Friday, September 2, 2011

Raya ke - 4 yang bermakna...

Assalamu,alaikum semua...


masuk hari ni dah hari ke 4 raye...dan hari ni sangat bermakna kerana hari ni juga meruakan hari lahir ku yang ke 26 tahun...


hari ni juga dah 4 hari kami sekeluarga bersama 2 orang adik suami beraya kat rumah kawan2 dan saudara mara sampai ke malam...penat memang la penat...


lagi bermakne...esok Amsyar genap 5 bulan..hehe..esok gak dah nak balik rumah..huhu...


k la...jap je wat update...nak tlg tuan rumah masak...




Wassalam...


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Wednesday, August 10, 2011

Accidentally bersiaran

 Assalamu'alaikum semua...

Bila tgk archive, last saya tulis dalam blog ni adelah pade bulan mac... terasa begitu lame tak update pape... rase malas nak berblogging lagi sebab  saya dah ade cinta hati baru...ANAK yang dah nak masuk 4 bulan...sekarang masih bertahan memerah susu walaupun kurang sikit susu banding biasa.

masih terngiang-ngiang semalam ade orang kate:
"menyesal tak pergi kursus"

teringat pada my husband yang tak jadi pergi kursus. kalau dia yang berkata begitu, it reflects on me, not doing a good job in housekeeping and making the environment tak menjadikan rumah sebagai tempat tinggal yang menyenangkan dan menenangkan.

Entahlah...

Now I'm doing practical kat SMK... bulan puasa ni dapat la balik awal skit..urus rumahtangga, urus diri...

Masak? yang segera je boleh la...mungkin di situ lah kurangnya saya, tak pandai masak (atau tak berani nak masak?)

Kenapa? sebab my husband can cook better than me... rase bersalah pula kalau bagi husband mkn masakan yang tak sedap @ tak bleh dimakan.

macam ne nak jadikan baiti jannati?

one thing I learned from what happen to me recently is that urusan anak, walaupun husband boleh tlg buatkan, jgn la pk untuk handover terus tugas tu walaupun utk attend hanya seorang anak.sebab tu tugas kite... para suami ni penat dengan banyak lagi perkara lain di luar sana. jgn tambahkan penat diorang dengan kerja-kerja di rumah pula.

Masak? since my husband only likes what he cook, jadi dia yang masak. jika diberi waktu yang cukup dan keberanian untuk mencuba,tanpa kritikn negatif, saya nak masak, ikut buku resepi pun tak pe...asalkan my husband tak perlu lagi turun ke dapur...cukup lah penat dia drive selama sejam dari tempat kerja ke rumah mak mentua, amik anak-anak, baru balik rumah.penat redah jam, geram dengan kenderaan2 yang tak reti bagi signal dan macam-macam lagi kerenah dunia yang dihadapinya di luar sana...

maaf la dah termerepek panjang... nak cerita tak tau pada siapa. jadi merepek kat sini je la... yang paham, paham la... yang tak paham, biarkan  je la...

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Friday, March 18, 2011

Khidmat Masyarakat : Laman Asnaf Permata Hatiku (LIMPAH)

(Setelah anda membaca maklumat ini, harap dapat sebar-sebarkan kepada kenalan anda agar mereka juga dapat beramal jariah seperti anda, terima kasih)

السلام عليكم


LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

LIMPAH memulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari sekitar Selangor.

Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAH kini sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.


Untuk melengkapkan sistem tarbiah, bermula Mei 2009, LIMPAH telah diamanahkan untuk mengambil alih Sekolah Maahad Tahfiz Aiqan bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang menampung pelajar seramai 55 orang yang terdiri daripada golongan miskin dan anak yatim.

Oleh itu, dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan hasrat ini. Sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah dan sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan yang layak menerima ini tanpa melalui kerenah birokrasi yang menyulitkan.

Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api Neraka walaupun dengan (bersedeqah) dengan sebiji kurma”.


Marilah kita membela orang lain, mudah-mudahan Tuhan akan membela diri kita.


BENTUK-BENTUK SUMBANGAN YANG BOLEH DIHULURKAN:


1) Wang tunai: dengan masukkan terus ke akaun Maybank Berhad atas nama;


LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (no akaun MBB: 5120-1701-4255)


2) Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat emas dan sebagainya.


3) Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya mengqadha’ puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie.


4) Menaja bahan-bahan mentah untuk makanan (basah atau kering). (RM3,000 sebulan)


5) Menaja barang-barang keperluan dapur, bilik mandi, sekolah dan sebagainya.


6) Menaja peralatan rumah dan dapur.


7) Menaja peralatan pejabat baru/terpakai.


8) Menaja anak angkat: Melalui tajaan kos perbelanjaan anak-anak yang dipilih menjadi anak angkat (RM300 seorang/sebulan).


9) Menaja sewa premis pejabat dan asrama. (RM5,000 sebulan)


10) Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, Syabas, Indah Water dan Telekom). (RM1,500 sebulan)


11) Kenderaan: van atau kereta untuk pengangkutan ke sekolah, mengambil dan menghantar barang-barang bantuan. (Pengangkutan RM2,500 sebulan)


LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya demi memastikan segala keperluan mereka ini sentiasa terbela.

Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuburkan rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi Allah, agar mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi;

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU

No. 9954, Jln BBN 1/3G, Putra Point Fasa 2A, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus

Setiap sumbangan melebihi RM500 boleh diberi resit pengecualian cukai pendapatan atas permintaan. Ruj : LHDN 01/35/42/51/179-6.5132

Cikgu Mustaffa Kamil b Ahmad (018-2183001)
Ustazah Normala bt Muhammed (013-2931490)
 
Diambil dari Laman  INI.
 
Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Thursday, February 24, 2011

Tutorial | Membuat Backlink Pada Banner Dalam Entri

Assalam...

Saya tak pasti sama ada page new post kalian sama atau tak dengan page saya kerana page New Post saya ni versi lama. Tapi mungkin boleh cuba


Step 1
Masukkan gambar banner dengan klik butang Insert Image yang ade kat toolbar kat atas medan menulis.



Step 2
Bila gambar dah selamat masuk, klik gambar utk highlight gambar tu

Step 3
Jika button Link kat atas tu berwarna biru, bermakna ade link pada gambar tu. klik Link 2 kali kemudian masukkan link yang kita inginkan. Semasa masukkan link, pastikan tak ade pape keluar pada petak Text to Display. Kalau ade, means link tu takkan masuk kat gambar.


Step 4
Dah siap taip entri sume, boleh la Publish dan View Blog utk test link tu jadi ke tak.


Selamat Mencuba!


Jangan ketinggalan menyertai GA yang saya anjurkan
Klik Banner utk details





Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Friday, January 28, 2011

Curi curi Update

Assalamu'alaikum...

Saya tersangat lah bizi dengan kerja + PSM + Proposal + Assignment

Aaaarrrrgggghhhh...

Ni pun buat curi2...Auto publish je...

Maaf ye tak sempat nak siapakan sambungan cerita Segala Sesuatu Bermula dengan Niat. huhu....

Sekian dulu...Wassalam....

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Thursday, January 13, 2011

Azam 2011 | Baru nak List

Assalam...

Sana sini orang sibuk duk sebut2 pasal Azam tahun baru...biase la, tahun baru, keinginan baru, lame nyer pun ade gak yang tak tertunai...

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya buat azam tahun baru.

Saya berazam untuk


1. Menyelesaikan subjek dan Projek SM dalam tahun ni
    dengan cemerlang...Biar cepat sikit abis belajar...
2. Concentrate kat family lebih dari kerja
3. Masak sarapan pagi hari2 selagi termampu
4. Membuat kerja-kerja pejabat sampai habis (kerja, ade perkataan habis ke?)

Setakat ni, tu je la Azam yang saya cuba nak capai dan istiqamah...

Semoga saya berjaya capai semua yang saya list kat atas..

Wassalam...

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Friday, January 7, 2011

MenJaJan

Assalam....

Me ni kalau sebut sal jajan, memang me jaguh jajan....

but dalam banyak-banyak jajan kategori mahal (dulu la....me kate mahal nak beli) me suke.....


Eh...ni bukan jajan
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v

v

Yang ini:


But me mengandung sekarang...so kena pikirkan sal baby...

Satu cara untuk sekat keinginan makan jajan adalah
Bershopping!

Tapi...

Dengan husband la...

Sebab...

Mu Husband tak suke JAJAN!

Sekian dulu....Wassalam...

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Thursday, January 6, 2011

BabyBond | Dah Sampai

Assalam...

Inilah BabyBond yang saya menang tempoh hari dalam GA luar negara... yang di anjurkan olah Eccentric Eclectic Woman

Jom tengok!


Naik flight tu nak sampai sini...




Masih dalam kotak

 Ini dah buka...yang warna putih tu burp cloth...kalau baby burp, mane tau termuntah ke, tak la kena baju kite... 


This is for breastfeeding...Saya dah try pakai, tapi longgar la... yang ini saiz 2, utk wanita yang memakai cup bra B,C,D. mungkin utk yang berbadan besar boleh kot...

but still boleh pakai kalau pin dengan baju...

Sekian dulu... Wassalam 

p/s:Sebenarnye cite ni dah lame....barangnye dah lame sampai tapi tak berkesempatan nak buat entri sebab gambar dalam HP dan susah nak upload, tak ade kabel..... 

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Rezeki di pagi hari

Assalam...

Quick update...

Rezeki di pagi hari....saya menang Cetot's Contest ....



Tempat Ke-5 

Walaupun cume dapat RM10, tapi sape nak bagi gitu je kan?

Alhamdulillah....

Kepada contestant lain yang menang, boleh klik link kat atas tu....Tahniah kepada semua yg menang!



Sekian dulu...Wassalam 

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Wednesday, January 5, 2011

Ada aPa dEngaN 0?

Assalam...

Baru-baru ni kawan me beli kereta baru....

So my husband ni gi la tgk no plate kete tu, nak tau hurop dah sampai mane... then terpacul la kate-kate

" Ada 0 lagi... " 

Dia kate gitu pun mesti sebab teringatkan kete Ayah kat kampung ade gak 1 no. 0 tu kat no. plate kete...

Sampai ke hari ni me tertanya-tanya...Ada apa dengan no. 0 tu?
Tak leh ke no. plate kete ade no. 0?
Bad luck ke?

Ada seSiaPa LeH tolong jaWab? 

p/s: me tak caye bad luck gud luck ni terletak pada no. Tu rezeki dan musibah adalah ketentuan dari Allah. Ape yang Dia beri semua adalah yang terbaik buat kita.




Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Tuesday, January 4, 2011

PTK ku,,,,

Assalam...

Quick Update

Hmm...nampaknye kena la mengulang semula Kursus PTK...

PTK ku dapat Aras III keseluruhan....berpunca dari Komponen Fungsional...

Memang patut la...sebab soalan yang dia tanya mase interview fungsional tu me tak dapat jawab.


Nampaknye kena study tul2 lagi...huhu....


Alhamdulillah...me pun baru tau ade peluang lagi sebab PTK masih diadakan lagi untuk kami2 yang baru amek ni... untuk baiki aras.


Semoga ade la rezeki nak merasa anjakan gaji...

Sekian...Wassalam...

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Monday, January 3, 2011

Baby With Bottle Give Away!! | Menang

Assalam...

Alhamdulillah.... ini adalah kemenangan pertama me dalam tahun 2011...

Setelah blogwalking dan sebok2 update layout blog me yang lagi satu- http://whatrudoin-gaentries.blogspot.com- sebab banyak sangat GA yang tamat hujung tahun lepas dan awal tahun ni, me dapat tahu me menang Baby With Bottle Give Away...

Me menang tempat ke-6 


Klik utk besarkan gambar

Alhamdulillah...ini rezeki Allysha...

Ape agaknye hadiah GA ni ya?

.....Tunggu.... 

Sekian...Wassalam... 

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers