Tuesday, November 30, 2010

Perkataan yang Dah Lama Tak Kedengaran

Assalamu'alaikum...

Perbualan kengkawan kat pejabat tetibe mencetuskan idea nak buat entri....

       Sekarang ni  Matematik dan Sains di sekolah adalah dalam bahasa inggeris, jadi term2 yang yang digunakan pun dah lain... kalau dulu saya tak faham apa itu ratio, hari ini saya teringat pula dengan satu perkataan yang dulu kita selalu jumpa, tapi sekarang dah terAMAT jarang kita gunakan iaitu:

CERAKIN

Apa maksud cerakin sebenarnya...?


Sebelum ni perkataan ini sering digunakan dalam soalan-soalan matematik. Biasenye orang paham Cerakin ni  maksudnya pisah2kan nombor mengikut kategori ape tah tak ingat lak....



Ikut kefahaman korang, ape maksud cerakin yang sebenarnya ya? 


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Happy Birthday to you....AbgSyg

ENTRI KHAS

JAGA2... 

Assalamu'alaikum semua...


Hari ini genaplah umur suamiku 25 tahun... Nampaknya tercapai impian dia ntuk jadi seorang daddy sebelum umur mencecah 25 tahun walaupun kami dah berkahwin hampir tiga tahun.... Memang tak terasa dah tiga tahun kami bersama...


Selamat Hari Lahir yang ke-25 Abang... semoga Allah panjangkan umur Abang, melimpahkan rezeki Abang dan semoga Abang sentiasa dibawah lindunganNya...Amin...

And sentiasa ceria dan awet muda selalu....hik3..... 



from SygAbg dan Allysha

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Monday, November 29, 2010

BabyBond Flex | Ku tunggu kedatanganmu #2

Assalamu'alaikum...

ALhamdulillah...

Memang rezeki anak nih... hari tu kan saya menang SATU BabyBondtapi kemenangan saya dibatalkan kerana tidak beralamat di US. Kini saya menang DUA BabyBond Nursing Cover. 

Dan kali ini saya diberi peluan untuk memilih BabyBond yang saya ingini...


Ini  post ORIGINAL nya

Gembira tak terkata... Alhamdulillah... rezeki saya hilang SATU tapi Allah ganti dengan DUA. Jadi boleh la tukar2 bila dah sampai masa untuk saya menyusu anak nanti. 

Sila lawati http://www.babybondnursing.com/ untuk maklumat lanjut tentang BabyBond ni...

Sekian...


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Wednesday, November 24, 2010

BabyBond Nursing Sash Turquoise | Ku tunggu kedatanganmu

Assalmu'alaikum...

ALhamdulillah....

masih ada rezeki ku...

Setelah seminggu bercuti balik kampung merayakan Hari Raya Korban dan mengadakan Aqiqah, semalam saya online dan dapati saya menang BabyBond Nursing Sash dari blog Eccentric Eclectic Women - klik untuk lihat postnya




Alhamdulillah... nanti bila dah dapat dan cuba, saya nak buat review sikit sebab saya tak jumpa benda2 macam ni kat Malaysia ni...

Semoga kuat semangat saya nak menyusukan anak dengan susu ibu secara sepenuh masa walaupun bekerja...

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Segala sesuatu bermula dengan Niat | Episod 2

Hari demi hari ku hitung dengan selamba. ku tak mahu ulangi kesilapan yang sama lagi....

2 hari...

3 hari...

"Tengah buat pe tu?" 

Tanya Kak Mar menjenguk komputerku dari tempatnya, Kak Mar adalah rakan sekerjaku, tempat duduk bersebelahan denganku...

"Tengok test kit ni. Ingat nak gi farmasi tapi...."

"Akak ada mende ni kat rumah" Kak Mar memintas sebelum sempat ku menghabiskan bicaraku.

"Kak Mar memang prihatin" kataku dalam hati.


"Akak tak gunakan lagi ke? Saya nak beli balik boleh? Berapa akak beli?" 
tanyaku betubi-tubi, tidak sabar.


"Boleh. Time akak beli tu RM10. Esok akak bawak ye." kata Kak Mar sambil tersenyum. Kak Mar memang murah dengan senyuman.

Gembira hatiku bukan kepalang. Tak sabar menunggu hari esok. 


3 hari...

4 hari...

"Ada tak kak?" tanyaku berbisik, malu jika diketahui kawan2 yang lain.

"Ada, ni ha...." Kak Mar menghulurkan sebungkus plastik kecil berisi alat tersebut. Masih elok dalam bungkusan asalnya.


"Samalah dengan yang kat google tu...hiiiii.... esok pagi boleh buat test ni..." kataku girang sambil memeluk alat yang kecil itu.

