Monday, July 16, 2012

Definisi CIntaku



Cinta bagiku
Harus melepaskan si dia bebas

Bebas menjadi diri sendiri

Tanpa perlu di bentuk menjadi seperti yang diingini

Hanya bimbingan yang perlu diberikan andai tersasar dari landasan kebenaran

Bukan arahan

Bukan kemarahan

Bukan hinaan



Cinta bagiku


Harus melepaskan si dia bebas

Bebas mencapai impian sendiri

Melakukan segala yang disukai

Bukan untuk menjadi kebanggaan orang lain

Bukan kerana pangkat dan harta

Hanya untuk kepuasan diri

Hanya untuk mendapat Redha Illahi



Cinta bagiku

Harus melepaskan si dia bebas

Bebas untuk pergi ke mana saja dia ingin pergi

Tanpa di hadkan ruang lingkup tempat dan jarak yang dibenarkan

Tanpa perlu dibataskan pergerakan

Kerana dia pasti tahu had dan batas kebebasan yang dibenarkan





Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

No comments:

Post a Comment

Orang Suka Beri Pendapat