Friday, July 20, 2012

Lembayung Ramadhan - Semanis Kurma TV9

Assalamu'alaikum...

Semalam rancangan yang ditunggu-tunggu pun muncul, tapi bukan lah tajuk sepertimana yang diwar-warkan minggu lepas iaitu Skandal di Tempat Kerja, tapi mengikut tema bulan yang akan datang lepas maghrib nanti iaitu  Lembayung Ramadhan.



Sesungguhnya Madrasah Ramadhan inilah menjadi medan kita bermuhasabah diri, memperbaiki amalan wajib dan memperbanyak amalan sunat seperti tadarus Al-Quran. Solat Tarawih juga merupakan solat yang istimewa kerana hanya dilakukan dalam bulan Ramadhan sahaja.

Paling seronok adalah Qiyamullail, melakukan solat sunat tahajjud, istikharah, berzikir....

Bagi ibu2 beranak kecil yang menyusu badan,  berdoalah semoga Allah mempermudahkan anda untuk qiyamullail, beribadah dengan khusyu' tanpa perlu mendengar tangisan anak yang terbangun di tengah malam. Ingatan ini juga buat saya yang beranak kecil, yang bangun di tengah malam minta susu. Ibu dengan anak yang menyusu badan ni, biasanya bonding mereka memang kuat, dan kalau anak dah biasa tidur sebelah ibu, bila ibu tiada di sebelah, bingkas anak bangun cari ibu. Banyakkan berdoa agar dipermudah urusan ibadah kita.

Harap maafkan salah silap saya sepanjang saya menulis di blog ini.

Selamat Berpuasa. Marhaban, Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan.

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

1 comment:

  1. salam, kak

    maaf lewat dni reply... jam 3-5 tadi dni ada cuba reply tapi sebab guna henpon so tak sure dah masuk x komen dni tadi.. dni komen skali lagi... ni baru guna laptop.. busy hari ni dni keje sampai 5petang...


    akak bole ke link ni--> http://www.cosway.com.my/product/health/nn_goats%20milk%20tablets.htm


    kunyah je kak.. bole terus ke cosway, tanya mereka mengenai tablet susu kambing tu.. dni tak pakar sangat dalam hal ni :) cuma yang pasti, chewable, sedap, makan 5-10biji... maybe lebih pun tak apa sebab macam susu juga...

    ReplyDelete

Orang Suka Beri Pendapat