untuk saya menjahit: pagi pergi kerja, malam layan anak, diorang tido pukul 12 malam sebab tv dan lampu on tak boleh tutup kerana suami nak tengok tv. Anak2 pulak kalau tv on memang tak boleh tido, tapi takmo tido kat tangkat atas...12 malam dah penat, so maknye pun tido sekali... bangun subuh kul 5.30 urus rumah, jerang air dan lain-lain, pukul 7.40 keluar rumah beli sarapan anak dan pergi kerja.

Rutin pusing lagi sekali lagi setiap Isnin hingga Jumaat. Sabtu Ahad, suami ada program, ikut program suami kena jaga anak2. Rumah tak terurus juga sebenarnya, macam mana nak berniaga?

Saya pulak jenis tak boleh tengok sepah-sepah, jadi berserabut otak, nak duduk pun tak senang tapi nak buat kerja/kemas rasa penat dah kerja dan usaha masak dan buat macam-macam, nanti sepah lagi...

Siapa boleh tolong resetkan balik minda ni supaya sukakan kebersihan tapi dalam masa sama tak merungut bila tengok kekotoran/kesepahan...?

Bantuan anda sangat saya hargai...

Wang RM3333.20 masih perlu direbut oleh blogger
jom klik
Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Tuesday, October 1, 2013

Bagaimana Saya Boleh Bantu Anda?

Alhamdulillah...saya telah berjaya habis kursus Intensif Jutawan Industri 2013...

Mungkin ada yang bertanya

"Kursus apa tu?"

Kursus untuk usahawan yang berniaga untuk boomkan sales dan bagi pemula macam saya ni cari passion dan mula berniaga...

Alhamdulillah...saya dah lancarkan blog baru iaitu

Yuni Nuraini binti Roslan

dan juga FB Page

Kahwin di Usia Muda

Kepakaran saya adalah dalam membantu pasangan muda berumur antara 20-25 tahun yang ingin berkahwin membuat persediaan dalaman bagi menghadapi realiti alam perkahwinan yang mencabar demi mengelakkan anda merasa down selepas berkahwin akan datang.

Saya ada juga passion lain...nanti saya akan update lagi perkembangannya...

Berapa ramai yang ingin tahu lebih lanjut, sila komen di blog Yuni Nuraini binti Roslan.

Kalau ada cadangan penambahbaikan, boleh komen kat sini...

Kalau boleh saya juga mahu tahu setiap masalah kawan-kawan blog saya, tak semestinya masalah nak kawin jek...

Boleh, boleh?


"Orang yang Kaya, they have learning attitude,
but
Orang yang Miskin, mereka rasa mereka tau semuanya"


Wang RM3333.60 masih perlu direbut oleh blogger
jom klik
Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers