Wednesday, February 6, 2013

Percubaan pertama menggunakan Teknik Pujian Gaya Nabi Muhammad S.A.W

Hari ini ada seorang kawan di pejabat berusaha menggunakan sistem permohonan tuntutan untuk memohon tuntutan perjalanan beliau menghadiri seminar.

Saya ber-emel dengan beliau sebab terdapat beberapa kesalahan yang perlu diperbetulkan, dan beliau telah membalas emel dan membetulkan e-borang beliau dengan sepantas kilat. Siap dia say sorry lagi.


So saya pun memuji beliau dengan ayat seperti ini:


"Tak pe...nothing to be sorry about. Saya bangga dengan Dr. sebab berusaha nak isi sendiri E-form tuntutan. Usaha Dr. ni memudahkan sesiapa saja yang bekerja dengan Dr."


Nampak tak ade sedikit kesalahan dalam susunan ayat tu?


Sepatutnya susunan teksnya seperti ini:


"Tak pe...nothing to be sorry about. Saya bangga dengan usaha Dr. mengisi sendiri E-form tuntutan. Usaha Dr. ni memudahkan sesiapa saja yang bekerja dengan Dr."


Hai...kena usaha lagi nih... Semoga beliau terdorong untuk terus menggunakan sistem ini tanpa perlu bantuan dari saya untuk mengisi dari scratch.


Sekian laporan dari kerani pejabat yang tak seberapa ni...


Wassalam...


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

No comments:

Post a Comment

Orang Suka Beri Pendapat