Wednesday, July 18, 2012

Mimpi: Adakah Mainan Tidur Semata?

Assalamu'alaikum...


Malam tadi saya telah terbangun pada jam 4 pagi dikejutkan oleh bunyi anak sulung memanggil saya dan minta 'tutu'. Sesudah dibuatkan susu, saya tidur semula.


Dan saya bermimpi.


Saya ada di dalam sebuah mansion yang besar, saya berdiri di tangga bentuk melengkung dan boleh lihat ke aras bawah. Saya lihat biri-biri, kambing tertambat pada tingkap berdekatan dengan pintu keluar. kemudian satu demi satu dibawa keluar untuk disembelih (saya tahu dalam hati masa dalam mimpi tu, haiwan tu sume nak kena sembelih sebab nampak sorang ustaz bersama beberapa orang  bawa haiwan keluar. Dahla ustaz tu pun saya kenal.Huhu..)







Kemudian saya nampak Ustaz tu bawa anak kedua saya, exactly pakai baju tidur malam tadi keluar, saya seolah2 tahu anak saya nak kena sembelih, saya nak menjerit tapi tak terkeluar, macam mulut terkunci.


saya kejar ustaz tu dan orang2 yang bersama dengannya. saya sampai je tgk anak saya dah kena sembelih, saya terkaku kat tempat saya berdiri, dia nangis tapi tak kuat, diperhatikan oleh sekumpulan remaja perempuan yang ketawa tengok anak saya nangis.


Hati sedih, kemudian saya lari cari suami saya. saya cari di setiap dewan yang ada kat mansion tu, Akhirnya saya jumpa dia dalam keadaan mengantuk kat tengah2 dewan dengan kawan yang terlentok kt sebelah dia. saya marah dia sesungguh hati, sekuat-kuat suara.


" Dalam banyak2 haiwan yang ada kenapa abang bagi anak kita untuk di sembelih?! Orang lain sembelih kambing, sembelih lembu, tapi abang biar anak kena sembelih. Kenapa?!


Pastu saya tersedar. Saya minta henpon suami sebab tak nampak jam dinding.


Pukul 4.48 pagi.


Ada tafsiran ke?


Atau sekadar mainan tidur?


Jangan biarkan hidup anda diselubungi....MISTERI.......


Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

No comments:

Post a Comment

Orang Suka Beri Pendapat