Petang semalam saya ikuti Public Lecture yang di sampaikan oleh Shaykh Ahmad Muhammad Saad Al-Syafi'e Al-Azhari Al-Hasani
At first memang lost, tak tau hujung pangkal bila dia start beri ceramah. Then pick up slowly dan catat beberapa perkara yang difahami antaranya:
Kegagalan umat zaman sekarang adalah kerana:
1. Globalisasi telah menyebabkan anak-anak zaman sekarang lebih mudah berkomunikasi dan mendapatkan maklumat, justeru mereka tends to turn to the internet instead of teachers or scholars to ask.
2. Kata-kata para ilmuan tak di dengari dan diambil kira lagi.
Dari Hadith Jibril ini juga diambil pengajaran tentang adab menuntut Ilmu:
Dari ‘Umar radiyallahu ‘anh juga, katanya: Pada suatu hari sedang kami duduk di sisi Rasulullah sallahu’alaihi wasallam tiba-tiba dating kepada kami seorang lelaki yang bersangatan putih kainnya, bersangatan hitam rambutnya, tidaklah kelihatan diatasnya tanda-tanda orang yang sedang dalam perjalanan, dan tidak seorang pun daripada kami yang mengenalinya sehingga ia duduk berdekatan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam lalu ia menyandarkan dua lututnya kepada dua lutut Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan meletakkan kedua telapak tangannya ke atas dua paha Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
......
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Dalam mencari dan mendapatkan Ilmu, ada beberapa perkara yang harus dipatuhi dan diambil kira antaranya:
Adab dengan guru
Adab bertanya
Adab menjawab pertanyaan
Etiket merangkumi cara duduk, eye contact, listening dll
Suasana pembelajaran (environment)
Kerana Ilmu bukan sekadar menyampaikan informasi atau memindahkan informasi ke dalam otak untuk di proses.
(Teringat ceramah yang saya dengar dalam segmen Pendidikan di radio IKIM.fm - Ilmu itu ada Ruhnya, jadi nak menyampaikannya juga perlu melalui hati (dari hati ke hati)).
Break kejap. Kita baca profile Tuan Shaykh Ahmad Muhammad Saad
Klik gambar untuk baca
Tuan Shaykh juga ada menerangkan ayat al-Quran:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].
Beliau sangat menekankan bukti dan rujukan bagi setiap perkataan yang disampaikan. (Ini sama lah macam tulis tesis, rujukan pengetahuan tu mesti ada.) Sebab zaman sekarang ramai yang mudah menerima maklumat dari rakan-rakan Facebook atau Twitter tanpa menyemak kesahihan maklumat tersebut.
"Retreat before Retweet"
Last part hadis Jibril yang dikupas oleh Tuan Shaykh:
Akhirnya ia berkata (meneruskan pertanyaannya lagi): Maka khabarkan kepadaku darihal hari Qiamat. Rasulullah menjawab: Tidaklah yang datang daripadanya lebih tahu daripada orang yang bertanya. Kalau begitu, katanya, khabarkan kepadaku dari tanda-tandanya sahaja. Rasulullah menjawab: Tanda-tandanya itu ialah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan engkau lihat orang-orang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, penggembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan.
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Sebab tu zaman sekarang semuanya dah terbalik. Penipu dipercayai, yang jujur dikata penipu.
Final Note: Etiquette over Knowledge. Kebijaksaan (Wisdom) adalah gabungan antara Etika dan Pengetahuan. Pengetahuan tidak bermakna tanpa etika (Adab).
Harap sesiapa yang menghadiri sesi perkongsian ilmu ini dapat menambah mana-mana yang kurang, membetulkan mana-mana yang silap. Takut juga sebab ramai Ustaz Ustazah yang hadir dalam sesi tu.
Mohon Maaf Salah dan Silap
Sekian. Wassalam.
Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati
No comments:
Post a Comment
Orang Suka Beri Pendapat