Kak Mar tersenyum saja. Gembira dapat menunaikan janjinya barangkali.



~~~~~~~~~~~~~~~~


5 hari....

Pagi itu aku bangun seawal jam 5 pagi untuk melakukan UPT test. Suami ku masih nyenyak tidurnya di kamar. Telah ku siapkan segala kelengkapan dalam bilik air. Sebaik masuk ke bilik air, aku termenung kosong  ke satu arah dan.......

sssssssshhhhhhhhhhhh....

Aku tak sempat pun nak menadah sampel air kencing untuk test tersebut, sedar-sedar, aku dah selesai "urusan" ku......Habis semuanya telah di flush dalam toilet bowl...... T__T

"Kenapa dengan aku hari ni....? Berangan jek....Hai....nampaknya kena tunggu esok pagi la pulak..." sungutku sendirian.



Malam itu...

"Macam mana test?" Suamiku bertanya dengan senyuman penuh makna.


"Esok baru tau." Jawabku tiga patah.

"Aik?! Lamanya dapat result..... Betul ke test kit tu?"


Tanya suamiku, pelik. Tidak puas hati dengan jawapan ku, dia mencari-cari di mana test kit tersebut berada. Wajahnya berubah, suaranya mula tinggi tapi ku tahu dia tidak marah.


"Pagi tadi tak dapat buat. Masuk je bilik air terus lupa, termenung je...." Jawabku jujur.


Wajah suamiku yang tegang tadi berubah kendur.


"Hmm... tu la... Berangan lagi. Esok pagi jangan lupa lagi ya." katanya separuh memerliku... 


Aku hanya tersenyum manja, sudah faham dengan sikap suamiku.

Bersambung....

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Tuesday, November 23, 2010

Si Manja Bersama ANAKKU di Sinar Raudah

Assalamu'alaikum...

ENTRI KHAS

  
 Try masuk contest montest ni plak..mane tau rezeki Allysha.... saya dapat tahu dari blogs update SINAR RAUDAH dan penaja bersama ANAKKU.




PICTURE REMOVED





Mari kita tengok:
Syarat-syarat contest :-


1 - Terbuka kepada semua blogger yang berada di Malaysia saje .. DONE

2 - Buat satu entry bertajuk ' Si Manja Bersama ANAKKU di Sinar Raudah ' tajuk lain tidak di terima same sekali.. DONE


3 - Letakkan banner di atas pada entry korang , wajib letak ianya untuk pemantauan pihak penaja.. DONE


4 - Add sinar raudah ke dalam bloglist korang dan wajib menjadi follower blog nie ..kalau x ada penganjur maka x ada la penaja kan so penganjur juga mesti di beri keutamaan.. DONE


5 - Upload sekeping gambar si manja di usia sekarang.. kalau ada gambar candid lagi bagus , itu satu bonus.. gambar tidak boleh di edit dan bukan gambar studio.. DONE - dia asik tido jek sekarang ni...


6 - Terbuka kepada blogger bujang mahupun sudah berkahwin.. maknanya gambar anak buah , anak rakan sepejabat , anak bos , anak jiran ,anak kawan ,anak sendiri ,anak tiri semua boleh.. tak ada masalah janji mestilah minta kebenaran terlebih dahulu.. DONE


7 - Kali nie setiap blogger hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja  -1 je ni


8 - Si manja hendaklah berusia 1 hari hingga 3 tahun.. 3 tahun sehari tidak di terima ye.. Usia dia baru 29 hari


9 - Di bawah gambar tersebut hendaklah sertakan , Nama Penuh Si Manja beserta name bapa ,
tarikh lahir si manja , Nama ibu si manja.. kalau bukan anak sendiri pun wajib letak name ibu si manja dan akhir sekali baru Nama yang menyertai ( ini untuk yang bukan anak sendiri ) DONE


10 - Pada entry tersebut wajib mention name blog SINAR RAUDAH beserta link back sekali ok dan name penaja ANAKKU..bile dah confirm complete semua syarat di atas tinggalkan link korang di ruangan komen entry ini , chat box tidak di layan... DONE


Mudahkan syarat2nya , same macam contest sebelum nie tapi ada sedikit perubahan..2 orang pemenang akan di pilih,seorang dari kategori baby BOY dan seorang dari kategori baby GURL...
dan 3 hadiah saguhati bagi kategori seperti di bawah :-


Kategori terbuka BOBOY dan GUGURL


1 hari - 1 tahun
1 tahun 1 hari - 2 tahun
2 tahun 1 hari - 3 tahun


Pemenang akan di adili oleh juri iaitu penaja ANAKKU sebanyak 50% dan 50% lagi bergantung kepada jumlah like klik di fan page sinar raudah..setiap gambar akan di paparkan di fan page sinar raudah dan korang perlu meminta bantuan rakan2 di facebook untuk like gambar si manja korang itu sahaja , mudahkan...

Hadiah utama dan saguhati adalah berupa barangan daripada ANAKKU..


Tarikh tutup penyertaan pada 20 DECEMBER 2010 sempena anniversary aku dan tepat pada pukul
11.59 pm.. pemenang akan di umumkan seminggu selepas tarikh tutup penyertaan..


MARI JOIN RAMAI2 
KLIK SINI
Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Tuesday, November 9, 2010

Segala sesuatu bermula dengan Niat | Episod 1

Assalamu'alaikum...

Sambil-sambil blogwalking tadi, tetiba datang idea nak menulis... Saya nak cerita pengalaman mengandung kali ni...



Selalunya kalau balik kampung, mesti happy dan rileks je... tapi balik kampung kali ini lain sedikit.
Masalah pula yang datang menyambut.

"Dugaan bulan Ramadhan"

Kata hatiku...

Dalam hati tak siapa yang tahu betapa berkecamuknya fikiran ni. Masuk ke pejabat, tak dapat tumpukan perhatian pada kerja.

Akhirnya kusuarakan pada suami.

"Abang rasa sayang boleh lakukannya ke?"

"Insyallah sayang boleh...yakin ya..."

Di pertengahan Ramadhan itu ku berdoa:

" Ya Allah...Kau Tabahkanlah hatiku dalam menghadapi dugaan yang kau berikan. dan berikan lah kemudahan dan tetapkanlah hatiku terhadap keputusan yang telah ku buat."

