Thursday, September 27, 2012

Kemanisan Solat Berjemaah

Assalaamu'alaikum...

I am very honoured when this one person came behind me, place her prayer mat next to me and tap my shoulder as a sign she wants to jamaah with me in Solat. I feel something in heart, not Riya', nor Ujub....but I feel that it is really sweet. Manis. It soften my heart and I really hope that we can jamaah again, but this time, she'll be the Imam. When she tap my shoulder, I feel that she also gives me the trust, responsibility to lead in Solat as I know she is ustazah majoring in Aqidah. This is something huge for me and help to keep me stick to the ground (merendah hati).

Mungkin perasaan inilah yang menjadikan umat Islam lebih berkeyakinan, menjadikan masyarakat muslim masyarakat yang cemerlang di dunia dan Akhirat.

Sekadar berkongsi rasa. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Harap kita dapat berjemaah lagi.

Sekian. Wassalam.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Wednesday, September 26, 2012

Inaugural Lecture - Food is Our Medicine

Assalamu'alaikum...



Tadi saya menghadiri syarahan perdana profesor bertajuk Food Is Our Medicine yang disampaikan oleh Prof. Dr. Mohamad Roji Sarmidi, Dekan Penyelidikan (Research Alliance Biotechnology). Rasa rugi sebab terlambat sampai kerana memenuhi hak diri yang perlukan tenaga untuk bekerja.

Sebaik memasuki Dewan Senat, UTMJB dapat seat, dengar lecture, memang terpinga2 sebentar sebab nak adjust pendengaran dan 'on' kan translator in my head bagi memudahkan penghadaman setiap bait kata-kata penceramah because the lecture is fully in English. Nak salin pun tak tau nak mula dari mana. Berbekalkan pengetahuan yang tak seberapa mengenai scientific names yang digunakan, dan kefahaman terhadap Bahasa Inggeris, saya mula mencoret sedikit dari isi ceramah yang disampaikan.

Kesimpulan yang dapat saya buat dari ceramah tadi adalah:

1. Elakkan makanan yang telah diproses (depleted food)

Depleted Food - Makanan yang telah dibuang bahan asas (essential). Contohnya, susu yang telah dibuang/dikurangkan kandungan lemak.

2. Tingkatkan pengambilan Saturated Fat (Contohnya Ayam Organik, Ikan bersisik dll)
(kalau salah minta betulkan, sebab ini yang saya dengar)



3. Kurangkan pengambilan karbohidrat

4. Makanan yang hampir lengkap kandungan mineral/vitamin adalah kuning telur.




Di akhir sesi ceramah, Dato' Steve Yap pula menyampai sepatah dua kata, memperkenalkan diri dan memberi gambaran awal tentang ceramah yang akan disampaikan petang nanti bertajuk "Anti Aging and Regenerative Medicine"

Terdapat beberapa poin juga yang sempat saya catat antaranya:

1. Kolestrol yang tinggi TIDAK menyebabkan heart attack

2. Semakin rendah kadar kolestrol dalam badan, semakin pendek usia, semakin tinggi risiko mendapat kanser, semakin kurang hormon lelaki (bagi lelaki), dan semakin kurang feminin (bagi perempuan)

Kolestrol yang dimaksudkan adalah kolestrol baik dalam badan. Bagi kolestrol buruk pula, kita perlu tingkatkan pengambilan Vitamin C kerana vitamin ini akan menukarkan kolestrol buruk kepada kolestrol baik (HDL).

3. Amino Acid digunakan untuk menyelamatkan manusia dari kerosakan hati (makanan tinggi amino acid - sila cari di internet, beliau tak nyatakan.

4. Pharmaseutikal (ubat-ubatan berasaskan drugs and sintetik) hanya merawat simtom penyakit, bukan penyakit. Walaubagaimana pun, penggunak tidak dipaksa meninggalkan terus ubat-ubatan ini. Food eaten as medicine hanya compliment ubat ni. Beliau kata, kalau nak makan ubat sahaja, silakan. Tapi kalau nak mencari penawar dari makanan, silakan berjumpa dengan kami (pertubuhan on nutritional medicine)

5. 90% penyakit berpunca dari pemakanan. Jadi melalui pemakanan juga penyakit boleh di patahbalik/sembuh (term yang digunakan adalah reverse, bukan cure ok.)


