Tuesday, May 25, 2010

Kait Mengait

Salam kepada semua…

Minggu lepas saya memulakan kembali hobi saya iaitu mengait… saya cuba projek buat topi/cap/sarung kepala… sebelum ini saya memang tak pernak mengait dalam bentuk bulat dengan menggunakan Double-Pointed Needles (maksudnya jarum tu ada mata pada kedua-dua hujung.Macam pensel yang dikorek dua-dua belah!)

DP needles ni pun saya minta tolong dari seorang pengusaha online shop AyzaGursoy.com untuk belikan di tempatnya (Melaka). Walaupun dia hanya menjual tudung hijab dan benang kait dari Turki dengan harga yang berpatutan sekali, tapi dengan kebaikan hatinya dia telah membantu saya membelikan jarum tersebut.

Walaupun agak sukar tapi basic yang ada, Alhamdulillah dapat membantu saya untuk mengait juga… setakat ni baru je sampai sini.…



Baru je nak mula…huhu… benang yang saya gunakan adalah baki benang yang saya buat kait baju dulu. Benang ni di beli dari kak Ayza dengan harga RM21 sebuku (termasuk penghantaran dari Turki terus ke rumah saya!) Nama benang ini Akyunlu Ince. Very fluffy but must be careful… time saya buat baju dlu, longgar sket jadinya sebab jarum yang besar dan benangnya pun besar… kalau compare dengan benang Minlon yang ada di sini, benang tu 3X lebih besar daripada Minlon. (biasa la…Chunky type)

Anyway, I hope that dapat la siapkan sebelum habis semester break ni…huhu…

Sekian dulu…

Wassalam..

2 comments:

  1. Salam!
    Menarik :)
    Dah siap tak?
    Nak tengok hasilnya..? :)
    Salam perkenalan dari saya..

    ReplyDelete
  2. Haha... Tak gerak2 dari hari tu.... terpaksa lupakan sekejap coz kena tumpu pada my lovely hubby......

    ReplyDelete

Orang Suka Beri Pendapat