Wednesday, January 18, 2012

Kemalangan Ngeri - Dekat dgn tmpt kejeku....


Kejadian ni berlaku dekat je dengan pintu belakang UTM tu semalam...sangkut lame giler kat jalan ni...seram...

berita penuh di MyMetro...klik sini


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Friday, September 2, 2011

Raya ke - 4 yang bermakna...

Assalamu,alaikum semua...


masuk hari ni dah hari ke 4 raye...dan hari ni sangat bermakna kerana hari ni juga meruakan hari lahir ku yang ke 26 tahun...


hari ni juga dah 4 hari kami sekeluarga bersama 2 orang adik suami beraya kat rumah kawan2 dan saudara mara sampai ke malam...penat memang la penat...


lagi bermakne...esok Amsyar genap 5 bulan..hehe..esok gak dah nak balik rumah..huhu...


k la...jap je wat update...nak tlg tuan rumah masak...




Wassalam...


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Wednesday, August 10, 2011

Accidentally bersiaran

 Assalamu'alaikum semua...

Bila tgk archive, last saya tulis dalam blog ni adelah pade bulan mac... terasa begitu lame tak update pape... rase malas nak berblogging lagi sebab  saya dah ade cinta hati baru...ANAK yang dah nak masuk 4 bulan...sekarang masih bertahan memerah susu walaupun kurang sikit susu banding biasa.

masih terngiang-ngiang semalam ade orang kate:
"menyesal tak pergi kursus"

teringat pada my husband yang tak jadi pergi kursus. kalau dia yang berkata begitu, it reflects on me, not doing a good job in housekeeping and making the environment tak menjadikan rumah sebagai tempat tinggal yang menyenangkan dan menenangkan.

Entahlah...

Now I'm doing practical kat SMK... bulan puasa ni dapat la balik awal skit..urus rumahtangga, urus diri...

Masak? yang segera je boleh la...mungkin di situ lah kurangnya saya, tak pandai masak (atau tak berani nak masak?)

Kenapa? sebab my husband can cook better than me... rase bersalah pula kalau bagi husband mkn masakan yang tak sedap @ tak bleh dimakan.

macam ne nak jadikan baiti jannati?

one thing I learned from what happen to me recently is that urusan anak, walaupun husband boleh tlg buatkan, jgn la pk untuk handover terus tugas tu walaupun utk attend hanya seorang anak.sebab tu tugas kite... para suami ni penat dengan banyak lagi perkara lain di luar sana. jgn tambahkan penat diorang dengan kerja-kerja di rumah pula.

Masak? since my husband only likes what he cook, jadi dia yang masak. jika diberi waktu yang cukup dan keberanian untuk mencuba,tanpa kritikn negatif, saya nak masak, ikut buku resepi pun tak pe...asalkan my husband tak perlu lagi turun ke dapur...cukup lah penat dia drive selama sejam dari tempat kerja ke rumah mak mentua, amik anak-anak, baru balik rumah.penat redah jam, geram dengan kenderaan2 yang tak reti bagi signal dan macam-macam lagi kerenah dunia yang dihadapinya di luar sana...

maaf la dah termerepek panjang... nak cerita tak tau pada siapa. jadi merepek kat sini je la... yang paham, paham la... yang tak paham, biarkan  je la...

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Friday, March 18, 2011

Khidmat Masyarakat : Laman Asnaf Permata Hatiku (LIMPAH)

(Setelah anda membaca maklumat ini, harap dapat sebar-sebarkan kepada kenalan anda agar mereka juga dapat beramal jariah seperti anda, terima kasih)

السلام عليكم


LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

LIMPAH memulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari sekitar Selangor.

Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAH kini sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.


Untuk melengkapkan sistem tarbiah, bermula Mei 2009, LIMPAH telah diamanahkan untuk mengambil alih Sekolah Maahad Tahfiz Aiqan bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang menampung pelajar seramai 55 orang yang terdiri daripada golongan miskin dan anak yatim.

Oleh itu, dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan hasrat ini. Sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah dan sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan yang layak menerima ini tanpa melalui kerenah birokrasi yang menyulitkan.

Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api Neraka walaupun dengan (bersedeqah) dengan sebiji kurma”.


Marilah kita membela orang lain, mudah-mudahan Tuhan akan membela diri kita.


BENTUK-BENTUK SUMBANGAN YANG BOLEH DIHULURKAN:


1) Wang tunai: dengan masukkan terus ke akaun Maybank Berhad atas nama;


LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (no akaun MBB: 5120-1701-4255)


2) Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat emas dan sebagainya.


3) Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya mengqadha’ puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie.


4) Menaja bahan-bahan mentah untuk makanan (basah atau kering). (RM3,000 sebulan)


5) Menaja barang-barang keperluan dapur, bilik mandi, sekolah dan sebagainya.


6) Menaja peralatan rumah dan dapur.


7) Menaja peralatan pejabat baru/terpakai.


8) Menaja anak angkat: Melalui tajaan kos perbelanjaan anak-anak yang dipilih menjadi anak angkat (RM300 seorang/sebulan).


9) Menaja sewa premis pejabat dan asrama. (RM5,000 sebulan)


10) Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, Syabas, Indah Water dan Telekom). (RM1,500 sebulan)


11) Kenderaan: van atau kereta untuk pengangkutan ke sekolah, mengambil dan menghantar barang-barang bantuan. (Pengangkutan RM2,500 sebulan)


LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya demi memastikan segala keperluan mereka ini sentiasa terbela.

Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuburkan rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi Allah, agar mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi;

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU

No. 9954, Jln BBN 1/3G, Putra Point Fasa 2A, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus

Setiap sumbangan melebihi RM500 boleh diberi resit pengecualian cukai pendapatan atas permintaan. Ruj : LHDN 01/35/42/51/179-6.5132

Cikgu Mustaffa Kamil b Ahmad (018-2183001)
Ustazah Normala bt Muhammed (013-2931490)
 
Diambil dari Laman  INI.
 
Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers