Semalam pergi Rengit. Ada beberapa barang nak cari dan semestinya, salah satu daripada barang tu adalah
MESIN JAHIT
Kegilaan dan minat menjahit makin menjadi-jadi. dipendam je dalam hati kerana kekangan masa.
Hari sebelumnya tu berdoa agar dipermudahkan jumpa apa yang dicari kat Rengit. Plannya nak pergi hari Selasa (kan cuti), sepatutnya semalam pergi Melaka. Tup tup tukar plan. Selasa plak pergi Melaka. So semalam target tercapai.
Memperkenalkan:
Mesin Jahit Singer 2nd Hand
Nampak tak model number nya?
Model 6318 C
Made in Brazil tu
Harganya RM250. Boleh jahit macam2 corak gak. TAPI belum pape lagi dah tak reti nak keluarkan Bobbin Case dia tu. Hahahaha... Belum lagi jahitan fancy2 tu...
Tulah kurengnye beli mesin jahit 2nd hand ni. Tak ada manual nak bantu. (cakap je la tak reti guna mesin jahit...hahahah...)
Kalau nak manual, kena beli dari Singer. USD15. darab la 3. huhu...cari kat Malaysia sudah...
Takpe...nanti cari kedai singer, bawak gi sana...tanya semua yang nak tanye.(Ade ke orang nak layan?)
Haha...projek pertama dengan mesin jahit ni....adelah....hehe...
TUNGGU..........
p/s: ada sesiapa yang ada guna Model yang sama @ lebih kurang sama dengan model ni? Saya perlukan bantuan, kalau dapat la emelkan manual mesin jahit.Huhu...
Membina Baiti Jannati
No comments:
Post a Comment
Orang Suka Beri Pendapat