Wednesday, November 24, 2010

Segala sesuatu bermula dengan Niat | Episod 2

Hari demi hari ku hitung dengan selamba. ku tak mahu ulangi kesilapan yang sama lagi....

2 hari...

3 hari...

"Tengah buat pe tu?" 

Tanya Kak Mar menjenguk komputerku dari tempatnya, Kak Mar adalah rakan sekerjaku, tempat duduk bersebelahan denganku...

"Tengok test kit ni. Ingat nak gi farmasi tapi...."

"Akak ada mende ni kat rumah" Kak Mar memintas sebelum sempat ku menghabiskan bicaraku.

"Kak Mar memang prihatin" kataku dalam hati.


"Akak tak gunakan lagi ke? Saya nak beli balik boleh? Berapa akak beli?" 
tanyaku betubi-tubi, tidak sabar.


"Boleh. Time akak beli tu RM10. Esok akak bawak ye." kata Kak Mar sambil tersenyum. Kak Mar memang murah dengan senyuman.

Gembira hatiku bukan kepalang. Tak sabar menunggu hari esok. 


3 hari...

4 hari...

"Ada tak kak?" tanyaku berbisik, malu jika diketahui kawan2 yang lain.

"Ada, ni ha...." Kak Mar menghulurkan sebungkus plastik kecil berisi alat tersebut. Masih elok dalam bungkusan asalnya.


"Samalah dengan yang kat google tu...hiiiii.... esok pagi boleh buat test ni..." kataku girang sambil memeluk alat yang kecil itu.

Kak Mar tersenyum saja. Gembira dapat menunaikan janjinya barangkali.



~~~~~~~~~~~~~~~~


5 hari....

Pagi itu aku bangun seawal jam 5 pagi untuk melakukan UPT test. Suami ku masih nyenyak tidurnya di kamar. Telah ku siapkan segala kelengkapan dalam bilik air. Sebaik masuk ke bilik air, aku termenung kosong  ke satu arah dan.......

sssssssshhhhhhhhhhhh....

Aku tak sempat pun nak menadah sampel air kencing untuk test tersebut, sedar-sedar, aku dah selesai "urusan" ku......Habis semuanya telah di flush dalam toilet bowl...... T__T

"Kenapa dengan aku hari ni....? Berangan jek....Hai....nampaknya kena tunggu esok pagi la pulak..." sungutku sendirian.



Malam itu...

"Macam mana test?" Suamiku bertanya dengan senyuman penuh makna.


"Esok baru tau." Jawabku tiga patah.

"Aik?! Lamanya dapat result..... Betul ke test kit tu?"


Tanya suamiku, pelik. Tidak puas hati dengan jawapan ku, dia mencari-cari di mana test kit tersebut berada. Wajahnya berubah, suaranya mula tinggi tapi ku tahu dia tidak marah.


"Pagi tadi tak dapat buat. Masuk je bilik air terus lupa, termenung je...." Jawabku jujur.


Wajah suamiku yang tegang tadi berubah kendur.


"Hmm... tu la... Berangan lagi. Esok pagi jangan lupa lagi ya." katanya separuh memerliku... 


Aku hanya tersenyum manja, sudah faham dengan sikap suamiku.

Bersambung....

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

1 comment:

  1. alaaa....xsabar nye nak tunggu...eh nak tahu ;) ahaha nyebok lak hany ni kan...hurmmm

    ReplyDelete

Orang Suka Beri Pendapat

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers