Friday, January 4, 2013

Span dan Cermin

Seperti yang kite semue tahu, span menyerap apa saja cecair yang dituang ke atas nya... atau kalau gosok surface yang  ada kotoran berbentuk cecair, span akan serap semua.

Cermin pulak, fungsinya memantulkan imej objek yang berada di depannya.


(pic credit to FA)
Apa kaitan span dan cermin?

Atau soalan sebenar yang patut ditanyakan:
Apa kaitan span dan cermin dalam kehidupan manusia?


Manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Manusia yang berada diperingkat BAYI yang telah lahir ke dunia belajar melalui semua deria yang telah dikurniakan Allah kepadanya.

Masa ni, bayi ibarat span. Menyerap segala pelajaran yang diterima melalui penglihatan, pendengaran, pergerakan, layanan, cara ibu bapa bercakap dengannya dan semua yang berlaku di sekelilingnya. Walaupun belum memahaminya, namun dari situ bayi belajar untuk melakukan pergerakan tangan dan kaki, berguling, meniarap, merangkak, berdiri dan berjalan. Bagi ibu bapa, time ni amat mudah untuk handle anak.

Namun ibu bapa perlu ingat, pendidikan yang diberikan kepada anak-anak bukan sekadar aspek Jasmani saja, tapi juga Ruhani.


Bila bayi tadi menjadi anak kecil, dah pandai papah, berjalan dan mula pandai bercakap, waktu ni anak kecil tadi akan jadi cermin. Dia akan memantulkan segala apa yang telah dipelajarinya sebelum ini  dan dalam masa yang sama terus menjadi span, menyerap pelajaran-pelajaran baru mengikut peringkat umurnya.

pic credit to Wikipedia

Jika ibu bapa melayan anak dengan penuh kesabaran, untuk dijadikan contoh buat memupuk akhlak anak, maka anak tadi akan menunjukkan akhlak yang baik seperti yang ditunjukkan ibu bapa.


Tapi kalau ibu bapa mengamuk depan anak, baling barang bila marah, menjerit atau yang seumpamanya semasa anak tu di peringkat span, natijahnya anak tadi akan meniru perbuatan ibu bapanya dan ibu bapa akan melihat anaknya seolah-oleh cermin yang memantulkan sikapnya sebelum ini. Akan terasa lah sesalan yang menggunung kerana ketidaksabaran dalam melayan kerenah anak dulu.

Pantulan ini tak perlu tunggu lama. Sebaik anak mula memahami keadaan sekeliling dan dapat mulut, pantulan yang sangat 'menyilaukan' akan dihala terus menerus di hadapan mata ibu bapa.

Apa yang patut dilakukan kalau dah terlepas laku?

Jawapan: Taubat Nasuha dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.

Step 1: Berdoa agar anak -anak meniru perlakuan baik ibu bapa. Berdoa agar perlakuan anak-anak yang buruk dihapuskan. Berharap kepada Allah dan berdoa  dengan doa-doa ini:



رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
(Rabbi Habli min ladunka dzurriyyatan thayyibatan innaka sami’ud du’a)
Ertinya: “Wahai Rabbku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa". Al Quran Surah Aali 'Imran:38.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
(Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imama)
Ertinya: “Wahai Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” Al Quran Surah Al-Furqan:74.

(رَبِّ) اجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ
(Rabbi) ujnubni wa baniyya an na’budal ashnam)
Ertinya: “(Wahai Rabbku), jauhkanlah aku dan keturunanku dari menyembah berhala-berhala.” 
Al Quran Surah Ibrahim: 35.

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
(Rabbij ‘alni muqimash shalah wa min dzurriyyati wa taqabbal du’a)
Ertinya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” Al Quran Surah Ibrahim:40.

Step 2: Bersabar dengan sikap anak-anak dan tunjukkan apa yang betul. Nak bersabar ni, anggaplah ini ujian untuk ibu bapa, untuk tahu sama ada ibu bapa ni betul-betul nak berubah atau tidak. Insya Allah lama kelamaan, sikap buruk yang ditiru anak-anak akan hilang.

Saya mohon maaf kalau ada salah silap dalam post saya ni. Ini peringatan untuk diri saya sendiri dan harap bermanfaat bagi yang membaca.

Sekian. Wassalam.


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

No comments:

Post a Comment

Orang Suka Beri Pendapat

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers