Wednesday, August 29, 2012

Pengorbanan Memerlukan...


Assalamu'alaikum para pembaca sekalian.

Pagi-pagi lagi saya telah dihadapkan dengan demand terhadap keselesaan dan bayaran yang selayaknya bagi menjalankan kerja yang diarahkan. Apa yang saya boleh buat hanya senyum, kata putus bukan pada saya. Kena bincang dengan bos dulu. Allah mengajar saya dnegan cara yang paling halus sekali, mengingatkan saya tentang pengorbanan yang diperlukan untuk mencapai apa yang diimpikan. Dalam pekerjaan dana juga rumahtangga.

Sebagai peringatan untuk anda dan diri sendiri juga, kita harus mengambil pengajaran dari Surah Al-Ma’idah ayat 27 yang bermaksud:

 


Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan korban (kerana mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): “demi sesungguhnya aku akan membunuhmu.” (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.

Dalam menyuburkan budaya intelektual terutama di peringkat pengajian tinggi, kita haruslah bersedia untuk berkorban dari berbagai segi: masa, wang, keselesaan, dan lain-lain lagi. Kesanggupan kita untuk berkorban pasti akan membuahkan hasil yang terbaik dan mendapat ganjaran Allah, Insya Allah.

Dan kerana peristiwa inilah saya sedar mengapa saya perlu berkorban, dan kerana apa saya berkorban.

Bagi saya sendiri, korban yang dipersembahkan bukanlah dalam bentuk meteri semata, tetapi lebih banyak dalam bentuk keringat tulang empat kerat dalam mendapatkan redha Allah. Kita harus keluar dari zon keselesaan bagi mencapai kejayaan.

Teringat kata-kata adik saya, “selagi perkara tu tak membunuh kita, kita buat je.” Ada betulnya juga tapi saya nak tambah: “…selagimana atas landasan syariat”

Tak perlu bangkitkan soal apa yang selayaknya didapati berdasarkan kedudukan kita. Selagi mana kita sanggup berkorban, kemanisan hasil pengorbanan tu akan kita rasakan di masa akan datang, jika tidak di dunia, di akhirat nanti lebih baik.

Don’t just aim for the star, aim for Jannah. Remember, Jannah is too expensive that in certain situation, we have to pay it with blood (syahid).
(Disclaimer: ini kata-kata saya sendiri. Maaf kalau tersalah faham tapi saya teringatkan zaman Rasulullah dulu ramai yang mati syahid dan memang dijanjikan syurga. Jadi nak dapat syurga perlu syahid kerana Allah. Zaman kini dah berbeza. Mujahid lebih dengan pena, bukan dengan pedang.)


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

No comments:

Post a Comment

Orang Suka Beri Pendapat