Thursday, August 30, 2012

Iktibar dari Kematian

Assalamu'alaikum..


Pagi ini saya begitu bersemangat ingin memulakan kembali sesi membudayakan Al-Quran di pejabat yang telah bercuti sempena Eidul Fitri minggu lalu.

Namun program tersebut dibatalkan kerana tok guru ngaji nak menziarahi jenazah di masjid. Arwah adalah salah seorang staf yang bekerja di jabatan lain. Walaupun saya tak kenal, saya turut sama menziarahi keluarga beliau dengan niat mendoakan keluarga arwah dan mungkin boleh menemui sesuatu yang boleh dijadikan iktibar bagi diri yang dahagakan ilmu ni.

Sebelum bertolak, saya sempat ber'google' untuk mengetahui adab2 menziarahi jenazah/ keluarga jenazah. Telah saya bekalkan sedikit makanan yang saya beli pagi tadi, sedikit kurma dan biskut sekadar yang ada buat keluarga arwah.

Memang saya akui, kerana saya tidak mengenali arwah dan keluarganya, saya tidak tahu ingin menunjukkan reaksi yang bagaimana. Tapi yang pasti bukan reaksi gembira atau tersenyum yang perlu saya tunjukkan.

Adab menziarahi keluarga jenazah memang perlu dijaga bagi menjaga hati mereka2 yang baru kehilangan orang yang tersayang. Segala urusan yang berkaitan insuran, ataupun sumbangan khairat kematian yang melibat pengisian borang boleh diuruskan selepas pengkebumian jenazah. Kasihan saya melihat isteri arwah yang menahan sedih apabila ditanya mengenai butir2 tentang kematian suami tercinta, semata-mata untuk penuhkan borang.

Biarpun sebelum ini arwah selalu sakit, namun mereka masih dapat bertemu muka. Kini hanya gambar yang dapat ditatap dan menjadi kenangan mereka sekeluarga.

Saya ucapkan takziah buat keluarga berkenaan.


Semoga Allah membesarkan pahalamu dan kesabaranmu dan semoga Allah memberimu penggantinya



Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

No comments:

Post a Comment

Orang Suka Beri Pendapat