Tuesday, May 19, 2009

Nak buat Crochet, jadi Knitting

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...

Beberapa hari yang lalu saya memulakan perjalanan jelajah ilmu melalui buku mengait yang saya pinjam daripada perpustakaan. Tajuk buku tu Knitting Basics. Asalnya saya nak cari buku kait satu jarum, tapi buku tu tak ada. Jadi saya pinjam buku ni. Pada pendapat saya, buku ini memang sangat sesuai bagi mereka yang ingin mula belajar mengait. Ada pengenalan tentang jenis benang dan jarum yang sesuai digunakan. Gambar2 nya mudah difahami memudahkan proses belajar.


Crochet ni saya dapat buat sampai sini je. blajar dgn tgk video. Minat dah lebih menjurus kepada knitting. Tapi jarum crochet tetap boleh guna untuk betulkan kesalahan masa knitting.





Inilah buku yang saya pinjam, benang dan jarum crochet pertama saya.

Ada 2 basic stitch untuk knitting, iaitu knit stitch dan purl stitch. Ada juga antara basic stitch ni yang saya tak faham dan tersalah buat sampai kene buka semula berkali-kali. Solution nya, saya cari video dan tgk macam mana ia sebenarnya dibuat. Alhamdulillah saya faham dan dah boleh buat sampai tajuk Purl Stitch.

Ini namanya Cast-on. Mula-mula tu susah juga nak buat. Ade video yang ajar cara mudah nak buat cast-on ni dan ianya berkesan. Ini lah hasil yang pertama belajar dari tgk buku tu.


Yang ini pula dah mula buat Knit Stitch. Knit stitch ni saya belajar dari video sebab tersalah faham buku knitting tu.

Sekarang ni dalam usaha buat purl stitch dan Insyallah saya akan muatkan gambar dalam post yang akan datang.

Wassalam

Tuesday, May 12, 2009

Crochet and Knitting

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada pembaca2 blog ni...

Saya sekarang baru je surut sikit dari kobaran dalam jiwa yang meruntun nak belajar tentang SENI MENGAIT.

Tak sabar rasanya tapi kena la sabar... tgh tunggu masa nak pinjam buku dari library dan mula belajar mengait. Cuma kekangan kenderaan je nak pergi ke library tu.huhu.. nak buat macam mana..kat library tu ade macam2 buku yang dalam pemerhatian. Harap tak dipinjam oleh orang lain.

Kalau ikutkan, mengait ni ade 2 jenis. Yang pertama, kait jarum 1 iaitu mengait menggunakan 1 jarum yang boleh menghasilkan garment dalam bentuk 2D (leper je) seperti scarf, alas TV, alas peti ais, alas meja dan bermacam2 jenis alas lagi.. kait jarum 1 juga dipanggil Crochetting...Yang Kedua, kait jarum 2, juga dipanggil knitting iaitu mengait menggunakan 2 jarum yang boleh menghasilkan pakaian seperti baju panas, baju kanak2, topi, kasut baby dan lain-lain lagi.

Walaupun saya belum cuba, tapi saya fikir, sesiapa yang ingin mencuba, patut memulakannya dengan menggunakan 1 jarum dulu yang boleh membina semangat dan mendalamkan minat sebelum kait guna 2 jarum.

Walau macammana pun, semangat perlu terus dibajai supaya ia tak padam begitu saja tanpa sebarang tindakan. Hanya saja jangan ikutkan nafsu, belum belajar lagi dah beli banyak bahan untuk mengait. Takut nanti jadi hangat2 tahi ayam.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers