Tuesday, April 27, 2010

Kegembiraan yang menyedihkan

Assalamu'alaikum...

Ada satu story yang saya nak story kali ni...

Hari ahad yang lalu saya bersama suami dan kawan2 suami seramai lebih kurang 15 orang pergi ke Gunung Pulai untuk mandi air terjun... sesampai di sana, rupanya kenderaan tak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut. tapi kerana pok gad tak rasmi kat situ baek (baek la sangat), dia bagi la sebijik kete masuk untuk angkut barang...so kami decide untuk bagi kete paling besar masuk... barang piknik banyak...

Kami pun bergembira lah bermandi manda kat situ sambil berpiknik, makan makanan yang masing2 bawa...dalam mandi-manda tu, monyet asek dok perhati je makanan yang kitorang bawa... ada juga yang berjaya curi... tapi tak apa lah... makanan je...

Tapi cerita ni tak habis kat sini je... kami dah berkemas nak balik. so pegi la kat kereta kawan yang sebijik je parking kat situ. Tengok cermin dah kena pecah... habis barang-barang berharga milik kawan kepada tuan punya kereta kena rembat... dengan bekas duit syiling skali  diorang ambik...

Bila turun dari tapak air terjun tu, kami dapat tau 2 buah kereta lagi dipecah cerminnya... Alhamdulillah cuma pendrive dan duit syiling yang tah brape keping je yang hilang... tapi bayangkanlah perasaan tuan punya kereta... dah la gaji belum masuk, dilanda dugaan macam tu... plus satu cap yang mahal harganya pun dirembat juga. Alhamdulillah, kereta kami suami isteri tak kena.

Memang dah terfikir sebenarnya pada masa kitorang tunggu kete kawan tu sampai kat air tejun, fikir la napa banyak sangat kaca bersepah di tempat saya berdiri sedangkan bangunan tinggal yang ada kat situ, jauh dari tempat kaca besepah tu.
(kami jalan kaki beramai, ada 3 orang je yang naik kete nak gi survey tempat tapi tersalah tempat benanya. jadi kitorang sampai dulu)
selepas mendengar cerita dari mak cik gerai kat kaki gunung tu, rupanya diorang dah ternampak budak-budak yang pecahkan kereta diorang tu. cuma kitorang tak tau kat situ hot spot pecah kete... kami juga syak pok gad tak rasmi tu turut bersubahat dengan budak2 pecah tu...

4 orang dengan moto RXZ. Apa sebenarnya yang mereka nak?


Kalau dah sekali makan benda haram, memang hati gelap terus... ye lah...dah sedap buat tak kantoi, kena tangkap pun dilepaskan macam tu aje...pastu banyak kete dah diorang pecahkan tapi tiada laporan polis dibuat, makin menjadi-jadi lah bebudak ni...


Semoga budak-budak tu ditangkap pihak polis dan dikenakan hukuman yang setimpal...

Sekian...

p/s: kepada pihak yang terlibat, kalau ada cerita yang tertinggal, harap dimaafkan.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

2 comments:

  1. alhamdulillah kereta anda selamat dan tak apa2!!!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... tapi kami turut berkongsi kesedihan dengan kawan2 yang lain yang dikenakan oleh bebudak yang gelap hati tu...

    ReplyDelete

Orang Suka Beri Pendapat

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers