Wednesday, October 31, 2012

'Word Less' Wednesday - Timing Solat

Assalamu'alaikum...

 Sumber : Myra Jay dari FB Ustaz Azhar Idrus

Kalau baca ni tak rasa pape...memang hati batu le tu.


Sekian. Wassalam.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Tuesday, October 23, 2012

Edisi Excited: My Husband in Newspaper!

Assalamu'alaikum....

Saje je google name my Hubby... sekali keluar artikel ni... my Hubby yang ade bulatan merah tu...

Esei merdeka: Syarat mudah tarik minat warga PIS



JOHOR BAHRU 13 Sept. - Persaingan yang terhad serta syarat mudah menarik minat para penuntut dan pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, dekat ini menyertai Pertandingan Esei Kemerdekaan Ke-55 anjuran Gerakan Belia 4B Johor dan Utusan Malaysia Biro Johor.


Siri jelajah promosi pertandingan berkenaan di politeknik tersebut semalam mendapati, kebanyakan mereka teruja untuk menyertainya berdasarkan kepada syarat yang tidak begitu ketat selain hanya perlu bersaing dengan peserta dari negeri ini sahaja.



Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Mohd. Emran Mat Hassan berkata, tajuk yang diberikan bersesuaian dengan sambutan kemerdekaan negara dan hadiah ditawarkan juga menarik.



"Syarat pertandingan juga mudah dan hanya perlu menulis sebuah esei kurang daripada 200 patah perkataan. Jika tiada halangan lain, saya berminat untuk menyertai pertandingan ini," katanya.

Penuntut Diploma Reka Bentuk Industri, Mohd. Azrin Zabidi, 20, pula mengakui, hadiah yang ditawarkan amat menarik dan peserta hanya perlu menulis sebuah karangan pendek untuk bertanding.


"Tajuk yang diberikan sesuai dengan sambutan kemerdekaan negara dan bagi saya, tawaran hadiahnya sangat menarik," katanya.

Sementara itu, penuntut Diploma Pengurusan Pelancongan, Nurul Liyana Afiqah Mohd. Khairi, 23, berkata, dia tidak pernah menyertai pertandingan seperti itu tetapi berminat untuk menyertainya kali ini kerana tajuk yang diberi adalah mudah dan bersifat semasa.

Pendapatnya itu disokong seorang lagi rakan dari jurusan yang sama, Norazieha Miswan, 21.
"Saya penuntut semester akhir dan masa saya sebenarnya sangat terhad kerana banyak perkara berkaitan pengajian perlu diselesaikan tetapi sekiranya ada masa terluang, saya akan turut serta," katanya.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori A (Terbuka Belia), kategori B (Pelajar Sekolah Menengah) dan kategori C (Murid Sekolah Rendah) dengan setiap kategori meletakkan dua tajuk esei untuk dihuraikan oleh peserta.Tajuk kategori A ialah Saya Pilih Malaysia dan Peranan Belia Melestarikan Keamanan Malaysia, kategori B pula, Malaysia 55 Tahun Merdeka dan Janji Kunci Keamanan Negara manakala kategori C, Peranan Pelajar Meneruskan Pembangunan Negara dan Saya Anak Merdeka.

Pemenang kategori A akan menerima hadiah wang RM1,500 berserta buku dan sijil diikuti tempat kedua (RM1,000) dan tempat ketiga (RM500). Hadiah RM1,000 berserta buku dan sijil menanti pemenang kategori B diikuti RM500 bagi tempat kedua dan RM300 bagi tempat ketiga, manakala pemenang kategori C akan menerima RM500 berserta buku dan sijil, tempat kedua (RM300) dan tempat ketiga (RM200).

Orang ramai yang ingin menyertai pertandingan yang bermula sejak 1 hingga 30 September ini, boleh mendapatkan borang penyertaan di dalam akhbar Utusan Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20120914/wj_02/Esei-merdeka-Syarat-mudah-tarik-minat-warga-PIS#ixzz2A4r1OUsG 




Aaaaaaahhhhh!!!!! Jerit excited...haha....

Itu saja... Sekian. Wassalam...


Impianku Menjadi Isteri Solehah


Membina Baiti Jannati

Thursday, October 11, 2012

Anakku Bukan Pembawa Talasemia

Assalamu'alaikum pembaca sekelian...


9hb lepas bawa Amsyar Aiman ke hospital atas appontment yang telah dibuat. Dr. nak review report full blood count... Alhamdulillah dengan melihat kepada haemoglobin count dah masuk julat normal: 12.3 dan Dr. sahkan Aiman hanya anemia akibat iron deficiency (kurang zat besi). Dia bukan pembawa Talasemia.

