Tuesday, April 27, 2010

Kegembiraan yang menyedihkan

Assalamu'alaikum...

Ada satu story yang saya nak story kali ni...

Hari ahad yang lalu saya bersama suami dan kawan2 suami seramai lebih kurang 15 orang pergi ke Gunung Pulai untuk mandi air terjun... sesampai di sana, rupanya kenderaan tak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut. tapi kerana pok gad tak rasmi kat situ baek (baek la sangat), dia bagi la sebijik kete masuk untuk angkut barang...so kami decide untuk bagi kete paling besar masuk... barang piknik banyak...

Kami pun bergembira lah bermandi manda kat situ sambil berpiknik, makan makanan yang masing2 bawa...dalam mandi-manda tu, monyet asek dok perhati je makanan yang kitorang bawa... ada juga yang berjaya curi... tapi tak apa lah... makanan je...

Tapi cerita ni tak habis kat sini je... kami dah berkemas nak balik. so pegi la kat kereta kawan yang sebijik je parking kat situ. Tengok cermin dah kena pecah... habis barang-barang berharga milik kawan kepada tuan punya kereta kena rembat... dengan bekas duit syiling skali  diorang ambik...

Bila turun dari tapak air terjun tu, kami dapat tau 2 buah kereta lagi dipecah cerminnya... Alhamdulillah cuma pendrive dan duit syiling yang tah brape keping je yang hilang... tapi bayangkanlah perasaan tuan punya kereta... dah la gaji belum masuk, dilanda dugaan macam tu... plus satu cap yang mahal harganya pun dirembat juga. Alhamdulillah, kereta kami suami isteri tak kena.

Memang dah terfikir sebenarnya pada masa kitorang tunggu kete kawan tu sampai kat air tejun, fikir la napa banyak sangat kaca bersepah di tempat saya berdiri sedangkan bangunan tinggal yang ada kat situ, jauh dari tempat kaca besepah tu.
(kami jalan kaki beramai, ada 3 orang je yang naik kete nak gi survey tempat tapi tersalah tempat benanya. jadi kitorang sampai dulu)
selepas mendengar cerita dari mak cik gerai kat kaki gunung tu, rupanya diorang dah ternampak budak-budak yang pecahkan kereta diorang tu. cuma kitorang tak tau kat situ hot spot pecah kete... kami juga syak pok gad tak rasmi tu turut bersubahat dengan budak2 pecah tu...

4 orang dengan moto RXZ. Apa sebenarnya yang mereka nak?


Kalau dah sekali makan benda haram, memang hati gelap terus... ye lah...dah sedap buat tak kantoi, kena tangkap pun dilepaskan macam tu aje...pastu banyak kete dah diorang pecahkan tapi tiada laporan polis dibuat, makin menjadi-jadi lah bebudak ni...


Semoga budak-budak tu ditangkap pihak polis dan dikenakan hukuman yang setimpal...

Sekian...

p/s: kepada pihak yang terlibat, kalau ada cerita yang tertinggal, harap dimaafkan.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Tuesday, April 13, 2010

Cuba-cuba lah ke dapur...

Assalamu'alaikum semua...

Hari ini saya terasa nak cerita pasal memasak...

Memasak adalah elemen penting yang perlu ada pada diri setiap wanita selain elemen lain seperti pandai memujuk, lemah lembut, pertuturan teratur dan lain-lain lagi. Walaupun wanita yang berkahwin mendapat suami, seorang tukang masak, namun, wanita juga harus pandai memasak.



Kepandaian memasak akan memberi nilai tambah yang sangat banyak kepada wanita. Bukan sahaja suami dan anak-anak ingat rasa masakan, malah air tangan si istri atau si ibu yang seikhlasnya memasak akan meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan walaupun dia telah tiada di dunia ini...


Jadi anak-anak dara diluar sana, rajin-rajinlah ke dapur membantu ibu memasak, kerana kecekapan dan kepandaian memasak bermula dari hanya membantu di dapur.

Impianku menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

Monday, April 12, 2010

Kesayuan di pagi Hari...

Assalamu'alaikum...

Haha...hari ini hari Isnin... Biasa la kalau blues je....mengenang kenangan-kenangan hujung minggu bersama suami yang amat disayangi. Rasa simpati dan sayu terpahat dalam hati ini tatkala mendengar rintihan hatinya.

"Tak dapat nak print, nak siapkan fail ni. Kertas takde..."

Bertimpa-timpa rasa bersalah di dalam hati kerana tak ingat langsung tentang perkara yang amat penting baginya, yang sepatutnya menjadi penting bagi diriku...Aku terfikir... mengapa seringkali aku memikirkan tentang diri sendiri, perasaan sendiri, keinginan sendiri... apa yang diri ini dapat... Tapi tak pernah aku fikirkan apa yang diperlukan oleh insan yang amat ku sayangi... Mengapa aku jadi begitu mementingkan diri?

Penyesalan yang tidak dapat ditebus kembali... seperti masa-masa berharga yang berlalu pergi meninggalkan diri ini dengan pekerjaan yang masih bertingkat-tingkat tingginya...

Aku perlu lebih bersungguh-sungguh dalam menjalankan ibadah yang panjang ini agar mendapat RedhaNya dan menghargai nikmat Anugerah yang diberikanNya ini...



Impianku menjadi Isteri Solehah
Merealisasikan Baiti Jannati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers