Thursday, July 15, 2010

Tanggungjawab Bertambah 2

Assalamu'alaikum para pembaca

Kesinambungan dari tajuk yang sama sebelum ni, nie update untuk arnab yang tinggal 3 ekor tu...

Dari berlima menjadi bertiga
Bila anak2 arnab tu dah besar tetiba sekor dilanda kemurungan, tak tau la sebab apa... Saya namakannya Bintang kerana ada satu spot atas kepala dia berbentuk diamond warna putih, bulu badan dia hampir hitam semua.  Dia mati...Kemudian Bobo pulak mati, mungkin kerana sedih sangat Bintang dah takde... Jadi tinggallah seekor yang saya tukar namanya dari.....(tak ingat la) kepada Barley...dan cara ibu dia menyusukan dia pun diubah dari dibaringkan kepada duduk sambil makan dalam sangkar Barley... lebih mudah...

Alhamdulillah kini Barley dah besar dan gebu! Gebu sangat geram je tengok macam nak tido peluk dia! Hahaha...Ikut spisis mak dia (kacukan) huahuahua.... 19hb ni cukuplah sebulan dia menyusu jadi bila dah putus susu nanti kena selang seli la bagi makan carrot dan dedak... tak nak jadi macam batch baby yang dulu, makan carrot sokmo sampai mati 3 ekor, tinggal 2 ekor je (abg2 Barley) yang idup sebab dah perkenalkan dedak kat diorang...

Gambar Barley takde sebab bila amek sume gambar tak jadi....huhu..next time lah ye...

Sekian dulu...Wassalam


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

No comments:

Post a Comment

Orang Suka Beri Pendapat

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers