Friday, July 13, 2012

Pasangan Berat Tulang - Semanis Kurma TV9

Assalamua'alaikum...


Siapa lah yang akan menjawab salam ku ini.

Blog ku ni ada pembaca ke?


Mood sekarang: Blur blur...


Di medan perang yang tiada kesudahan. Satu saja cara untuk menguatkan benteng pertahanan, iaitu kembali berpaut pada tali Allah yang kukuh.

Malam tadi berMahabbah bersama Semanis Kurma di TV9. Tajuknya menarik...


"Pasangan Berat Tulang"


Idealnya jawapan yang diberi, dalam rumahtangga, segalanya harus dikongsi.

Berkongsi tanggungjawab, tutur kata mesti yang terbaik, baru harmoni rumahtangga.

Realitinya, walaupun bukan semua,

Lelaki yang pandai serba serbi pun nak merasa jadi mcm lelaki sejati, balik rumah tak perlu buat apa2, semua isteri dah sediakan.

Bukan berat tulang, mungkin sekadar reward sebab dah penat bekerja.


Penat:


Lelaki - Tempat kerja jauh, keluar awal pagi, balik lewat petang, kadang-kadang maghrib. So penat drive, balik dah taknak buat apa2.


Perempuan - Biasanya tempat kerja dekat dengan tempat tinggal, keluar waktu Syuruk, balik waktu Asar. Sampai rumah ada kerja rumah menanti, angkat baju, masak, urus makan pakai tidur anak. takkan selesai sehingga semua dah tidur, biasanya 12 tgh malam.


Bukan merungut, tapi inilah realitinya. Yang membezakan keduanya cuma satu iaitu


~           KESABARAN          ~

Inilah satu kelebihan Allah beri pada Perempuan dengan syarat, sentiasa dekat denganNya.

Semanis Kurma minggu depan: SKANDAL DI TEMPAT KERJA


Pang!

Memang tajuk yang panas. Mesti tonton minggu depan.

Menambah ilmu untuk mengelakkannya, dan menasihatkan rakan2 jika ada yang terjebak.

Semoga Allah menghapuskan kejahilan dalam diriku. Amin.

Wassalam.






Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

2 comments:

  1. tajuk mlm td tuh best...ape2 pun...Alhamdulillah...nieyl ngan en.husband same2 ringan tulang...:)

    tajuk minggu depan..bestttt tuuhhh...=)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Nieyl... Syukuri kekurangan dan kelebihan dia.

    ReplyDelete

Orang Suka Beri Pendapat