Saya tak mahu ulas mengenai Fats- dah konfius mana satu yang baik, mane yang tak baik = unsaturated ke, saturated ke... tapi saya tahu saya  perlu tingkatkan sedikit pengambilan lemak baik dan tinggalkan semua Trans fat. Salmon pun bagus, kalau berduit lebih la....

Bagi yang berada berdekatan dengan UTMJB, dijemput hadir ke Auditorium Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), Blok N23a jam 2 petang nanti.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Tuesday, September 25, 2012

Artikel BH Pilihan - Horoskop Perosak Akidah

Assalamu'alaikum..

Artikel ini menarik perhatian saya hari ini. Biarpun telah lama saya tahu dan saya cuba sampaikan kepada orang2 yang disayangi, tapi biasanya jawapan2 ini yang saya dapat:

" Ala, saja baca...Suka-suka...bukannya percaya pun..."

" Baca boleh, percaya jangan."

Yang sebenarnya, BACA PUN TAK BOLEH!

Silakan menghadam isi artikel ini.




Tukang tilik, dukun yang membuat ramalan boleh bawa kekufuran

Adakah umat Islam menyedari perbuatan menyelidik tarikh dan bulan kelahiran untuk mengetahui sikap atau tingkah laku peribadi sendiri atau orang lain adalah sebahagian amalan menilik nasib atau membaca horoskop?

Mungkin ramai yang terkejut dengan pertanyaan ini, namun hakikatnya, mengkaji, menelaah dan menilik sifat atau sikap peribadi menerusi tarikh dan bulan kelahiran juga tergolong dalam perbuatan menilik nasib seperti membaca ramalan bintang zodiak.

Perbuatan kufur

Pastinya, ramai umat Islam tidak menyangka, mengorek rahsia dan sikap peribadi menerusi tarikh serta bulan kelahiran yang dipopularkan beberapa pakar dan penceramah motivasi kebelakangan ini adalah tergolong dalam perbuatan kufur, sama seperti mendatangi ahli nujum atau tukang sihir termasuk bomoh.

Perkara ini ditegaskan Aishah P Othman ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pembabitan Remaja Terhadap Horoskop dan Kesannya Terhadap Akidah’ dalam Seminar Akidah Peringkat Kebangsaan Pemerkasaan Pemahaman Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Era Pasca Moden di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.

Pelajar peringkat sarjana dalam Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM itu, berkata perbuatan mengetahui rahsia peribadi menerusi kajian terhadap tarikh dan bulan kelahiran adalah sebahagian daripada perbuatan membaca horoskop atau ramalan nasib berdasarkan kedudukan bintang.

Jauhi kaji dua rahsia ‘popular’

Malah beliau menasihatkan umat Islam supaya menjauhi perbuatan mengkaji dua rahsia ‘popular’ itu kerana ia jelas dan terang mempunyai unsur horoskop yang boleh merosakkan akidah umat Islam atau menjadi kufur jika mempercayai apa yang disebut di dalamnya.

“Mengetahui rahsia tarikh lahir dan bulan kelahiran adalah perbuatan kufur kerana menyamai perbuatan mempercayai horoskop dan boleh mendorong seseorang mempercayai atau memperakui sikap, tindakan serta peribadi individu yang dirujuk dengan tarikh atau bulan dilahirkan.

“Adalah lebih baik menjauhi perbuatan itu kerana ia akan menjadikan kita kufur jika mempercayai sikap atau tingkah laku seseorang itu seperti yang dijelaskan dalam rahsia tarikh dan bulan kelahiran, sedangkan yang menentukan itu semua adalah Allah SWT yang Maha Kuasa,” katanya.

Aishah sebelum itu menjelaskan, amalan membaca horoskop atau menilik nasib sama ada menggunakan bintang atau apa saja medium adalah salah satu bentuk kepercayaan dan budaya yang menjadi ikutan masyarakat dunia berlatar belakang pelbagai agama serta bangsa sejak berabad lamanya.

Solat tak diterima 40 malam

Malah katanya, Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 malam.” (Sahih Muslim)

Dalam hal ini katanya, masyarakat Islam sama ada secara sedar atau tidak, sebenarnya tidak terkecuali daripada pengaruh horoskop tanpa mengetahui ia boleh menyebabkan berlaku krisis akidah.

Katanya, isu horoskop dalam sudut akidah tidak boleh dipandang remeh kerana ia umpama virus yang diserap masuk dalam pemikiran umat Islam dan secara langsung merosakkan akidah serta pegangan Islam.

Justeru, umat Islam katanya perlu menjauhi dan meninggalkan amalan mengikuti perkembangan horoskop atau yang seumpamanya kerana ia hanya merosakkan akidah, menyebabkan jauh daripada rahmat dan petunjuk Allah SWT.

Beliau berkata, kejahilan umat Islam mengenai persoalan menilik nasib menyebabkan berlakunya krisis akidah dalam kalangan umat Islam.

Katanya, ada masyarakat dan individu tidak didedahkan dengan ilmu agama sejak kecil, menjadikan mereka tiada pengetahuan agama lalu mengambil mudah apa saja ditaburkan termasuk ramalan horoskop tanpa menyedari bahayanya kepada akidah mereka.

Horoskop bentuk hiburan

“Ada juga yang mengikuti perkembangan horoskop sebagai salah satu bentuk hiburan yang dibaca suka-suka untuk menambah maklumat atau mengisi masa lapang tanpa disedari permulaan tanpa niat ini boleh menjurus kepada kepercayaan ramalan yang dibaca bertepatan dengan kejadian dialami,” katanya.

Beliau menegaskan, horoskop adalah wabak serta penyakit yang menjejaskan mutu dan kualiti kehidupan seseorang bahkan lebih membahayakan, ia berupaya memusnahkan akidah seorang Muslim.

Horoskop juga katanya umpama saham yang terus-terusan menyumbang dosa dalam catatan amalan kita.

Katanya, Nabi Muhammad SAW menyamakan ilmu nujum dengan ilmu sihir kerana ia mencemari kesucian nas al-Quran. Bahkan semakin seseorang menambah ilmu nujumnya, maka semakin bertambahlah dosanya, semakin menyala api neraka untuknya.

“Nabi SAW bersabda, ahli nujum adalah bomoh, bomoh adalah tukang sihir dan sihir adalah kufur." Hakikatnya, dukun, bomoh, tukang tilik dan peramal itu berdusta, mengada-adakan sesuatu cerita dan berlebih-lebih dalam menyampaikan sesuatu yang mereka tidak tahu,” katanya.

Telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya .

(hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).

Sekian.
Wassalam...


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Lebih Baik Diam Dari Menyakiti

Assalamu'alaikum...

Gembira bukan kepalang melihat sampainya suami ke rumah dengan selamat. Pintu di buka dengan senyuman yang lebar... tanpa disuruh, tangan dihulur untuk bersalaman dan memberi ciuman rindu buat suami tanpa peduli mata-mata lain yang memandang.

Seperti yang dirancang, anak-anak dibawa tidur di bilik bagi memberi ruang kepada sang suami berehat. Hati masih melonjak gembira. Syukur Allah menyelamatkannya dalam perjalanannya...

Disangka cerah hingga ke subuh, rupanya hujan di tengah malam. Silap sendiri berkongsi cerita disaat sang suami perlukan rehat dan tidur. Kata-kata yang menyakitkan hati dilontar satu per satu biarpun sebaik-baik layanan yang diberikan.

Bila hati disakiti, kecenderungan untuk memulangkan paku buah keras amat tinggi. Namun, langkah terbaik adalah mendiamkan diri atau jawab seadanya bila ditanya. Diam itu lebih baik dari menyakiti. Berkata-katalah kerana Allah, diam juga kerana Allah.




p/s: sekadar renungan. Tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia...haha... kuat tul imaginasi pagi ni... boleh buat cerpen nih...


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Lawak Pagi Sabtu

Assalamu'alaikum...

Subuh sabtu yang hening, henpon berdering... sehingga 3 nombor telefon yang telefon tapi jadi miscall dek kerana tido tak sedo dunia. 

Jam 9 pagi baru lah call berbalas. Mama meminta suami saya menghantar Papa ke hospital untuk check kakinya yang terseliuh dan bengkak akibat terjatuh di jejantas. Memandangkan suami outstation, so I give him a call to seek permission to visit my father and lend his car to my sister.  tanpa di rancang, saya pun ikut skali menghantar ayah saya ke hospital.

Sesampai kat bahagian kecemasan, ambil la wheelchair dan daftar nama ayah saya. Attenden kat situ minta IC ayah saya. Ayah saya bukan warganegara. Saya cadang nak guna GL saya je, tapi ayah dah beri IC so nak wat cemane kan. Dia kate GL boleh guna kalau kena daftar. Then saya beri juga IC saya. Tanpa melihat nama saya pada IC, Attenden tu tetiba tanya pada saya:

"Akak orang....?"

" Saya orang sini"

"Ada bawa kad kawin tak? Kalau bawa kad kawin lagi senang kita nak daftar."

Berkerut dahi saya mencari perkaitan kad kahwin dengan daftar nama ayah saya. Sungguh masa tu saya lambat sangat tangkap. So saya tanya dia balik:

"Kenapa nak kad kawin? Ini ayah saya, saya anak dia..."

Attenden tu tekup mulut dia

"Oops,  saya ingat akak isteri dia"

Dalam hati dah berkata-kata: Bapak aku yang nampak muda atau aku ni yang dah nampak tua?

Setiap kali teringat mesti tersengih sensorang...Hahahaha...

Nak tau sakit apa yang sebenarnya? Bukan terseliuh, tapi patah...patah kaki...

Sekian. Wassalam.


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Monday, September 24, 2012

Contact Lens Tiruan - Bahaya Menanti

Assalamu'alaikum..


Semalam laporan Berita Utama TV3 mengenai bahaya pemakaian Contact Lens tiruan menarik perhatian saya.

Contact lens biasanya digunakan oleh mereka yang rabun jauh, untuk memperbetul penglihatan, untuk tujuan kosmetik atau teraputik-transleted from source

Bagi yang menggunakannya untuk tujuan kosmetik, seharusnya mereka memilih contact lens dari jenama yang dikenali seperti Acuvue, FreshLook dan lain-lain jenama yang boleh didapati di kedai cermin mata.Biarpun harganya lebih mahal dari yang dijual di pasar-pasar malam, namun contact lens ini lebih selamat.

Biasanya contact lens yang murah, bercorak aneh dan berwarna-warni yang dijual di pasar malam merupakan contact lens tiruan. Saya tak tuduh semua yang kat pasar malam tu tiruan, tapi perlu bijak dan berpada-pada kalau nak melawa pun, pilih contact lens yang dijual dikedai.

Cara pemakaian dan penjagaan juga perlu diketahui oleh si pemakai. Dalam laporan semalam, masalah mula timbul bila orang yang memakai contact lens tu tertidur seketika. Mata beliau jadi berair dan sakit bila nak buka mata. Sudahnya, beliau dibawa ke Bahagian Kecemasan dan Dr. sahkan matanya dah rosak 80%.

Nikmat mata dan penglihatan ni nikmat yang besar bagi kita manusia. Mata ni mempunyai saraf yang paling halus dan sensitif. Biarpun cuma sekejap mata saya pernah mengalami luka dalam anak mata akibat di libas dengan kalender gulung, azab menahan sakit, kemudian sembuh, kemudian sakit kembali bila luka tu jadi parut, menginsafkan saya supaya menghargai dan bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Sehingga kini, kalau nak genyeh (gosok) mata yang pernah luka tu, kena pelan2, sebab masih terasa sakit di dalam mata.

Nasihat saya, nak cantik ada hadnya, jangan sampai merosakkan diri sendiri. Nak cantik, biarlah dari dalam, paling afdhal untuk ditunjukkan dihadapan suami. Bagi yang belum berkahwin, cukuplah sekadar kemas dan bersih. Nak wangi2, sikit2 je ok lah...nak warna-warni, cukuplah pada baju je, takyah la sampai ke mata. Siapa yang nampak kalau tak datang dekat2, ye tak? Kalau yang datang dekat tu orang baik, tak apa.. Kalau yang datang dekat tu dengan niat tak baik? Apa lagi yang tinggal....?

Harap takde lagi la laporan yang macam tu keluar dalam berita. Kesian tengok si penderita tu...

Sekian. Wassalam.

(Kredit pix to google)

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Friday, September 21, 2012

Episod Terakhir- Kau Yang Terindah

Assalamu'alaikum...

Best tengok ending semalam... sweet sangat time Firman toleh ke belakang, Alisha terkejut dan berpandang Shameil, then tarik tangan Shameil and went out of Masjidil Haram bersama, tinggalkan Firman yang tak hilang terkejut lagi.

Bila difikirkan semula, mungkin bukan tangan diorang pun, sebab mana bleh wat mende2 gitu especially di Tanah Haram Makkah.

Even scene kat hotel pun buat di KL (sumber)...

Actually, perkara yang nak di ceritakan sebenarnya adalah keterujaan semalam ketika melihat Shameil (lakonan Nazim Othman) memakai Jubah yang hampir sama dengan Jubah Hassan Adli CSE 001) Perasan tak? Perasan tak? Perasan tak?





Ini dari website IM Hassan


Aaaaaa..... memang dah lama berimpian untuk belikan kat seseorang seperti suami ke, adik ke, ayah ke....tapi tak de nye diorang nak pakai (diorang dah beritau awal2)

Huhu...Bagi orang muda atau yang nak nampak muda, pakai la Jubah Hassan Adli...hehe...promo lah pulak...
 
Itu saje...sekian.

Wassalam..


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Thursday, September 20, 2012

Kelompongan Dalam Hidup

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Hari-hari di lalui seperti biasa. Tiada yang gempak, hanya berbeza sedikit dari hari sebelumnya, sama ada lebih baik atau lebih buruk.

Kerana statiknya hidup ni menjadikan hati ini terasa seperti ada satu kelompongan yang tak tau datang dari mana. Kelompongan yang mendambakan pengisian. Pengisian yang bagaimana? Pengisian dengan lagu-lagu terkini? Dengan celoteh penyampai radio? Atau dengan alunan zikir dan Al-Quran? Dengan ecramah-ceramah agama? Kelas Fardhu Ain?

Impian ini memang tinggi menggunung untuk menghadiri majlis-majlis ilmu tak kira lah kelas fardhu ain atau kuliah di masjid. Tetapi kekangan tanggungjawab dan amanah yang terpikul dibahu merantai kaki dari terus melangkah. Bukan sekadar pahala yang dikejar, redha yang didamba, tapi kemahuan meningkatkan pengetahuan meruntun qalbu dan akal untuk terus menyuburkan keinginan itu.

Ayat mudahnya, nak sangat kembali menghadiri kuliah untuk tingkatkan ilmu.

Tapi ilmu itu bukan saja dapat dari kuliah kan?
Ilmu juga boleh didapati dari pembacaan. Pembacaan yang berulang-ulang akan meningkatkan lagi ingatan dan mengekalkan ilmu di dada.


"Repetition is the Mother of Knowlegde"

- Ust. Syed Norhisham

Cari lah masa untuk mengisi kelompong dalam diri. Baca buku yang mudah untuk dicerna butir perkataannya agar menjadi ilmu yang bermanfaat di dunia dan menjadi aset selepas kita mati.

Wassalam.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Friday, September 14, 2012

Menderma dalam Kesibukan Kerja

Assalamu'alaikum...


Beberapa hari ini suamiku sangat sibuk dengan aktiviti di politeknik. Begitu banyak event yang harus diuruskan sehingga tak sempat2 bermalam di rumah. T_T

Ini salah satu dari event yang disertainya. Dia ada menyuruh saya melihat di berita pada malam 12 September lepas, tapi tak terperasan pula berita ini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PASIR GUDANG – Politeknik di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berjaya mencipta rekod baru dalam ‘The Malaysia Book of Record’ melalui Program Derma Darah Perdana yang diadakan serentak di 29 politeknik seluruh negara, semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Mejar (K) Md Nor Yusof berkata, program itu berjaya mencapai sasaran penderma apabila seramai 13,133 penderma hadir menderma darah di Politeknik seluruh negara.

Menurutnya, politeknik mengambil tanggungjawab membantu pihak hospital di seluruh negara dalam menampung jumlah bekalan darah yang diperlukan terutama ketika berlaku kes kecemasan.

“Kita menyasarkan sejumlah 13,000 penderma hadir menderma darah di akhir program, tapi tak sangka penderma yang terdiri daripada pelajar, kakitangan politeknik, kakitangan awam dan orang ramai hadir melebihi sasaran sebenar.

“Kita berusaha membantu meringankan beban pihak hospital dalam memastikan bekalan darah mencukupi memandangkan mereka yang memerlukan darah terus meningkat dari tahun ke setahun,” katanya pada Majlis

Perasmian Penutup Program Derma Darah Perdana Politeknik KPT, di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Datuk Omar Abd Rahman; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar; Pengarah PIS, Azizi Lin dan Pengarah Politeknik Metro Johor Bahru, Roslee Yahya.

Md Nor berkata, program itu bertujuan untuk menyahut cabaran Wawasan 2020 yang ketujuh iaitu mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri.

Menurutnya, kehadiran ramai masyarakat menderma darah pada program sehari itu menandakan keprihatinan masyarakat khususnya warga Politeknik terhadap aktiviti berkenaan

“Saya difahamkan di PIS sahaja seramai 1,318 individu hadir untuk menderma darah pada hari ini (semalam) melebihi sasaran awal seramai 800 penderma.

“Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua penderma yang bermurah hati menghulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan tanpa meletakkan sempadan agama dan keturunan," katanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Sakit - Hadirnya bersama Ketabahan

Assalamu'alaikum para pembaca yang dikasihi...

       Beberapa hari ini tak sempat nak menulis di blog. Keadaan kesihatan yang tak menentu. Saya amat bersyukur, kali ini saya menemani anak sulung saya sakit. Hati yang keras kerana banyak sangat marah-marah dah lembut sikit kerana penyakit yang Allah beri ni.

         Biarpun cuma selsema membawa kepada demam, lebih terasa kasihan melihat anak yang batuk, selsema beserta demam, panas sangat badannya hinggakan non-oral PCM (faham kan?) pun kurang berkesan. Dia selalu terkejut di tengah malam, menangis... bila sedar dia di mana, dia cari saya, minta susu bila lapar, kalau tak lapar, dia minta air masak (masa ni la dia banyak minum air masak sebab tekak tak selesa akibat batuk. Masa sihat, air masak tak nak minum sangat.)

            Dari semua yang berlaku di sekeliling saya sekarang ni, saya ambil iktibar bahawa kesihatan tu satu nikmat Allah, tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kalau Allah nak tarik nikmat sihat, sekejap je boleh hilang.

            Ada beberapa orang yang berada dalam ingatan saya, menambah kesungguhan saya untuk bertahan sementara menunggu suami kembali ke rumah dari tugas yang tak mengenal erti rehat.


Satu: Nurulhasanah Ismail

Kawan sekerja yang telah berpindah ke jabatan lain. Dia disahkan oleh doktor terkena jangkitan kuman (tindak balas: demam) Sakit tu attack pada sendi hingga kaki kanannya tak dapat bergerak (perlu duk wheelchair.) Itu sahaja setakat yang diceritakan oleh suaminya ketika bertemu semalam (13/9/2012)


Dua: Fauziah bt. Muhamad

Biarpun baru saja membaca ceritanya melalui blog Kak Suzie, saya akan berdoa untuk kesembuhan Kak Fauziah setiap kali teringatkannya. Beliau diserang Asma pada Jun 2011 sehingga menyebabkan kerosakan pada saraf otak. Kini beliau dalam jagaan suami, En. Abil Fikri.

Semoga Allah menemukan penawar kepada penyakit mereka dan menyembuhkan mereka.

Amin.


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Tuesday, September 11, 2012

Alhamdulillah, takkan ku lupa...

Assalamu'alaikum para pembaca sekalian,


Sungguh banyak jemputan ke rumah terbuka dalam minggu ini. Tidak ketinggalan jemputan walimatul urus atau bahasa pasarnya, kenduri kawin diadakan bersekali dengan rumah terbuka.

Dalam kesibukan memenuhi undangan, menaiki kereta ke sana sini, kenangan dulu sempat di imbau semasa berbual-bual dengan rakan-rakan semasa dalam perjalanan ke rumah terbuka beberapa hari lepas.

Bagi mereka yang pernah merasa susahnya tidak mempunyai kenderaan,  pasti tidak akan melupakan jerih payah yang dilalui: naik turun bas untuk ke mana-mana. Dulu saya hanya gadis biasa, dari keluarga yang biasa-biasa. Ada driver: Driver bas. Kenderaan utama saya: Kaki dan bas.

Alhamdulillah saya bersyukur mempunyai sepasang kaki yang masih mampu untuk berjalan jauh ke tempat menunggu bas terhampir, hampir setiap hari. Ini bukan cerita zaman 80an, tapi dah masuk era yang disebut 'Millenium'. Ya. 6 tahun lalu, saya telah menumpang di sebuah rumah kepunyaan seorang yang sangat baik hati menganggap saya sebagai anak angkatnya, tiada bas yang lalu di kawasan rumahnya. Saya terpaksa berjalan kaki lebih 5km untuk menunggu bas ke tempat kerja.

Saya hafal semua no bas dan destinasi masing-masing. Satu pengalaman yang sangat berharga. Tidak semua orang dapat merasai pengalaman ini.

Biarpun orang kata naik teksi atau ada kenderaan sendiri lebih selamat, saya sangat suka naik bas. Dan sering saya jadi orang yang terakhir turun dari bas walaupun waktu malam. Jika diingat  kembali semua kenangan tu, ia sebenarnya menunjukkan saya, mengajar saya untuk percaya kepada satu perkara:


PEMELIHARAAN ALLAH

Ya. Pemeliharaan Allah kepada semua makhlukNya dalam setiap apa yang kita lakukan. Tiada satupun perkara atau keputusan yang diambil akan berjaya memelihara kita dari kecelakaan atau kemalangan melainkan pemeliharaan Allah kepada kita. 

Tapi pemeliharaan Allah ini takkan ada jika kita tidak langsung berusaha untuk menjaga diri dari kecelakaan itu. Keluar rumah dengan pakaian yang tidak menarik perhatian (kemas dan menutup aurat, bukan selekeh ya), tidak memakai barang kemas yang banyak, dan tidak membawa banyak barang berharga antara usaha yang boleh dilakukan. Berdoa kepada Allah agar dipelihara sepanjang bermusafir juga merupakan satu usaha.

Kemudian bertawakkal lah, serahkan urusan keselamatan kita kepada Allah.

Dulu saya lakukan ini semua secara tidak sedar. Kepercayaan yang diberi oleh ibu bapa saya saya gunakan sepenuhnya untuk pergi ke mana saja yang boleh membantu saya untuk hidup, untuk mencari rezeki. Restu dari mereka membantu memudahkan perjalanan saya ketika bermusafir dan sentiasa dalam pemeliharaan Allah.

Biarpun kepercayaan yang sama tidak lagi saya dapati kini, saya akan tetap berada dalam pemeliharaanNya selagimana saya taat kepada suami tidak kira dalam perkara yang membuat saya suka atau duka. Suami, seperti ibu yang merisaukan anaknya, pasti inginkan yang terbaik untuk orang yang disayanginya. >__<

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Monday, September 3, 2012

Up Post Lama: Nakhoda, ke manakah arah kita?

Assalamu'alaikum...

Bila edit2 post yang lepas, serasa nak upkan semula post ni bersempena Aidilfitri tahun ini yang tak banyak berubah juga situasinya berbanding tahun lepas. Harap dapat memanfaatkan pesanan yang diberikan.


~______T___T_______~

Posted on 18/9/2011
7:15 AM

Dah lama rasanya tak bersiaran...walaupun dah mudah dapat internet sekarang, tapi tetap tak berkesempatan...

Dalam musim2 raye ni, memang banyak open house dan kalau kat johor, sampai sebulan raye, tiap hujung minggu bertandang ke rumah saudara mara dan rakan2 tak kira lah diorang buat open house atau tidak...

Tapi dalam keterujaan bertandang sana sini, ada juga perkara yang lebih penting yang perlu dititikberatkan selain menghubungkan silaturahim....iaitu

SOLAT FARDHU


Antara menghubungkan silaturahim dan solat, solat lebih utama dan wajib dilaksanakan...dan kejayaan mengutamakan mana yang utama bergantung kepada nakhoda rumahtangga...jika nakhoda lebih mengutamakan menjaga hati rakan atas dasar menghubungkan silaturahim daripada berhenti sebentar di masjid untuk solat, kemudian melengah2kan sehingga masuk waktu solat seterusnya, maka seluruh ahli keluarga terpaksa menjadi pengikut biarpun dihati berasa sedih dan tak rela melengahkan sehingga meninggalkan solat yang wajib itu..

Jadi, kepada nakhoda rumahtangga, tolonglah beringat, kalau pergi ke mana2, tak kiralah bertandang ke rumah rakan atau saudara mara atau pergi shopping atu beriadah, tiba wakt solat, solat lah...jangan dilengah2kan...nanti terlepas...masa yang hilang takkan boleh diganti...

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati