Thursday, May 27, 2010

Tag from Kak Echa

Salam kepada semua...
 
Echa telah tag saya...dicabar untuk jawab tag ni...ini tag yang ke 3...huhu... banyak tu
 
Saya COPY PASTE je no. 23 ni dari blog Echa..

23 fakta mengenai saya..menarik atau tak menarik tu terpulang pada penilaian individu yang membacanya

1. Saya adalah anak sulung dalam keluarga, tapi anak sulung yang manja...hehe...

2. Saya rajin belajar masa zaman2 sekolah dulu, tapi sayangnya saya tak rajin masuk dapur...

3. Saya berkahwin dengan lelaki yang saya tak pernah kenal sebelum ni, maksudnya bukan kawan sekolah, bukan kawan kolej, dan bukan juga lain2 jenis kawan. (saya pernah cakap gini masa zaman sekolah dulu dalam umo 17. 5 tahun lepas tu jadi kenyataan, takde kapel2 dulu.haha....)

4. Sekarang saya dah tak layan sangat tengok TV sejak cerita Heaven Sword and Dragon Sabre (8TV) dan Adamaya dah habis tayang...

5. Lagi sebulan dua nak kahwin saya dapat kerja saya yang sekarang ni dan masih lagi bekerja disini hingga hari ini.

6. Lagi sebulan saya bakal disahkan mengandung, saya dapat beli kereta yang saya guna sekarang. Walaupun gugur, tapi saya masih terkenang2 everything that happen bila saya naik kete tu...

7. Setiap kali saya makan, saya akan ingat pada Dr. M...dan kerana tak tergamak nak makan sedap2 sorg2, saya jadi tak selera makan...

8. Kalau Dr. M bagitahu dia gi tengok wayang, saya tak terasa hati pun kalau dia tak bawa gi tengok wayang cerita yang sama. Tapi kalau katelah dia gi makan sedap2 kat ayamas, saya mesti nak jugak...

9. Saya dah tinggal di Hujung Tanah selama 20 tahun (mane pegi lagi 5 tahun????) hehe... tekalah...

10. Minuman favourite saya ialah air suam atau air masak, atau air tapis tapi bukan air kosong yang ada ais tu...yang  tawar2 belaka...hehe...

11. Saya pernah duduk dengan mak angkat saya selama beberapa bulan untuk meningkatkan kemahiran pengurusan...macam2 jenis pegurusan la...

12. Saya baru je kenal cara berblogging dan saya mula sukakannya. Tapi rasanya macam nak slow down sket...

13. Bila saya mula mengenal blog, saya terjumpa perkataan baru iaitu “blogwalking”...bila dah paham maksudnya, saya jadi rajin berblogwalking tak kira kadar trafik tinggi ke rendah, picisan atau faymes, yang penting ialah tuan punya blog jujur dan ikhlas dalam entri post masing2.

14. Dulu saya seorang yang sangat sensitif.....sampai sekarang masih sensitip, cuma dah kurang sket...

15. Dulu masa bujang, saya tak de kenderaan, jadi bas awam adalah pengangkutan saya. Ke mana2 pun dalam perimeter saya, saya akan naik bas...kan best...ada driver yang kita cuma perlu bayar paling mahal pun RM2.80 untuk bergerak sejauh 20km. Jadi saya tahu semua no. bas dan ke mana bas2 tu pergi

16. Saya juga banyak berjalan kaki sejauh2 yang saya boleh...sekarang saya dah ada kenderaan, semua ketabahan saya untuk berjalan jauh dah hilang...huhu...

17. Tinggi saya dan suami hanya beza 1cm. Dia la yang lebih tinggi dari saya...

18. Sebagai isteri, saya perlu bersedia setiap masa kerana suami saya suka buat plan tanpa rancangan awal yang selalunya memeranjatkan saya (ye la, tak expect la kan ada additional plan. Tapi saya belum lagi melatih diri untuk menerima keadaan ini.)

19. Fakta...fakta...fakta...sejarah adalah subjek yang saya paling tak suka kat sekolah. Tapi bila menyedari apa yang dah berlaku dalam hidup kita pun adalah sejarah, jadi saya pun mula sukakan sejarah...itu pun lepas sekolah baru terfikir perkara ni...otak dah cheghdik sikit.

20. Saya bawa botol air gi memane pun...wlupun kengkadang lupa atau sengaja tak bawa...haha...

21. Bila saya asik fikir satu perkara, saya lupa pada perkara lain, walaupun perkara tu rutin harian saya...huhu... (ini banyak fikir sal Dr. M ni...)

22. Tag ni adalah tag paling panjang yang saya pernah jawab...

23. Saya pun nak tag balik kawan2 lain...bior diorang PK ape nak taip...haha...




Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati
Memperkasa Akhlak Mulia
Dalam Diri jua Keluarga 

Tuesday, May 25, 2010

Masak Malam

Salam kepada semua…

Malam tadi tergerak hati nak masak… ye la…Dr. M balik malam tadi jadi mestilah kena masak…

Jadi inilah yang saya masak



Alhamdulillah…. Rasanya boleh tahan… saya juga hidangkan dengan sides iaitu keropok ikan dan sotong goreng (tak sempat nak amek gambar, sotong meletup!)

Dr. M tak makan nasi pada waktu malam, jadi masak la yang macam ni je…

Kalau sedara sedari bijak, tekalah apa yang saya goreng tu…

Tapi takde hadiah la… saje suka-suka…

“Kita mesti ikhlas dan berlaku ihsan pada semua manusia….”

Haha…Ok lah…Sampai sini dulu ye…

Wassalam…

 Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Kait Mengait

Salam kepada semua…

Minggu lepas saya memulakan kembali hobi saya iaitu mengait… saya cuba projek buat topi/cap/sarung kepala… sebelum ini saya memang tak pernak mengait dalam bentuk bulat dengan menggunakan Double-Pointed Needles (maksudnya jarum tu ada mata pada kedua-dua hujung.Macam pensel yang dikorek dua-dua belah!)

DP needles ni pun saya minta tolong dari seorang pengusaha online shop AyzaGursoy.com untuk belikan di tempatnya (Melaka). Walaupun dia hanya menjual tudung hijab dan benang kait dari Turki dengan harga yang berpatutan sekali, tapi dengan kebaikan hatinya dia telah membantu saya membelikan jarum tersebut.

Walaupun agak sukar tapi basic yang ada, Alhamdulillah dapat membantu saya untuk mengait juga… setakat ni baru je sampai sini.…



Baru je nak mula…huhu… benang yang saya gunakan adalah baki benang yang saya buat kait baju dulu. Benang ni di beli dari kak Ayza dengan harga RM21 sebuku (termasuk penghantaran dari Turki terus ke rumah saya!) Nama benang ini Akyunlu Ince. Very fluffy but must be careful… time saya buat baju dlu, longgar sket jadinya sebab jarum yang besar dan benangnya pun besar… kalau compare dengan benang Minlon yang ada di sini, benang tu 3X lebih besar daripada Minlon. (biasa la…Chunky type)

Anyway, I hope that dapat la siapkan sebelum habis semester break ni…huhu…

Sekian dulu…

Wassalam..

Monday, May 24, 2010

Tag dari Noor Afzan

Saya telah di tag lagi oleh Kak Noor Afzan

So, saya cubalah buat.. banyak tul soalan...

1.3 Names in your inbox cellphone

Abg Syg
Abg Syg
Abg Syg
  
2. Your main ringtone

Adakah Kau setia - Sixth Sense (agaknye!)

3. What U did at 12 last night?

tido....zzzz....

4. Who was the last person U went out with? Where?

my lovely hubby... PG


5. The color of T-shirt you're wearing now?

Baju kurung putih

6.The last thing you did?

jawab tag ini la...

7. 3 of your everyday favourite items?

Handphone
Laptop
Water Bottle


8. The color of your bedroom

tah la... ala2 creme kot

9. How much money in your wallet now?

haha... watpe nak tau?

10. Your favourite song?

nasyid

11. What will you do next weekend?

adalah... rahsia...

12. When was the last time U saw Ur Mum?

2 weeks

13. Where is she now?

ade kat rumah

14. When was the last time you talked to your parents?

last week

15. Who is the last person that texted U?

Abg Syg

16. Where did U have your dinner last night?

kat rumah le...

17. The last suprise you got?

hari2 dapat surprise

18. Last thing U borrowed from your friends?

tak pinjam barang...

19. Who is ur BF/GF or husband/wife?

ada lah... rah sia...

20. What do you feel now?

hmm...banyaknye soalan

21. Wanna share with who?

semua yang baca blog ini

22. Who knows ur secret?

secret? my hubby la...

23. They keep ur secret?

of course!

24. Are you angry with someone?
 
ada gak la...tapi tak la marah lame2...

25. What do you order at McD?

chicken burger

26. The last time you felt so sad?

takde

27. What is your wish for tomorrow?

of course better than today!

28. Who will U tag next?

Penawar Duka

Malas nak letak ramai2..haha... biar la die jawab...

Thursday, May 20, 2010

Tag dari Nieyla Nadia

Salam kepada semua...

First time nih kena tag dari blog Mutiara Kasih kepunyaan Nieyla Nadia...mari la kita tengok soalan-soalan dibawah yang perlu dijawab oleh saya...

  1. Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
    Marah la...pastu berhati-hati dan jauhkan diri... 
  2. 6 orang di hati anda?
    Suami, Mama, Papa, Mak, Ayah, Nurul Fatin Nadhirah
  3. Anda rasa anda comel?
    Alhamdulillah...Sempurna semua...
  4. Single or taken?
    Obviously...me dah Nikah...dengan my beloved husband.
  5. Blog yang anda suka?
    Field of Dreams kepunyaan Ummi
  6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
    Alhamdulillah...
  7. Lagu terakhir yang anda dengar?
    Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir
  8. Last text massage?
    Maaf kak saya dah ambil. tkut nnt space cek nam2 dlm surat sokongan, sape dah amek, sape lum amek. Maaf ye...
  9. Last phone call?
    Kak Azizah
  10. Hari terakhir anda menangis?
    tak ingaT la...Lame dah tak nangis...Alhamdulillah...
  11. List lima kaler favourite anda
    a)Putih
    b)Hitam
    c)Merah Hati
    d)Biru
    e)Pink
  12. Orang terakhir anda ber YM
    YM?oohhh...saya stay invisible sebab kat ofis tak nak YM. kat rumah takde internet, so = TAK berYM
  13. Game paling anda suka
    Chocolatier...tapi skang dah insaf....tak moh maen game lagi...
  14. Adakah anda peminat MCR?
    MCR? My Chemical Romance? Huuuuiiiiih...tak minat. Tapi penah la dgr lagu2 nye sebab my sis minat.
  15. Apa perasaan anda jawab tag ni?
    Tertanya-tanya...Sape yang mulakan buat soklan2 ni? Apa tujuannya?
  16. Anda rasa tag ni best?
    Haha....kelakar...
Tag lagi 10 orang
 
Orang yang diberi kepercayaan untuk menjawab tag ni ialah:


1)fashionizer21
2)suamihanyisterizuki
3)Kak Ida
4)Siti Norhafizah
5)Syaquena
6)hakimfaridzul
7)Noor Afzan
8)Nea Flerida
9)Kak Nana
10)Ayu Idris


Hah... mari kite tengok....Bior diorang jawab soklan2 yang banyak ni...hehe...

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Monday, May 17, 2010

Interesting heeeh?

Award nih saya terima dari Siti Norhafizah di blog HanYa pADa KAmU
Terima kasih ye...
7 things about Izzat;~
  1. Saya pandai MENGAIT menggunakan dua jarum (knitting), yang mana tak ramai orang minat, mostly bagitau, knitting tu susah.
  2. Saya akan bawa BOTOL AIR ke mana saja saya pergi kecuali tandas. Sebab bila dahaga, takde la saya ngada2 nak minta Dr. M belikan air. Malah dia pun kongsi minum dengan saya!
  3. Selepas sekolah, saya terus kerja, tapi yang saya perasan, pekerjaan saya tak pernah lari dari bidang MAKANAN dan KEWANGAN. jadi cashier, keje pasar malam, keje restoran. Memang dah tak boleh tukar bidang.
  4. Saya bekerja sambil belajar. Jadi, TIADA WEEKEND untuk saya pergi mana2 kecuali cuti semester.
  5. Jika saya sukakan sesuatu barang tapi tak mampu nak beli, saya pergi MENGENDENG kat barang tu, belek2, pastu letak balik dan berlalu pergi. Pastu lupakan terus pasal barang tu. Biasanya barang tu barang yang bukan keperluan la...
  6. Dulu saya seorang yang talkative tapi sekarang saya seorang yang PENDIAM. Tak tahu la nape jadi camtu. Saya lebih banyak dengar, tapi tak masuk dalam kepala.
  7. Saya ada BLOG dan ini blog saya!
~Hehehe~

7 Friends that I want to give this award to;~
i. suamihanyisterizuki
ii. Tooele Brezoff
iii. Syaquena
iv. hakimfaridzul
v. Kak Ida
vi. lehfopingu
vii. anyone who follow my blog.

Ambik ye kawan2....

Muchos Gracias!

  

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Tudung dengan Sanggul Tinggi

entry ini adalah copy n paste bulat2 dari blog INI
tukar gambar je. 
..thanks kepada Rozy..



Memang cantik tengok org pakai tudung dengan sanggul tinggi.. not that me teringin nak pakai camtu... tp bila baca balik this e-mail..hmmmm....but still it worth sharing..

this was sent to me via e-mail.
source : unknown.

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.
I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:
Quote:: “ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Quote:: “dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.
Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Thursday, May 13, 2010

Cerita Favouriteku dah THE END!

Assalamu'alaikum and hello to all...


Baru nak syok habis tengok cerita ni... Baru la tau... Hari Selasa lepas adalah episod akhir... huhu... Waaa.... Memang rasa macam nak nangis bila tengok dah tukar cerita lain pulak semalam...

Suka tengok heronya...dan aksi-aksi kungfu yang ada dalam cerita tu... rasanya macam banyak babak yang dipotong sebab tetibe je Zhang Wu Ji (lakonan Deng Chao) letak jawatan Ketua Kultus Ming...tau pun time dia berbual dengan Zhao Min (lakonan Ady An - yang sebelah kiri tu) Huhu... takdepun tengok 8TV buat iklan promo besar-besaran Season Finale untuk cerita ni macam yang Channel 5 (Singapore) biasa buat untuk series yang best2 cam Heroes ke, Legend of the Seeker ke......

 
Smart tak? saya suka watak, bukan orangnya...

In real life, dia ni tak la brape hensem.

haha... 


Sedih tapi apa boleh buat... setiap yang mula pasti ada akhirnya kan.....



Wassalam....


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Tuesday, May 11, 2010

Menang Giveaways

Assalamu'laikum and hello to all...

Alhamdulillah saya menang sesuatu hari ini... I win 5 dollars (USD5.00) off the price of aprons which Lori (the owner of the shop and blog) sells in Etsy. Alhamdulillah (All praises to Allah)


Nama yang warna hijau tu...that's me! Alhamdulillah... Ini adalah giveaway terakhir yang saya sertai dan dapat sesuatu. Alhamdulillah. Ada rezeki di sini.

Wassalam.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Friday, May 7, 2010

Ubatan Herba...

Assalamu'alaikum and hello to all...

While I'm searching using google search on pregnancy article, I found out an interesting forum on Bak Foong Pills sold by Eu Yan Sang (EYS)...

Hasil dari perbincangan dalam forum tu,timbullah persoalan, the quesion is: Does Bak Foong Pill produced by Eu Yan Sang (brand) have a Halal status.

It's not that hard to find out since in EYS website, they list down the ingredients in making Bak Foong Pills. So I googled them all... In the forum, they really concern about the usage of antler from deer, whether it is taken from a live deer or a dead one. (scientific nama: Cornu Cervi Pantotrichum)

But one thing that they should REALLY worry about is FAECES TROGOPTERORI or in a much simpler language, squirell feces. Obviously it is NOT HALAL to Muslims.
                     |
                     |
                    V
BACA: Najis Tupai

Itu yang sebenarnya para forumers tu kena risau... pil tersebut keluaran Eu Yan Sang sahaja--> tiada pensijilan halal. check kat http://www.halaljakim.gov.my/directory/


bukan niat saya nak menjatuhkan EYS. Tak tahu lah saya kalau-kalau EYS dah keluarkan bahan tu dari senarai untuk buat pil tersebut.

Kepada sesiapa yang bercadang nak beli dan makan pil tu untuk bantu meningkatkan kesuburan, walaupun ramai yang akui ubat tu berkesan, cari la yang halal. Ada saya jumpa dalam direktori tu, cuma keluaran Biofact Life saja yang halal... plus Cordyceps...

Tapi beli kat mana tu saya tak tahu.saya juga tengah cari di mana nak beli tu.


Impianku Menjadi Isteri Solehah 
Membina Baiti Jannati
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers