Friday, March 5, 2010

Lalai

Setiap hari telinga ni tak lekang dari bunyi-bunyian yang melalaikan hati, memeningkan kepala dan menyakitkan ruh, jiwa untuk sentiasa kekal dalam ibadah kepada Rabb.

Kalau sebelum ini, lagu-lagu dari negara seberang setiap hari dimainkan di WMP masing-masing, kini lagu-lagu berbentuk dance beat pula menjadi kegilaan, bukan anak-anak remaja  tetapi ibu dan bapa yang semakin hari semakin meningkat usianya dan semakin bertambah bilangan anaknya. Tempat ni dah jadi macam disko dengan beat2 yang boleh membuat orang rasa nak menari, sekaligus melalaikan hati. Tempat yang sepatutnya dihiasi dengan keindahan akhlak, telah dicemari dengan sikap mereka-mereka yang mementingkan diri sendiri.

Serasa macam nak tampal kertas bertulis “DISKO” kat pintu masuk. Kalaupun individu tersebut boring, tak boleh  nak buat kerja dalam keadaan yang senyap macam kat kubur, volume speaker tu janganlah tinggi sangat sehingga mengganggu orang lain. Lagi elok kalau guna earphone. Lagi best, personal, tak ada sesiapa yang akan tegur dengan volume kuat dan tak ganggu orang lain.

Saya assume tak ada satu pun orang yang kenal dengan saya ambil peduli dengan apa yang saya tulis disini. Ini kerana mereka tak tahu pun saya blog. Biarlah mereka tak tahu, daripada mereka tahu, dan bermusuh dengan saya kerana luahan saya di sini. Bukan untuk mengaibkan atau memarahi sesiapa, sekadar luahan di angin lalu... 

Monday, January 4, 2010

Sunyi lagi...

Dengan tiba-tiba kesunyian begitu mencengkam dijiwa, melunturkan semangat yang tadinya berkobar-kobar dalam jiwa... sejak pagi tadi semangat ku membarauntuk melakukan apa yang aku ingin lakukan... mungkin kerana terlalu lama menagguhkan pelaksanaan semangat, maka dah tiba masanya semangat itu luntur dengan sendirinya...

Sunyi bila mengingatkan tiada sesiapa yang menanti di rumah apa bila pulang dari kerja nanti...namun aku tak boleh berfikir begitu dan redha dengan ketentuan yang telah ditentukan Allah untukku.

Redha dengan qadha dan qadarNya... dan yakin lah... Allah tak pernah meninggalkan kita terumbang-ambing dalam gelora dunia. Kerana Dia menyayangi kita... yang penting, kuatkan semangat.... Kekuatan fizikal semata-mata tidak bermakna tanpa adanya semangat untuk melakukan pekerjaan yang perlu dikerjakan, dan melaksanakan tanggungjawab yang akan ditanya di akhirat kelak... takut sungguh bila mengingatkan perkara-perkara yang akan di soal di sana kelak kerana ku sedar, banyak lagi tanggungjawab yang belum dilaksanakan...

Masa yang telah berlalu tidak dapat dipanggil, diseru kembali... juga tak dapat diganti.... hanya boleh fikirkan cara untuk menebus kembali tanggungjawab yang telah ditinggalkan... Bersemangatlah...

Lalui hari-hari mendatang dengan penuh dedikasi... Jangan pedulikan mainan perasaan...

Detik demi detik semakin berlalu... aku tak mahu membuang masa lagi... Jadi cukuplah sampai disini coretan ini...

Allahu Akbar!

Wednesday, November 11, 2009

Anakku....

Assalamu'alaikum pembaca sekelaian...

Kali ini entri saya berkisar mengenai pengalaman saya mengandungkan anak sulung... Walaupun cuma 2 bulan setengah, tapi kenangan itu meniggalkan kesan yang mendalam di hati saya...

Setelah 6 bulan berkahwin, saya disahkan mengandung... Alhamdulillah... Anugerah yang Allah beri tidak ternilai... yang datang bersama sebuah kereta yang masih lagi suami dan saya gunakan hingga hari ini... memang kereta tu rezeki anak yang tak sempat ditiupkan roh itu...

Pada beberapa hari pertama saya dapati haid lewat, saya begitu excited untuk mengetahui sama ada saya mengandung atau tidak. walaupun saya cuba bersabar untuk sebulan, tapi sukar sekali hinggakan saya mendesak suami menemani saya ke klinik untuk check selepas 10 hari lewat datang haid. Saya begitu gembira bila disahkan mengandung. Peristiwa ini terjadi pada bulan Ramadhan tahun lepas.

Selepas itu, saya jadi mudah penat dan tak boleh nak aktif seperti dulu. tapi hobby mase tu dah bertukar... Saya jadi suka mengemas rumah. Jadinya, rumah tu saya kemas habis-habisan tanpa memikirkan benih yang sedang bercambah dalam rahim..

Ternyata kegembiraan tersebut tidak lama. Baru beberapa hari dapat tahu, saya mendapati ada staining/spotting pada pakaian dalam. Saya segera berjumpa doktor dan disahkan mengalami Threaten Abortion (saya lebih suka menggunakan perkataan Miscarriage) iaitu diancam keguguran. jadi selama satu malam ditahan di wad hospital.

Itulah kali pertama kami terpaksa berpisah sementara memandangkan doktor masih mahu mengambil beberapa sampel dan memantau keadaan saya. Walaupun hanya satu malam, saya menangis tak berhenti kerana rindukan suami. Tak biasa tidur tanpa suami disisi. Keesokan harinya, suami saya datang dengan ibu saya.dan saya dibenarkan keluar.

Staining tu masih ada lagi bila tiba hari raya. Walaupun tidak digalakkan saya berjalan jauh, tetapi kerana rancangan yang telah dirancang sejak dulu, saya pulang ke kampung suami di Kelantan. Kenduri Kesyukuran kerana menerima menantu berjaya diharungi. Cumanya saya hanya boleh makan telur dan sambal. Apa-apa selain tu, saya akan muntahkan semula.

Setelah pulang ke rumah di JB, selera makan saya jadi merepek... saya sering terasa nak makan fast food. KFC, McD, Pizza, Mana lagi yang saya tak mahu, semuanya saya mahu.

Malam tu saya terasa sakit sangat perut, rasa macam senggugut. saya tahankan saja dan tidur awal. Jam 1 pagi, suami saya mengejutkan saya untuk mengajak saya makan roti canai yang saya nak. Itulah makanan yang terakhir yang saya dapat makan sebelum saya keguguran.

Darah berketul-ketul besar keluar, paginya pula keluar ketulan daging (kantung saja) dan saya dibawa ke hospital, dan ditahan diwad selama 1 malam. Saya simpan hampir semua yang keluar untuk didiagnos oleh doktor. Memandangkan ada lagi sisa daging yang terlekat di dinding rahim, saya perlu menjalani D&C pada 20 Oktober 2008. Daging yang keluar, saya cuci dan bungkus denngan kain putih dan ditanam.

Kini setelah lebih setahun, saya masih terkenangkan salah silap saya semasa saya mengandung dahulu agar tidak mengulangi kesalahan yang sama dan berharap pada Allah mengurniakan zuriat buat suami.

Amin...

Zuriatku yang diam di .........

Thursday, August 13, 2009

Keboringan yang....

Dairi hari ini...

Assalamu'alaikum semua...

Hari ini terasa bagai lambat sangat berlalu... Hari paling panjang dalam hidup ni... tak sabar rasanya nak balik.

Tapi yang penting, betapa tersedarnya hati ini kesepian dan terasa segalanya tiada makna... bermula subuh, pegi kerja, buat kerja, balik kerja, rehat, tgk tv, tidur semula... hari-hari macam tu... nak masak pun macam tak ada semangat. makan pun tak tentu. kalau selera, makan. tapi selalunya sebu terasa di perut ni.

Kadang-kala terfikir... untuk apa buat semua ini. atau untuk siapa? bila banyak kerja kita merungut. rasa penat dan macam2 lagi.... bila tak ada kerja (atau malas nak buat kerja) kita merungut juga... rasa tak ada apa nak buat (padahal, banyak lagi kerja bermanfaat yang boleh dibuat.)

Entahlah... luah pada mana2 manusia pun takkan ada yang boleh pulihkan keadaan hidup ni (macam buat magic, just kate "pling", semuanya ok). Yang boleh dilakukan hanya beri nasihat. itupun terpulang kepada yang diberi nasihat sama ada nak terima dan ikut atau masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

keluhan ni bukan maksudkan sesiapa... kadang-kadang diri sendiri rasa menyampah dengan keluhan ni tapi... lebih teruk sebenarnya kalau mengeluh kat orang lain. bagaimana pula pandangan mereka terhadap kita...

Bila fkirkan macam ni... tiba-tiba rasa bersemangat semula... tak boleh mengalah dan mengeluh hanya kerana sedikit kepenatan... bukan ke kita ni hidup dengan susah payah, Allah yang meringankan dan memudahkan kita hidup di dunia ini...

HMM... bersemangat semula...

Alhamdulillah...

Ok lah... cukuplah dulu... nak buka mymetro jap... dengar berita Ustaz Asri meninggal dunia.
Innalillahi wa innailaihi roji'un. Semoga Allah tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman...

Wassalam..
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers