Wednesday, October 3, 2012

Bahasa Anak-anak

Assalamu'alaikum...

Bila teringat anak bercakap menggunakan bahasa mereka, senyuman pasti menguntum di bibir. Setiap anak ade bahasa verbal and non verbal yang berbeza.

Anak sulung sekarang dalam perinkat mengajuk cakap. Kadang-kadang bunyinya hampir sama. Contohnya semalam kukus pau. Nak beri kat dia tapi panas lagi. Jadi cakap kat dia "Pau Panas"
Dia ajuk "Pau Anah". Dia juga dah boleh ajuk 2 patah perkataan. Kalau 3 perkataan dia akan senyap je... Lain-lain perkataan yang dia pandai sebut:

Ua = Keluar 
Ikan = Basikal 
Pis = Ikan (Fish)
Eow = Kucing
Tutu = Susu
Apin = Lampin
Bobok = Tidur
Atal = Bantal
Asik = Nasi
Kot = Biskut
Ti = Roti
Ei Emi = Panggil Mummy dia
Nan = Mainan
Aman = Taman
Uai = Buai
Dadak = Panggilan untuk Adik


Si adik pula pandai sebut perkataan ikut keadaan. Contohnya kalau air tumpah dia akan sebut "Mpah". Ini sebab dia selalu sangat tumpahkan air, kat baju atau kat lantai. Antara perkataan yang difahami:

Bi = Selipar 
Pah = Kipas
Bah = Bola (Ball) (Faveret dia nih)
Dada = Panggilan untuk Kakak

But most of the time dia merengek atau bunyi hu kalau nampak atau nakkan sesuatu sambil tunjuk ape dia nak. Kakak lebih banyak sebut dari tunjuk. Well Kakak dah 2 tahun lebih. Adik plak setahun lebih. So beza memang ada.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

3 comments:

  1. Salam Karisma Izzah...

    Sharing is caring...Anyway Azera singgah & follow sini ye...

    Dijemput untuk join GA dari Azera....

    [GIVEAWAY] Kelasss Kau! Apa Rahsianya?

    ReplyDelete
  2. memang tersenyum je kalau dengar anak2 bercakap hehe. Memori manis untuk dikenang =)

    * maaf, hadiah GA masih belum sempat pos atas sebab2 tertentu. In shaa Allah kami akan maklumkan jika hadiah sudah di pos =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa...don't rush... Terima kasih sudi baca entri2 kat sini...

      Delete

Orang Suka Beri Pendapat