Monday, January 7, 2013

Airmata Dato' Naib Canselor UTM untuk UTM

Perkara ini tidak selalu berlaku dalam hidup saya, melihat airmata lelaki tumpah dihadapan sekian ramai warga UTM yang menghadiri Perhimpunan Bulanan/ Penyampaian Amanat Tahun Baru 2013 yang disampaikan oleh Y.Bhg Datuk Naib Canselor UTM. Bukan sembarang lelaki, lelaki tersebut adalah pemimpin UTM sendiri, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini bin Ujang.
(Pic credit to VCUTM)

Saya tak tahulah apa yang orang lain rasa/fikir, namun saya sendiri terkesan dengan apa yang berlaku. Airmata yang tumpah bukan gimik, bukan juga untuk  mencari publisiti. Airmata kehambaan yang tumpah ketika memimpin warga UTM berdoa, menimbulkan satu rasa di hati orang-orang yang lembut hatinya.

Terasa begitu beratnya tanggungjawab dibahu seorang pemimpin yang bertekad untuk membawa UTM gemilang di mata dunia.  

Tujuan saya mengeluarkan post ini bukanlah untuk merendahkan sesiapa. Saya sendiri berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri dan berharap dapat menyumbang lebih kepada UTM dan keluarga saya sendiri.

Saya minta maaf jika ada yang tersinggung atau saya tersilap kata. Semoga mendapat manfaat.

Sekian. Wasalam.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

No comments:

Post a Comment

Orang Suka Beri Pendapat