Monday, December 6, 2010

Segala sesuatu bermula dengan Niat | Episod 3

Wuwaaaaah....

Aku menguap sebaik bangun dari lena... teringat hajat yang tidak kesampaian semalam. terus ku ke bilik air dan berniat dalam hati agar aku berjaya tadah sampel dan buat test tu...


Jam baru menunjukkan pukul 5.01 pagi.... Aku melangkah masuk ke bilik air dan terus mencapai bekas yang telah ku sediakan dari kelmarin lagi.......


"Hmm...dapat sampel." bisik hatiku.


Ku letakkan saja di tepi dan membersihkan diri ku dahulu sebelum ku capai test kit yang kuletakkan di atas para dalam bilik air.Setelah keluar dari bilik air, dengan perlahan ku ambil beberapa titik sampel yang telah ku tadah tadi menggunakan penyedut yang disediakan.


Setitis.....


Dua titis....


"Tak de pape pun..." bisikku perlahan.


Kemudian mata ku terfokus pada bahagian dalam test kit tersebut. Ku lihat seolah-olah air sedang merebak naik ke atas kertas yang ada dalam test kit itu.


"Oh...mcm kertas litmus, kena tunggu serap dulu..." kataku dalam hati.


Ku titiskan lagi beberapa titis sampel.


"Hmmm?!"


Ku lihat ada satu jalur saja.... tapi... tunggu... ada lagi satu jalur mula kelihatan. Walaupun samar-samar tapi ada.


"Alhamdulillah.....ada..."


~~~~~~~~~~~~~~~

6.00 pagi

"Kok kok kok KOK!!!!"

Jam loceng KFC yang diletakkan di sudut ruang tamu berbunyi mengejutkan suamiku dari tidur. Air yang ku jerang tadi telah cukup panas untuk dibuat air mandi untuknya...

Kelihatan suamiku muncul di dapur dan terus bertanyakan soalan cepu emas yang tak terjawab semalam.

"Dah buat test?"

"Dah" jawabku ringkas

"Keputusannya?"

Aku tersenyum lebar dan menghulurkan test kit tersebut kepada suamiku.

"Alhamdulillah....." terus aku dirangkul dan dihadiahkan satu ciuman dipipi sebelum dia berlalu meninggalkanku untuk masuk ke bilik air.

Terpinga-pinga sekejap diperlakukan begitu namun ku tetap gembira menjalankan rutin harianku menyiapkan kopi buat suami ku.


Di pejabat.....

Tak tertahan rasanya gembira dihati ini. Rasanya nak senyum sepanjang hari tapi nanti aku dikata gila pula...

Tak mungkin juga aku menghebahkannya pada semua. Hanya orang tertentu saja yang tahu.

Kak Mar menjenguk meja kerjaku dan bertanya tentang test yang sepatutnya aku buat.

"Dah buat test?"

"Dah" jawabku ringkas walaupun hatiku berbunga riang sebenarnya bila ditanya soalan begitu...

"Macam mana?" tanya Kak Mar tidak sabar.

"Alhamdulillah...dua line" jawabku sambil terseyum lebar menampakkan gigi....

~~~~~~~~~~~~~~~

Sweet September

"Ya Allah...apa ni?!"

Ku terlihat tompok-tompok perang.

"Takkan nak jadi lagi...huhu...."

Degup jantungku kian kencang. Risau. Namun sedaya upaya ku tahan dan cuba bersabar. Ku telefon ibu angkatku untuk meminta nasihat dan sokongan.

Walaupun cuma tompok perang tapi aku harus berjaga-jaga. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Keguguran lalu cukup buat aku serik dan lebih menjaga diri. Ibu angkatku menasihatkan agar aku perlahankan kelajuanku berjalan kaki, berdoalah sebanyak-banyaknya agar diri dan anak dalam kandungan diselamatkan di dunia dan di akhirat.

Aku menelefon suamiku dan dia terus bergegas ke tempat kerjaku. Aku memohon untuk keluar dua jam dan terus ke klinik panel memandangkan waktu kerja ku sudah hampir tamat.

Bersambung.....

Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati

2 comments:

  1. bila nak sampai episod 4 ni... ;)

    ReplyDelete
  2. kesian kak yong tertunggu-tunggu...tertanya-tanya...
    nanti la bila mood menulis datang, saya sambung...

    Coming Soon...tungguuuuuuuu......

    ReplyDelete

Orang Suka Beri Pendapat

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers