Monday, September 24, 2012

Contact Lens Tiruan - Bahaya Menanti

Assalamu'alaikum..


Semalam laporan Berita Utama TV3 mengenai bahaya pemakaian Contact Lens tiruan menarik perhatian saya.

Contact lens biasanya digunakan oleh mereka yang rabun jauh, untuk memperbetul penglihatan, untuk tujuan kosmetik atau teraputik-transleted from source

Bagi yang menggunakannya untuk tujuan kosmetik, seharusnya mereka memilih contact lens dari jenama yang dikenali seperti Acuvue, FreshLook dan lain-lain jenama yang boleh didapati di kedai cermin mata.Biarpun harganya lebih mahal dari yang dijual di pasar-pasar malam, namun contact lens ini lebih selamat.

Biasanya contact lens yang murah, bercorak aneh dan berwarna-warni yang dijual di pasar malam merupakan contact lens tiruan. Saya tak tuduh semua yang kat pasar malam tu tiruan, tapi perlu bijak dan berpada-pada kalau nak melawa pun, pilih contact lens yang dijual dikedai.

Cara pemakaian dan penjagaan juga perlu diketahui oleh si pemakai. Dalam laporan semalam, masalah mula timbul bila orang yang memakai contact lens tu tertidur seketika. Mata beliau jadi berair dan sakit bila nak buka mata. Sudahnya, beliau dibawa ke Bahagian Kecemasan dan Dr. sahkan matanya dah rosak 80%.

Nikmat mata dan penglihatan ni nikmat yang besar bagi kita manusia. Mata ni mempunyai saraf yang paling halus dan sensitif. Biarpun cuma sekejap mata saya pernah mengalami luka dalam anak mata akibat di libas dengan kalender gulung, azab menahan sakit, kemudian sembuh, kemudian sakit kembali bila luka tu jadi parut, menginsafkan saya supaya menghargai dan bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Sehingga kini, kalau nak genyeh (gosok) mata yang pernah luka tu, kena pelan2, sebab masih terasa sakit di dalam mata.

Nasihat saya, nak cantik ada hadnya, jangan sampai merosakkan diri sendiri. Nak cantik, biarlah dari dalam, paling afdhal untuk ditunjukkan dihadapan suami. Bagi yang belum berkahwin, cukuplah sekadar kemas dan bersih. Nak wangi2, sikit2 je ok lah...nak warna-warni, cukuplah pada baju je, takyah la sampai ke mata. Siapa yang nampak kalau tak datang dekat2, ye tak? Kalau yang datang dekat tu orang baik, tak apa.. Kalau yang datang dekat tu dengan niat tak baik? Apa lagi yang tinggal....?

Harap takde lagi la laporan yang macam tu keluar dalam berita. Kesian tengok si penderita tu...

Sekian. Wassalam.

(Kredit pix to google)

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

No comments:

Post a Comment

Orang Suka Beri Pendapat