Surah ini sangat memberi kesan kepada hati saya kerana masalah yang dihadapi kini. Mari kita lihat makna Surah Al-Insyirah Ayat 1-8:
credit: Perkim
Terjemahan
AL-INSYIRAH Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). |
Ayat 5 dan 6 membuatkan saya mengalirkan airmata. Betapa saya terlupa ayat ini setiap kali menghadapi kesukaran dalam hidup. Diikuti dengan ayat 7 yang memberi semangat dan ayat 8 yang memujuk hati supaya bergantung harap dan meminta hanya kepada Allah.
Itu Interpretasi semasa baca surah ini 21 Disember.
Alhamdulillah interpretasi ini diperbaiki dan diperkukuhkan lagi tengah hari tadi selepas mendengar radio IKIM, perkongsian bersama Prof. Dr. Muhaya. Dalam perkongsiannya dia ada menyatakan bahawa untuk menjadikan pekerjaan kita lebih bermakna, anggapkan pekerjaan kita tu ladang Pahala (Prof. petik dari kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi).
Setelah selesai mendengar perkongsian, saya beri masa kepada diri sendiri untuk menganalisa apa yang telah didengar sambil-sambil melaksanakan tugas surirumah (masa tu saya baru sampai dirumah time lunch break). Saya menambah sendiri apa yang Prof. cakap:
"Jadikan rumah tempat tinggalmu dan rumahtangga mu sebagai ladang Pahala. Setiap satu pekerjaanmu ibarat mengutip pahala. Kiraannya biar Allah saja yang nilaikan."
Yang bestnye, kerja semua jadi ringan je bila niat dan fikir begitu. Kemudian sambil-sambil menjemur pakaian, saya teringat Surah Al- Insyirah ayat 7:
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Inilah yang dimaksudkan dalam ayat 7. Bila saya anggap saya sedang mengutip pahala dalam setiap helai pakaian yang dijemur, dalam setiap peralatan yang saya bersihkan, saya sebenarnya sedang melaksanakan apa yang disebut dalam ayat ini. lepas jemur sehelai, saya jemur lagi sehelai. Lepas bersihkan satu perkakas, saya bersihkan lagi satu perkakas. Kebersihan kan adalah sebahagian dari Iman. Subhanallah. Nampak tak perkaitannya?
Kemudian, semasa saya membasuh bekas tempat letak botol susu anak, saya teringat Prof. ada sebut:
Setiap apa yang berlaku dalam hidup ni adalah UJIAN. Jangan anggap sesuatu itu balasan atau ganjaran sebab semua tu akan dihitung di Mahsyar nanti.
Ujian bukan dalam bentuk kesusahan saja malah kesenangan. Mungkin senang dari segi duit, tapi hati tak senang. Saya teringat makna ayat 5 dan 6:
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
TIAP-TIAP kesukaran DISERTAI kemudahan
bukan
selepas kesukaran baru datang kemudahan.
Maknanya, kalau satu part kita buat tu kita rasa sukar, Allah datangkan kemudahan pada part lain. Dengan syarat kita SABAR.
Contoh la eh...kita niat nak bersihkan rumah tapi selalunya anak-anak sukar nak kawal. Satu hari tu kita betul-betul berazam dan kita bersihkan rumah. Terasa susah sangat bagi orang yang tak tahan habuk dan kotoran seperti saya ni. Tetiba hari tu tengok anak-anak beri kerjasama dan senang nak control, tak lah melompat sana sini like they use to be.
Alhamdulillah. See? Ayat 5 dan 6 sangat benar.
Ini catatan buat saya supaya saya tak lupa. Perkongsian untuk semua dan minta maaf Ustaz Ustazah kalau ada kesilapan saya dalam interpretasi saya. Saya ingin mengaplikasikan dalam hidup saya. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. And thanks to Prof. atas perkongsian yang sangat memberi inspirasi.
Sekian. Wassalam.
Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati
No comments:
Post a Comment
Orang Suka Beri Pendapat