Assalamu'alaikum para pembaca sekelian.
Tadi time lunch gi tengok anak saya yang berbalut jari kakinya.
Dari hari Jumaat lagi kaki Amsyar dah kena macam2 sakit. Jumaat tu hujan lebat, ambik diorangdari rumah pengasuh dengan kereta. rumah saya kuarters so parking kongsi dan kereta memang tak boleh masuk parking depan rumah. so angkat Amsyar dulu, letak dalam rumah dan pi la amek Allysha. Amsyar pi selak pintu dari dalam, so saya yang kat luar rumah, dengan si kakak dan keadaan hujan ribut panik la, camne nak masuk, wat happen to him inside. Saya gegar pintu dan tendang pintu tu sambil pegang tombol pintu supaya tak terus terhempas masuk, anak saya tak lari bila nampak pintu bergegar, duk tercegat je kat situ, kuku ibu jari kakinya terkena pintu. dia nangis jap, maknye plak sambung. bawa gi klinik bila hujan reda. cuci, sapu ubat kuning then balik. darah ade lagi sikit2. letak minyak burung but2, kering terus. ingat ok la minyak tu.
Pastu hari Sabtu Amsyar main panjat2 meja dekat tingkap kat rumah. Dengar dia merengek dan terus mata saya jatuh tengok kaki dia. darah dah menceceh-ceceh kat karpet. belakang jari manis kaki yang sama dengan semalam pulak yang kena. dalam sakit tu dia lari sana sini. buh minyak burung but2 tu tak brenti gak darah keluar. Ngilu betul bila bawa gi ke bahagian kecemasan dan diorang cuci luka tu. Terkopak gak la kulit, nampak isi. (Ngilunye...eeeeeee)
Pastu nurse tu balut jela hope pendarahan nya berhenti. siap 2 kali pergi sebab bandage tercabut. Anak lelaki, tau je la da sakit pun masih nak main panjat sana sini.
Then Hari ahad (semalam) datang lagi untuk tukar dressing. Kali ni dokter ade, so bila tengok darah dia mcm tak berhenti2 keluar, diorang decide supaya jahit (Ouch! saya yang rasa perit dan ngilunya di hati dan kaki ni.) memang dalam hati dah nangis la tapi tak mo tunjuk depan amsyar. saya kena kuat depan dia. tapi pas dokter spray bius dan jahit pun, dia stil nangis. jerit kuat macam nak tercabut anak tekak.
Huhu. apakan daya saya, cuma boleh bisikkan AllahuAkbar supaya dia ingat Allah. Airmata ni ditahan je, malu gak klu nurse n dokter tengok. Amsyar kan nampak je bilik dressing tu dah takut. nangis je. Kakak plak boleh cool je dengan gayut botol susu kat mulut dan lampin di tangan, time adik nangis jerit2 tu dia boleh tepuk2 adik dia, pujuk supaya brenti nangis. Mungkin dia boleh jadi dokter bila besar nanti.
Amsyar kena 4 stitches dan baru tadi buka sendiri balutannya atas nasihat pengasuh. pengasuh anak saya kata dia pernah jaga budak yang macam amsyar gak, kena jahit, then dia bubuh minyak gamat, 2 hari je dah kering luka. semalam pun pembantu perubatan tu ada cakap, kalau bandage terbuka tapi tak ada darah, saya tak perlu risau. so tadi buka, dah tak ada darah. tapi nangis kuat la si Amsyar. Maknye dalam gigil2 pun gagahkan juga buka dan pegang kaki dia untuk dituang minyak gamat. so pasni takde la dia ligat sangat.
Seram tengok benang terkeluar2. sampai tak tergamak nak letak gambar. eeeee...ngilu tul la!
Eh baru ingat kena amek gambar untuk hubby tengok. Dia masih outstation untuk seminggu lagi...Oh Semua ini terjadi masa dia keje jauh...huhu... mampukah ku hadapi dugaan hebat ini...huhu...
Sekian untuk entri kali ni.nanti update lagi sal kaki Amsyar. Wassalam.
Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati
luka jahitan kat perut sy dulu lambat kering. then sy taruk air zam2.2,3 ari trus kering n elok.
ReplyDeleteAlhamdulillah hari ini ada staf baru balik dari haji bawa air zam2 ke pejabat. memang rezeki lah. nak bawa balik sikit untuk titik kat luka dan bagi dia and kakak minum.
Deleteterima kasih Mrs. Amad for the info.