Thursday, October 11, 2012

Anakku Bukan Pembawa Talasemia

Assalamu'alaikum pembaca sekelian...


9hb lepas bawa Amsyar Aiman ke hospital atas appontment yang telah dibuat. Dr. nak review report full blood count... Alhamdulillah dengan melihat kepada haemoglobin count dah masuk julat normal: 12.3 dan Dr. sahkan Aiman hanya anemia akibat iron deficiency (kurang zat besi). Dia bukan pembawa Talasemia.

Ujian yang dijalankan adalah untuk mengetahui sama ada ciri darah anak saya ada Beta trait Talasemia atau tidak. Ujian untuk Alpha trait tak ada di hospital tersebut.

Dr. kata Iron syrup yang dia prescribe tu banyak membantu (tapi dalam hati kata anak aku tak minum pun ubat tu...). Kuasa Allah tak nak kami risau lagi.

Dr. prescribe lagi iron syrup plus lagi dengan Folate syrup. Hb Aiman naik mungkin sebab dia dah minum banyak susu formula. Sekarang dia dah setahun setengah, EBM pun dah tak banyak...dah makin surut, tapi masih tak stop bagi. 

Teringat kat Aiman. Kalau buat susu untuk kakaknya Nurul Iman, dia akan rampas botol susu dari kakaknya. So nangis la Nurul Iman...kesian, tapi pujuk kakak supaya bersabar sebab adiknya ni minum satu setengah hingga dua auns je dah brenti minum. Sekejap je...Jadi kalau buat sebotol lagi adik takkan habiskan dan akan berlakulah pembaziran.

Buat masa ni memang tengah cuba sedaya upaya nak berlaku adil kepada dua orang permata hati ni...dan cuba juga kawal temper dengan diorang ni... biar maintain cool je...

Nowadays rasa cam nafas ni tersangkut kat tekak, sesak sket time cool, lagi sesak time marah. Hai nape lah agaknya...?

Itu saja...

Sekian. Wassalam.

8 comments:

  1. Alhamdulillah.....

    Semoga Aiman akan terus sihat ye syg =)

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan..

    harap ada rezeki di blog Alycia yer ;)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah Aiman ok, kadang-kadang kalau kita stress pun, sesak nafas tau. Jangan risau ya, setiap anak ada dugaannya, banyak2 doa pada Allah ya.

    ReplyDelete
  4. Thanks ya Siti Norhafizah n Nia... me risau tak risau jugak... dia lahir masa 36 weeks. so kira prem gak la...Aiman memang tak tunjuk tanda2 macam orang sakit...ligat lagi ada la...haha...

    Salam Perkenalan Alycia...

    ReplyDelete
  5. moga akak dikuatkan semagat dan aiman cpt2 sembuh...amin ^-^

    ReplyDelete
  6. Thanks Miera... anak aka sekarang selsema dan batuk je... Hb dia tak merisaukan...tapi jaga gak makan dia...bagi yang high iron.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..

    sayuran hijau kaya dengan iron dan folate..broccoli boleh buat steam dan kemudian bakar dengan cheese.. bebudak mesti suka! bayam pun ok..

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah mudah-mudahan Aiman kembali sihat ye..

    ReplyDelete

Orang Suka Beri Pendapat