~~~~~~~~~~~~~~~~ 

20.08.2010

Sepatutnya "Sahabat Baik" ku datang hari ini. Ku tungu-tunggu namun tak kunjung tiba. Tak pernah dia lewat, awal itu menjadi kebiasaan...

Memang berita gembira, tapi aku tidaklah begitu teruja seperti masa hamil yang pertama kalinya dulu. Try maintain dan bersabar.

Ku beritahukan kepada suami, dan dia menasihatkanku supaya berhati-hati dan menjaga diri. Ku teruskan puasa, ku bulatkan tekad.

" Tiada ibadat yang memudaratkan orang yang melakukannya. " 

" Baru lewat sehari...mungkin ada dan mungkin tiada..."

Aku bermonolog sendiri...


Bersambung.....





Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Monday, November 1, 2010

Tiada Rezeki Nampaknya

Assalamu'alaikum...

sedih juga tapi tak apa...mungkin tak ada rezeki saya...

hadiah yang 2nd tu dibatalkan kerana GA dia untuk US sahaja. Just wondering, dia yang hantar BabyBond tu atau syarikat BabyBond yang hantar pada pemenang?

Apepun hepi sekejap tu juga satu nikmat yang tak ternilai. harap dapat la menang dalam GA blog orang lain sebab susah juga nak tutup aurat jika menyusu ditempat awam (tempat yang tak sediakan nursing room la...). Ye la, kat sini, tempat yang saya tau ada nursing room pun cume kat Jusco je...


Sekian, Wassalam...




Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Kemenangan Berganda!!!

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah... pagi2 lagi dah dapat berita gembira...

Sebelum ini saya banyak menyertai giveaway international yang dianjurkan dalam blog luar negara...

Rezeki anak saya dapat dua hadiah ini dari dua blog @ website yang berbeza

Yang 1st:


Giveaway ini telah dianjurkan oleh Burning Moon's Inside Advice  bersama-sama dengan Peaceable Kingdom Press, sebuah syarikat yang mengeluarkan education books for infants and todlers...


Alhamdulillah...boleh la nanti saya ajarkan anak saya tentang warna, nombor dan bentuk...

Yang 2nd:







Saya memenangi Baby Bond ini dari Kostiuk Crew. Cumenye saya baru perasan yang dia ada tulis kat atas blog dia yang giveaway yang dia anjurkan hanya untuk USA...huhu... tak tau la kemenangan ni akan diterima atau tak... ape pun saya kongsi kegembiraan je la kat sini sebab inilah benda yang paling saya nak. 

Saya ikuti Baby Bond dalam facebook dan join giveaway yang ada tawarkan Baby Bond sebagai hadiah. Baby bond ni membantu kita bila kita nak menyusukan anak. Bila pakai kat badan dan time susukan anak, dada kita takkan terdedah.


Nanti saya update lagi pasal hadiah kedua ni. hadiah pertama tu tak ada masalah sebab owner tu akan bagitahu kalau GA tu untuk certain tempat sahaja.


Sekain, Wassalam...


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers