Hari ni saya blogwalking ke blog mama zharfan dan ade penerangan yang lebih baik untuk isu tudung yang berbutang dibelakang. Jadi saya copy paste penerangan tersebut tanpa apa-apa perubahan. Saya go directly to the source yang mama zharfan bagi iaitu blog Ustaz Love.
(baca n3:Same kan? )
Haram Tudung Berbutang
Salam...
Dah beberapa hari Ustaz Love tangguhkan jawapan untuk persoalan mama zharfan... Bukan sebab terlupa tapi sbb Ustaz Love kena dulukan jawapan orang lain yang terlebih dulu bertanya... kiranya ikut queue.. hehe...
Kali ni persoalannya adalah berkaitan dengan tudung (bukan tudung saji atau tudung periuk).. tapi tudung ekspress... maaf... sebenarnya tudung la... yg pempuan pakai kat kepala tu... berbelit2 plak nak menerangkan perkara yg mudah...
Menurut satu entry yg ditulis oleh seorang blogger, pemakaian tudung berbutang di belakang adalah haram.. kerana menyerupai tudung paderi kristian... aikk.. paderi pakai kopiah le.. maksud Ustaz Love, paderi pempuan tu.. org panggil apa ye? Sister ke.. lebih kurang la.. beliau juga mendatangkan hujjah hadis "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia tergolong dalam kaum tersebut"...
Pada pandangan Ustaz Love, kita tak boleh mudah2 menjatuhkan hukum berdasarkan satu dua hadis atau dalil yyg kita pelajari... Kerana kita bukan ahlinya yang mampu untuk mengistinbat (kaedah mengeluarkan hukum) hukum...
Jika kita lihat di sekeliling, banyak lagi pakaian2 yg menyerupai kaum yahudi dan nasrani.. jubah hitam yg dipakai oleh imam, bukankah menyerupai jubah paderi kristian dan rabbi (sebut rabai) Yahudi? T-shirt juga adalah ciptaan orang bukan Islam... Jeans... kasut dsb...
Sbb itu, kita kena memahami isu berkaitan perkara harus ni... berpakaian adalah harus... tak semestinya nak ikut sunnah, kena berjubah berserban... pakai baju menutup aurat pun dah dikira menegakkan sunnah... soal bentuk, gaya, material kain dsb tak ditentukan sebagai punca kesesatan atau punca yg boleh menyebabkan kita dimasukkan dalam kumpulan2 sesat tersebut...
Pokoknya (dah macam bahasa indon plak.. hehe) pemahaman tentang aurat itu sendiri... Jika memahami kaedah menutup aurat dengan betul dan sempurna, tak kira la nak butang kat belakang ke, butang kat dahi ke.. kat mana sekalipun... maka dikira telah menutup aurat dengan sempurna..
Jangan plak tudung takde butang, tapi terdedah plak dada... pun tak sempurna gak...
Kalau dengan berbutang di belakang itu, menyerlahkan bentuk leher wanita, maka ianya adalah haram disebabkan menampakkan susuk aurat yg perlu ditutup... bukanlah sebab ianya pakaian paderi kristian...
Cuma.... untuk mengelakkan fitnah, terutama jika sesuatu jenis pakaian itu melambangkan kumpulan yg sesat (spt pakaian ada duri2 kat bahu mcm kumpulan black mental) maka wajarlah dijauhi... Supaya kita tak terpalit dengan fitnah yg mengatakan kita seorang yg mental pengikut ajaran sesat black metal akibat berpakaian sebegitu...
Suatu ketika, ulamak2 di Benua Keling (masa tu belum berpecah lagi kepada India, Pakistan dan Bangladesh) mengharamkan pakaian seluar jeans.. sbb masa tu, jeans hanya dipakai oleh koboi2 Amerika.. namun, apabila ianya telah meluas dipakai di kalangan manusia tak kira muslim mahupun non-muslim (Ustaz Ustazah pun dah ramai yg pakai jeans), maka fatwa pengharaman itu ditarik balik...
WA
Sekian dulu, Wassalam
Impianku Menjadi Isteri Solehah
Membina Baiti Jannati
tq tq for da info
ReplyDeleteaku pun mula2 tue terfikir..masa aku mula2 jumpa pasal benda nie.aku diskus kosong2 ngan member kat kedai laksa member gak..saje nak adakan topik.Tapi kitaowg tak amik serius pun.sbb yg paling penting tutup aurat.
ReplyDeletemenutup aurat pun ada perkara2 lain g perlu kita patuhi kan.
ReplyDeletesi biskut: terpulang pada penilaian masing2 terhadap isu ini. tapi for me, me tak leh nak tak ambilkisah sebab dah ramai sangat yang pakai macam ni. memang la nampak cantik, tapi tak cukup syarat menutup aurat tu.
ReplyDeleteNia: betul tu. banyak syarat yang perlu dipatuhi sebenarnya...