Ujian yang dijalankan adalah untuk mengetahui sama ada ciri darah anak saya ada Beta trait Talasemia atau tidak. Ujian untuk Alpha trait tak ada di hospital tersebut.

Dr. kata Iron syrup yang dia prescribe tu banyak membantu (tapi dalam hati kata anak aku tak minum pun ubat tu...). Kuasa Allah tak nak kami risau lagi.

Dr. prescribe lagi iron syrup plus lagi dengan Folate syrup. Hb Aiman naik mungkin sebab dia dah minum banyak susu formula. Sekarang dia dah setahun setengah, EBM pun dah tak banyak...dah makin surut, tapi masih tak stop bagi. 

Teringat kat Aiman. Kalau buat susu untuk kakaknya Nurul Iman, dia akan rampas botol susu dari kakaknya. So nangis la Nurul Iman...kesian, tapi pujuk kakak supaya bersabar sebab adiknya ni minum satu setengah hingga dua auns je dah brenti minum. Sekejap je...Jadi kalau buat sebotol lagi adik takkan habiskan dan akan berlakulah pembaziran.

Buat masa ni memang tengah cuba sedaya upaya nak berlaku adil kepada dua orang permata hati ni...dan cuba juga kawal temper dengan diorang ni... biar maintain cool je...

Nowadays rasa cam nafas ni tersangkut kat tekak, sesak sket time cool, lagi sesak time marah. Hai nape lah agaknya...?

Itu saja...

Sekian. Wassalam.

Thursday, October 4, 2012

Ahmad Adam Syukri: Bantulah Mereka, Doakan Mereka

Assalamu'alaikum...



Sedih sangat tengok gambar adik Adam. Teringat anak no 2 masa dia baru lahir. Kecik je, nampak tak berdaya...huhuhu...memang nak menangis rasaya tapi terpaksa tahan sebab di pejabat...huhuhu...

Kalau boleh nak balik dan peluk cium anak2...huhuhu.


Gambar dari Rockston PhotoHunter , diambil dari Norlie


Sayangnya di sini saya tak dapat buka FB. Menurut Mrs. Amad bapanya tinggalkan dia dan ibunya kerana tak dapat terima kenyataan. Jadi ibunya ambil cuti tanpa gaji, menjaganya sendirian. Kalau tak dapat hulur sumbangan dalam bentuk duit, sumbangkanlah doa, atau bacaan Yaasiin. Mohon pada Allah agar beri ketabahan pada ibunya, dan sembuhkan Adam.





NORAISYAH MD MALENA
LOT 432 TMN SUSUR JAMBU
LN JAMBU SELATAN
96100 SARIKEI SARAWAK

Untuk sumbangan ke Adam

Noraisah Binti Mohamed Malena 
02040007292201 (CIMB) 
161136331818 (Maybank)






Gambar dari kak Nana


Hulurkan bantuan, doakanlah mereka.

Sekian. Wassalam...
Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Wednesday, October 3, 2012

Bahasa Anak-anak

Assalamu'alaikum...

Bila teringat anak bercakap menggunakan bahasa mereka, senyuman pasti menguntum di bibir. Setiap anak ade bahasa verbal and non verbal yang berbeza.

Anak sulung sekarang dalam perinkat mengajuk cakap. Kadang-kadang bunyinya hampir sama. Contohnya semalam kukus pau. Nak beri kat dia tapi panas lagi. Jadi cakap kat dia "Pau Panas"
Dia ajuk "Pau Anah". Dia juga dah boleh ajuk 2 patah perkataan. Kalau 3 perkataan dia akan senyap je... Lain-lain perkataan yang dia pandai sebut:

Ua = Keluar 
Ikan = Basikal 
Pis = Ikan (Fish)
Eow = Kucing
Tutu = Susu
Apin = Lampin
Bobok = Tidur
Atal = Bantal
Asik = Nasi
Kot = Biskut
Ti = Roti
Ei Emi = Panggil Mummy dia
Nan = Mainan
Aman = Taman
Uai = Buai
Dadak = Panggilan untuk Adik


Si adik pula pandai sebut perkataan ikut keadaan. Contohnya kalau air tumpah dia akan sebut "Mpah". Ini sebab dia selalu sangat tumpahkan air, kat baju atau kat lantai. Antara perkataan yang difahami:

Bi = Selipar 
Pah = Kipas
Bah = Bola (Ball) (Faveret dia nih)
Dada = Panggilan untuk Kakak

But most of the time dia merengek atau bunyi hu kalau nampak atau nakkan sesuatu sambil tunjuk ape dia nak. Kakak lebih banyak sebut dari tunjuk. Well Kakak dah 2 tahun lebih. Adik plak setahun lebih. So beza memang ada.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati