Dah lama tak bersiaran. Maaf lah semua... Kesibukan kerja dan kehadiran Ramadhan plus Syawal menyebabkan saya tersangat sibuk dan blog ini terabai...
Sejak sebelum Ramadhan hingga dah masuk Syawal ni, masih lagi fikirkan masalah berat yang membebankan fikiran, drain semua energi yang ada, menyebabkan rasa nak tukar ke mod hibernasi je...Tak mau fikir tapi terfikir juga...
Macam tajuk kat atas tu, mana satu nak pilih - menimba Ilmu atau duduk saja di rumah dan jaga suami dan dua permata hati.
Memang nampak jelas keduanya boleh seiring, dengan syarat suami menyokong kehendak si isteri untuk menimba ilmu. Tapi bagaimana jika suami tidak menyokong?
---Kau serabut2 ni, kau dah tanye ke suami kau, boleh ke tak kau nak sambung belajar? Kau nak belajar ape?
**Aku nak ambil Sijil Bahasa Arab under APIUM. Setiap Sabtu pagi sampai petang. Belum, aku belum tanye...
---Belum tanye dah serabut nak buat pilihan. Pi lah tanye, mane tau dia sokong.
** Bersangka-sangka ni memang tak boleh pakai. Tapi aku kenal suami aku. Kami duk JB, nak berulang alik ke KL setiap minggu, tak mungkin lah suami aku nak berkorban segala bagai semata-mata nak hantar aku pi blaja. Pada dia, Sijil je. Tak perlu bersusah payah. Tapi pada aku nilai ilmu tu yang paling penting. Aku nak belajar bidang agama, dan merge kan dengan bidang matematik yang aku minati. Aku nak amik STAM pas dapat sijil tu, dan ambil Sijil Pengajian Al-Qur'an di tempat sama serentak dengan STAM. Aku tak risau soal duit sebab aku yakin rezeki setiap orang Allah dah tetapkan. Aku boleh menyimpan masa aku kerja ni...
--- Habis tu kerja kau macam mana? Nak berhenti?
**Mungkin...mungkin selepas tamat Sijil Bahasa Arab tu. Atau aku akan cari kerja lain. Insyallah...
---Kau ni gila lah. Orang nak ke depan, nak Master, nak Ph.D, kau nak Sijil. Move forward, not backward.
**Ya. Luarannya nampak macam moving backwards. Tapi macam mana nak move forward kalau foundation nya ditinggalkan? Aku nak mencari makna dalam segala ilmu yang aku pelajari selama ni. Nak amal dan sampaikan pada orang.
---Takkan kau nak abaikan anak2 kau?
**Buat masa ni, aku cuma fikir nak letak jawatan...sebagai isteri. Ini berkait juga dengan masalah2 lain yang berlaku dalam rumahtangga aku, bukan sebab nak belajar semata-mata. Jawatan sebagai ibu memang aku tak boleh lepaskan. Jawatan tu aku sandang sampai akhir hayat. Aku cuma fikir, apa aku nak bawa balik ke 'kampung akhirat' nanti...? Dengan kedangkalan ilmu, kesuntukan dan kesempitan ruang dan waktu...Apa aku nak jawab pada Allah nanti? Macam mana nak ajar anak agama, kalau intipati agama tidak difahami dan dihayati. Macam mana nak ajar anak masak, kalau diri sendiri tak pandai masak?
---Kau menyesal ke kawin? Jangan la gitu...Sayu gak aku tengok kau...tapi maaflah, aku tak ada jawapan kepada dilema kau ni...
Begitulah sedikit sebanyak monolog diri...Sungguhlah tak tahu nak buat pilihan. Kalau boleh, meletak jawatan sebagai isteri tu tak mahu dijadikan pilihan, tapi masalah yang membelenggu tak mungkin dibiarkan begitu saja. Keadaan dah pulih sikit lepas2 raya ni sebab tension dari persekitaran dah tak ada. Tengoklah macam mana nanti...
Sekian dulu.
Wassalam.
p/s: kalau bertangguh2 solat berdosa besar.Lagi besar dosa kalau meninggalkan terus solat tu. Tapi kalau bertangguh2 nak buat perkara yang Allah benci, bagus kan?
Wang RM3336.70 masih perlu direbut oleh blogger
Jadilah Top Referrer setiap bulan
jom klik
Wang Tunai RM5000 untuk Blogger
No comments:
Post a Comment
Orang Suka Beri Pendapat