Thursday, August 30, 2012

Iktibar dari Kematian

Assalamu'alaikum..


Pagi ini saya begitu bersemangat ingin memulakan kembali sesi membudayakan Al-Quran di pejabat yang telah bercuti sempena Eidul Fitri minggu lalu.

Namun program tersebut dibatalkan kerana tok guru ngaji nak menziarahi jenazah di masjid. Arwah adalah salah seorang staf yang bekerja di jabatan lain. Walaupun saya tak kenal, saya turut sama menziarahi keluarga beliau dengan niat mendoakan keluarga arwah dan mungkin boleh menemui sesuatu yang boleh dijadikan iktibar bagi diri yang dahagakan ilmu ni.

Sebelum bertolak, saya sempat ber'google' untuk mengetahui adab2 menziarahi jenazah/ keluarga jenazah. Telah saya bekalkan sedikit makanan yang saya beli pagi tadi, sedikit kurma dan biskut sekadar yang ada buat keluarga arwah.

Memang saya akui, kerana saya tidak mengenali arwah dan keluarganya, saya tidak tahu ingin menunjukkan reaksi yang bagaimana. Tapi yang pasti bukan reaksi gembira atau tersenyum yang perlu saya tunjukkan.

Adab menziarahi keluarga jenazah memang perlu dijaga bagi menjaga hati mereka2 yang baru kehilangan orang yang tersayang. Segala urusan yang berkaitan insuran, ataupun sumbangan khairat kematian yang melibat pengisian borang boleh diuruskan selepas pengkebumian jenazah. Kasihan saya melihat isteri arwah yang menahan sedih apabila ditanya mengenai butir2 tentang kematian suami tercinta, semata-mata untuk penuhkan borang.

Biarpun sebelum ini arwah selalu sakit, namun mereka masih dapat bertemu muka. Kini hanya gambar yang dapat ditatap dan menjadi kenangan mereka sekeluarga.

Saya ucapkan takziah buat keluarga berkenaan.


Semoga Allah membesarkan pahalamu dan kesabaranmu dan semoga Allah memberimu penggantinya



Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Wednesday, August 29, 2012

Pengorbanan Memerlukan...


Assalamu'alaikum para pembaca sekalian.

Pagi-pagi lagi saya telah dihadapkan dengan demand terhadap keselesaan dan bayaran yang selayaknya bagi menjalankan kerja yang diarahkan. Apa yang saya boleh buat hanya senyum, kata putus bukan pada saya. Kena bincang dengan bos dulu. Allah mengajar saya dnegan cara yang paling halus sekali, mengingatkan saya tentang pengorbanan yang diperlukan untuk mencapai apa yang diimpikan. Dalam pekerjaan dana juga rumahtangga.

Sebagai peringatan untuk anda dan diri sendiri juga, kita harus mengambil pengajaran dari Surah Al-Ma’idah ayat 27 yang bermaksud:

 


Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan korban (kerana mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): “demi sesungguhnya aku akan membunuhmu.” (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.

Dalam menyuburkan budaya intelektual terutama di peringkat pengajian tinggi, kita haruslah bersedia untuk berkorban dari berbagai segi: masa, wang, keselesaan, dan lain-lain lagi. Kesanggupan kita untuk berkorban pasti akan membuahkan hasil yang terbaik dan mendapat ganjaran Allah, Insya Allah.

Dan kerana peristiwa inilah saya sedar mengapa saya perlu berkorban, dan kerana apa saya berkorban.

Bagi saya sendiri, korban yang dipersembahkan bukanlah dalam bentuk meteri semata, tetapi lebih banyak dalam bentuk keringat tulang empat kerat dalam mendapatkan redha Allah. Kita harus keluar dari zon keselesaan bagi mencapai kejayaan.

Teringat kata-kata adik saya, “selagi perkara tu tak membunuh kita, kita buat je.” Ada betulnya juga tapi saya nak tambah: “…selagimana atas landasan syariat”

Tak perlu bangkitkan soal apa yang selayaknya didapati berdasarkan kedudukan kita. Selagi mana kita sanggup berkorban, kemanisan hasil pengorbanan tu akan kita rasakan di masa akan datang, jika tidak di dunia, di akhirat nanti lebih baik.

Don’t just aim for the star, aim for Jannah. Remember, Jannah is too expensive that in certain situation, we have to pay it with blood (syahid).
(Disclaimer: ini kata-kata saya sendiri. Maaf kalau tersalah faham tapi saya teringatkan zaman Rasulullah dulu ramai yang mati syahid dan memang dijanjikan syurga. Jadi nak dapat syurga perlu syahid kerana Allah. Zaman kini dah berbeza. Mujahid lebih dengan pena, bukan dengan pedang.)


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Tuesday, August 28, 2012

Tak Mudah Sebenarnya...

Assalamu'alaikum pembaca blog picisan ni...



              Menelusuri sejarah hidup sendiri, teringat akan kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan. Besar dan kecil.

             Bertemu dengan ramai orang dengan bermacam sikap dan ragam membuat diriku matang. Ternyata sesetengah perkara yang  kufikir betul sebelum ini ada juga yang silap.

             

            Tak mudah sebenarnya, melalui kehidupan berumahtangga berbeza dengan kehidupan bersama ibu bapa dan sahabat handai. rumahtangga bukan setakat "ku menyayangimu, kau menyayangiku". Itu cuma salah satu pencetus kepada pelaksanaan tanggungjawab. Two words: 


Tanggungjawab

Pengorbanan

             Tak mudah sebenarnya, melepaskan kebebasan melakukan perkara-perkara yang dirasakan perlu untuk membina kematangan diri. Bukanlah diri dikongkong, tetapi kerana kesanggupan mengorbankan keinginan diri demi anak2 dan keluarga menjadikan pergerakan sendiri terbatas.

Tiada kursus luar daerah.

Tiada shopping sendirian.

Tiada lagi naik bas untuk ke mana-mana.

Seolah-olah statik. Tiada perubahan yang berlaku menjadikan fikiranku juga statik.

Nak bebas?

Saya ingin cuba teori dari cerita Juvana: Baca BUKU.

Biarpun diri terpenjara, tetapi minda bebas berfikir dan berimaginasi melalui pembacaan buku.


Buku yang macam mana?

Buat masa ni, pengetahuan agama sangat perlu digilap kerana dah 13 tahun tinggalkan sekolah agama. Memang buku-buku agama menarik minatku, namun buku-buku motivasi dan lain-lain jenis buku tidak ku tinggalkan.


Masa?

Tak tahu lah bila pula masa nak baca.



Peringatan akhir untuk diri sendiri dan pembaca semua:


Perlakuan baik adalah berbuat baik kepada orang lain.

BERBANDING DENGAN


Akhlaq baik adalah berbuat baik kepada  orang lain secara spontan/tanpa fikir panjang@have second thought.


Ciri-ciri orang yang berTAQWA:

~~~~~~~~
i. Pemurah  - berinfaq @ bersedekah dikala senang dan susah

ii. Penyabar - menahan marah

iii. Pemaaf - Mudah memaafkan orang lain

iv. Bertaubat - Bila sedar diri melakukan maksiat/dosa, segera bertaubat.

Sumber: IKIM 27/8/2012
~~~~~~~~~

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers