Assalamu'alaikum pembaca sekelian...
Sejak akhir-akhir ni asek entri GA je... nanti nak sapu-sapu sikit blog ni bagi kemas bersih supaya GA-GA yang dijoin hanya boleh dilihat bila mahu sahaja a.k.a dalam tab lain.
Kali ni nak cerita pasal exam. YA... Exam...
Pagi tadi gi exam elaun kewangan atau nama penuhnya Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK). Secara mudahnya, tujuan exam ni adalah untuk naik elaun BITK sedia ada, dari RM40 ke RM80 sebulan.
Ini kali ketiga saya jawab exam ni walaupun ini tahun ke-4 saya kerja. Tahun lepas nama saya tercicir disebabkan cuti panjang bersambung-sambung.
Soalannya...Ya Rabbi... memang la teramat tak dijangka. Baca yang itu, sekali keluar yang ini. Banyak soalan tentang aset kali ini. Harap-harapnya boleh la lulus sebab peratus kelulusan adalah 70% ke atas. Statistik menunjukkan (ceh dah bunyi cam Jabatan Perangkaan la pulak) tahun lepas hanya 3.32% sahaja yang lulus dari 991 orang dari IPTA seluruh Malaysia yang menduduki peperiksaan ini.
Haaaaa.......bak kata kawan saya. takpe...Inikan acara tahunan. Dia pun tak tahu dah berapa kali amik exam.
Haru!
p/s: Doakan saya lulus. Amin.
Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati
hehe sy pun amik confirm yek peratus tuk lulus 70% ke atas,aiseh sy dh congak2 dh mn yg tak konfidem jwb....
ReplyDeleteorang yang bagitau ni pun salah seorang penulis soalan exam.
ReplyDeletetak boleh salah lebih dari 12 soalan. Saya doakan semoga awak lulus!